18 July 2011

Lanjutan tempoh operasi Pusat Hiburan: Pemuda Pas Melaka kesal dengan tindakan Ali Rustam

Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka kesal dengan sikap dan tindakan Kerajaan negeri Melaka atas keputusan untuk melanjutkan tempoh operasi pusat hiburan sehingga ke 3 pagi. Keputusan ini telah di putuskan di dalam mesyuarat exco-exco negeri sebelum ini.

Tindakan tersebut suatu yang malang buat umat Islam di saat umat Islam hari ini semakin jauh dari pegangan agama.

Ketua Menteri, Datuk Ali Rustam perlu sedar tindakan melanjutkan operasi pusat hiburan lebih banyak mendatangkan mudarat. Ianya mengalakkan maksiat berlaku dengan lebih berleluasa dengan memberi ruang kepada rakyat khususnya orang Islam berkunjung sehingga lewat malam.

Sikap ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Melaka di bawah Barisan Nasional gagal membimbing rakyat kepada panduan hidup bersyariat.

Ianya juga di lihat berlawanan dengan sikap kerajaan Kedah yang mengajar rakyatnya agar tidak terjebak kepada maksiat dengan mengharamkan pusat hiburan kepada orang Islam.

Gegala keruntuhan moral anak muda hanya di benteras setelah berlaku bukan membenteras sebelum berlaku. Sebagai contoh Sekolah Harapan yang di bina setelah anak muda terlajur. Adakah kerajaan negeri mahu menambahkan lagi bilangan pelajar di Sekoalah Harapan ini?

Dewan Pemuda PAS Melaka menggesa agar kerajaan negeri Melaka mempertimbangkan lanjutan operasi pusat hiburan ini.

Jangan hanya fikirkan soal keuntungan semata-mata. Fikirkan soal agama dan maruah anak bangsa pada masa hadapan.

Dewan Pemuda PAS Melaka juga berharap Jabatan Agama Islam dan para agamawan dapat menegur dan tidak hanya diam membisu.

No comments: