12 May 2011

Demo Bantah UMNO esok (13/5/2011) di Melaka !!


Esok akan di adakan Demo aman membantah pemasangan tiang bendera UMNO (kekal) di atas Tanah Rezab selepas solat Jumaat di Masjid Bukit Beruang.

Bantahan ini sebagai amaran kepada UMNO supaya tidak menggunakan hak milik rakyat dengan sesuka hati. Pemasangan tiang bendera kekal di buat berdekatan simpang lampu isyarat di Bukit Beruang, hadapan Masjid Bukit Beruang.

UMNO semakin kurang ajar akhir-akhir ini apabila sebelum ini Ketua Bahagian UMNO Bukit Beruang telah mengugut dan memukul Ketua Cawangan PAS Bukit Beruang atas yang tidak munasabah.

Kali ini UMNO yang tidak tahu malu membuat harta rakyat seperti mak bapak mereka yang punya. Dasar muka tak sedar diri. Memacakkan bendera UMNO di atas tanah rezab.

Sikap ini menunjukkan bahawa UMNO hanya memikirkan diri mereka sendiri. Jika sebelum ini Papan Tanda Pusat Aduan Bukit Katil telah di robohkan, walaupun ianya di bina di tapak orang yang mengizinkannya. Tetapi di sebabkan politik jumud UMNO, semuanya 'halal' termasuk menggunakan polis untuk berkuasa.

Hari ini UMNO menyambut 65 ulang tahun penubuhan. Semestinya sangat berbeza dengan UMNO 65 tahun dahulu. UMNO hari ini sudah tua dan nyanyuk, tinggal masa untuk mati membusuk dan menjadi bangkai.


No comments: