Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka menyelar tindakan ADUN Ayer Molek, Datuk Mohd Yunos Husin yang menghina kaum Tionghua dengan mengatakan budaya Judi menjadi budaya kaum tersebut.
ADUN dari Barisan Nasional itu yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menyatakan sedemikian dalam menjawab soalan tambahan dari Ketua Pembangkang di dalam dewan rakyat negeri Melaka yang bersidang semalam.
Tindakan menyamakan budaya judi sebahagian budaya Cina adalah suatu yang tidak wajar dan ianya tindakan yang menghina kaum Cina.
Kita sudah maklum bahawa budaya judi adalah budaya yang mendatangkan keburukan kepada masyarakat. Setiap kaum dan setiap agama menolak judi.
Datuk Mohd Yunus di lihat gagal dalam memahami budaya kaum Tionghua walaupun Negara ini telah lama Merdeka. Ianya suatu yang sangat malang bagi ADUN yang seharusnya menjadi ‘role-model’ kepada rakyat memandangkan beliau adalah seorang pemimpin rakyat.
Beliau juga telah gagal dalam memahami konsep 1 Malaysia yang telah di gagaskan sendiri oleh pemimpin mereka. Dan sejarah juga membuktikan gagasan 1 Malaysia telah gagal memandangkan telah ramai pemimpin dari Barisan Nasional dan UMNO menghina kaum dan agama lain sebelum ini.
Tindakan menghina kaum Tionghua itu juga menjadi penyebab kepada Ketua Pembangkang negeri Melaka, YB Goh Leong San yang merupakan ADUN Kesidang di gantung 3 hari dari menghadiri dewan rakyat setelah beliau bangkit dan mendesak ADUN Ayer Molek itu menarik kata-kata menghina tersebut.
Jangan lupa bahawa dulu pemimpin Barisan Nasional juga yang menghalalkan judi bola sepak. Jangan nanti orang kata, Kata dulang paku serpih , kata orang dia yang lebih.
No comments:
Post a Comment