18 September 2011

Makcik Hajjah Sitt Wuzara...apa tindakan kerajaan setelah berminggu-minggu berlalu ??- Muhasabah utk kita..


Apa tindakan Kerajaan terhadap Makcik Hajjah Sitt Wuzara..setelah berminggu-minggu berlalu.....

Menurut Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti, bila mana kemurtadannya diwar-warkan kepada orang ramai dan diiklankan kepercayaan barunya kepada khalayak, ia sekaligus telah mengisytiharkan serangan berbentuk pemikiran (al-harb al-fikriyyah) ke atas Islam dan aqidahnya.

Tindakan tersebut boleh menimbulkan atau menanam bibit keraguan dalam hati orang ramai yang masih menganut Islam. Ketika ini, tindakan murtad perlu dilihat bukan dari segi hak peribadinya untuk menukar agama, tetapi dari aspek adanya unsur “hirabah’’, iaitu serangan terhadap dasar-dasar agama yang menjadi tonggak utama kerajaan Islam.

Lantaran itu, langkah-langkah perlu diambil bermula dari proses memberi penjelasan bagi merungkai keraguannya, meminta supaya bertaubat dan berakhir dengan pelaksanaan hukuman bunuh atas dasar “hirabah’’ (al-qatlu hirabatan) sekiranya ia tetap berdegil mempertahankan pendiriannya untuk murtad. Ertinya MURTAD DI BUNUH BUKAN ATAS KEKUFURANNYA TETAPI ATAS DASAR HIRABAH (SERANGAN KEATAS AGAMA)

Ianya di sebut sebagai perbuatan MEMERANGI ALLAH & RASUL..

“Sesungguhnya balasan bagi orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan melakukan fasad (kerosakan) di muka bumi ialah sama ada dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kakinya secara bersilang atau dibuang negeri...” Al-Maidah 33

Mari kita renungkan bagaimana hukuman 'memerangi Allah & Rasul' di laksanakan di Malaysia...sbg cth:

1) Di Wilayah Persekutuan, di bawah Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina dll, jika sabit kesalahan akan di DENDA tidak melebihi RM3000 atau penjara PENJARA tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.

2) Di negeri2 lain, sesiapa dengan secara lisan atau tulisan atau kelakuan yang nyata atau sebarang cara yang membawa kepada mencerca atau disifatkan sebagai menghina atau cuba mencerca atau menghina Agama Islam, perjalanan mana-mana mazhab yang muktabar, pegawai Agama, guru agama dan imam yang dilantik dengan sahnya menurut undang-undang, mana-mana fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis atau mufti di bawah peruntukan enakmen, adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman DENDA tidak melebihi RM 5000 atau PENJARA tidak lebih 36 bulan atau kedua-duanya (Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991, seksyen 63)

Sekarang mari kita lihat pula bentuk kesalahan yang hampir setanding dengan kesalahan BERPERANG dengan Allah & Rasul....di Malaysia.

Kesalahan-kesalahan yang diiktiraf oleh undang-undang sivil sebagai jenayah paling berat yang boleh membawa pelakunya kepada HUKUMAN MATI :

1) Seksyen 121 Kanun Keseksaan: Melancarkan perang terhadap Yang Di-pertuan Agong.
2) Seksyen 121A Kanun Keseksaan: Salahlaku jenayah terhadap Sultan dan Yang Dipertua, iaitu cubaan (ataupun yang berjaya!) mencederakan, membunuh atau mengurung mereka dan waris-waris mereka.
3) Seksyen 132 Kanun Keseksaan – Bersuhabat memberontak dalam Angkatan Tentera.
4) Seksyen 302 Kanun Keseksaan – Pembunuhan, hukuman mati mandatori yang pertama.
5) Seksyen 305 Kanun Keseksaan – Memberikan bantuan kepada seseorang yang (mengikut pengertian undang-undang) tidak berdaya untuk membunuh diri, seperti seorang kanak-kanak, seseorang yang sakit jiwa dan sebagainya.
6) Seksyen 307C Kanun Keseksaan – Cubaan membunuh, sekiranya anda telahpun dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun atau lebih
7) Seksyen 364 Kanun Keseksaan – Penculikan untuk tujuan pembunuhan
8) Seksyen 374A Kanun Keseksaan – Menjadikan seseorang sebagai tebusan
9) Seksyen 396 Kanun Keseksaan – Rompakan berkumpulan melibatkan pembunuhan
10) Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya – Mengedar dadah, satu hukuman mati mandatori
11) Seksyen 57 Akta Keselamatan Negeri – Memiliki senjata api

Persoalannya, adakah sesiapa di kalangan kita yang berani untuk mengatakan kesalahan MEMERANGI Allah dan Rasul itu adalah jauh lebih ringan daripada kesalahan-kesalahan di atas sehingga hukumannya cukup sekadar DENDA & PENJARA.? - Muhasabah untuk kita.

p/s: ini undang-undang Melayu...sebab Malaya tak di jajah...

No comments: