11 May 2011

UMNO mangkuk berlagak gangster...ini baru macam PANDI KUTTY..!!


Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil, Haji Ramli Dalip membuat laporan Polis Isnin lalu berikutan tindakan Ketua Umno Kg Bukit Beruang Dalam, Ramli Mohd Ali yang cuba memukulnya pada petang hari yang sama.

Dalam kejadian tersebut, Ramli Mohd Ali dan Setiausaha Cawangan Bukit Beruang Dalam, Borhan Salim telah menahan Ramli yang sedang berjogging kira-kira jam 6.30 petang tidak jauh dari rumahnya di Kg Bukit Beruang.

"Ramli Mohd Ali mengeluarkan pelbagai tuduhan terhadap saya berikutan ceramah PAS Sabtu lalu dan tidak lama kemudian beliau cuba mengambil batu bata hendak memukul saya".

"Mujur ianya dapat dileraikan oleh beberapa penduduk kampung yang berada tidak jauh dari tempat kejadian".

Ramli berkata beliau amat kesal dengan kejadian ini kerana Ketua Umno tersebut sepatutnya berpolitik secara matang bukannya bertindak ala samseng dan 'gangster' seperti ini.

Menurutnya Ramli Mohd Ali benar-benar memalukan partinya dan dirinya sendiri kerana beliau sendiri adalah seorang pegawai kanan di sebuah anak syarikat kerajaan negeri.

Berikutan dengan itu Ramli telah membuat laporan Polis di Balai Polis Bukit Baru pada malam Isnin lalu. Dalam laporan yang bernombor BK Baru/001749/11 Ramli menamakan pemimpin Umno Cawangan itu sebagai orang yang cuba memukulnya.-Mutaligat

No comments: