15 May 2011

Perang Salib versi Melayu



Gegak gempita se-Malaya apabila angin dari arah entah mana membawa khabar berita bahawa negara Malaya yang makmurnya di huni oleh majoriti Melayu di ancam oleh segerombolan paderi-paderi Kristian yang melakukan ikrar menakluk Malaya.

Hari ini orang Melayu mula tampak risau dengan ancaman Kristianisasi negara Malaya. Hari ini hulubalang-hulubalang negara mula mencari siapa yang harus bertanggungjawab, maka di siasat para-para paderi walupun para penyebar khabar tersebut di biar terus menerus menjaja fitnah dan khabar angin.

Hari ini juga muncul seorang wira Melayu sejati yang bisa menusuk sesiapa yang menghalang laluannya dengan keris. Kebangkitan panglima ini tidaklah baru, bahkan beberapa kali pernah menlancarkan seruan-seruan penyatuan demi Melayu. Justeru hari ini juga seruan jihad mula kedengaran, seruan yang bisa mengulangi peristiwa hitam 100 tahun perang Salib suatu ketika dahulu.

Seakan ada chemistry yang entah apa entah menyerapi tubuh si panglima Melayu ini bila mengatakan semangat Panglima Islam Salahudin Ayubi juga meresap dalam tubuh 'montoknya' itu. Bayangkanlah...perang Salib versi Melayu akan di lancarkan pada agama Kristian.

Perang Salib versi Melayu ini sudah pasti menggunakan senjata paling hebat dalam sejarah..iaitu Keris. Bahkan perang Salib versi Melayu ini juga di pimpin oleh panglima perang terhebat dalam sejarah Melayu P Ramlee apabila Panglima Ibrahim Ali sendiri menjadi Panglima Perangnya. Sudah pasti barisan tentera paling hebat mengalahkan 300 tentera Sparta akan di turunkan dengan baju Melayu besi dan Songkok besi pasti mengerunkan musuh Kristian. Tambahan pula pertolongan dari tentera bayangan dari alam lain akan membantunya,..tentera UMNO.

Arakian akan hancur leburlah Kristian di Malaya dek seruan perang Salib edisi Melayu ini. Suasana tersebut pasti menjadi tumpuan dan di saksikan berjuta-juta orang Melayu sambil menonton video seks buatan orang Melayu. Anak-anak dan isteri-isteri para pejuang Melayu yang pulang dari Perang Salib versi Melayu ini pasti menyambut kemenangan sang pejuang yang sambil seronok berpoya-poya di kelab malam dan berpeleseran di tepi-tepi longkang agama.

Semuanya Tahyul dan donggeng..bahkan menghampiri khurafat..

Sangat malang apabila orang Melayu hari ini cepat mempercayai cerita tipu yang di bawa oleh Utusan dan blogger UMNO, sedangkan kita semua tahu bahawa Perlembagaan telah jelas dan menetapkan Islam itu agama Rasmi. Tak perlu di persoalkan.

Orang Melayu seperti Ibrahim Ali ini hanya bermuka-muka mahu jadi juara bangsa dan agama. Beliau tak sedar atau buat-buat bodoh tentang isu negara Kristian ini padahal ianya hanyalah berdalilkan sekeping gambar kabur dan ulasan yang tidak pasti kebenarannya oleh blogger pencacai UMNO. Tapi memandangkan orang Melayu macam Ibrahim Ali ini jenis orang Melayu yang selalu kena tipu, semuanya di ambil bulat-bulat dan di jaja merata-rata. Pula tu, 'kitab' Utusan Malaysia yang menjadi rujukan orang-orang Melayu seperti Ibrahim Ali maka sudah pasti bertambah jelas nampak lemahnya IQ Ibrahim Ali di saat orang ramai menolak akhbar lucah tersebut.

Pastinya seruan perang Salib yang di lancarkan oleh Ibrahim Ali ini hanya akan mengundang prasangka antara agama. Bagi yang mudah terperdaya ia akan di lihat suatu yang serius memandangkan sejarah Perang Salib dahulu banyak membuka mata dunia bagaimana seriusnya peperangan yang melibatkan agama ini. Pastinya yang perlu bertanggungjawab adalah kerajaan yang mengawal berita, kerana punca utama isu ini adalah berita dan maklumat yang di sebarkan tanpa tapisan. Dakwa mereka yang memulakan isu ini, iaitu blogger pencacai UMNO dan si penyebar yang memanjangkan lagi isu ini, iaitu Utusan Malaysia bukan para paderi.

Sebenarnya punca utama masalah negara hari ini adalah datang dari UMNO-BN...pertubuhan Melayu yang paling bodoh, banggang dan busuk abad ini....Mampus UMNO!!!

Budaya JIJIK dalam UMNO..!!





No comments: