27 September 2009

Apa sudah jadi Malaysia?

The Corruption..

Hampir semua akhbar perdana tidak mendedahkan mengenai 'pencapaian' Malaysia mengenai indeks rasuah yang berlaku di negara ini (sumber: Harakahdaily) selain pencapaian Malaysia dalam squasy. Ya, pencapaian yang dirahsiakan ini tidak boleh di sebarkan mahupun di besar-besar ceritanya sebab ianya akan membuka 'pekong di dada'. Masakan tidak di saat Malaysia sedang berlumba-lumba untuk maju membangun dengan 1Malaysia..formula 1Malaysia, Pesta Tanglung 1 Malaysia, Makanan tradisi 1 Malaysia, dan yang paling best..Kuih Bulan Gergasi 1 Malaysia..macam-macam.

Dahlah jatuh ditimpa tangga pula..malang bukan hanya pada rakyat Malaysia yang tidak tahu dan tidak sedar keadaan ini, malah kepada Malaysia yang dilabel sebagai sebuah negara 'Umat Islam', fokus pada umat Islam sendiri. Benarlah kata-kata Muhammad Abduh,

"Aku ke Paris, aku lihat Islam tanpa Muslim, tetapi apabila ku ke Cairo (Mesir), aku melihat Muslim tanpa Islam"

Ya, kalaulah dia pergi ke Malaysia, pasti jawapan yang sama akan keluar dari mulutnya..ramai orang Islam tapi amalan Muslimnya...Hampeh..

Dulu bila ada orang kata Malaysia bukan negara Islam, ramai puak-puak 'sebelah sana' melenting, maka terbitlah pelbagai istilah untuk membuktikan Malaysia sebuah negara Islam..antaranya Islam Hadhari. Arakian, maka ramailah mereka-mereka yang jahil lagi jumud percaya bulat-bulat..kesian.

Sekarang, tidak lagi bercerita tentang sebuah negara Islam, tetapi parti nasionalis yang Islam (kononnya bawa Islam). Tetapi, mereka tidak sedar dan masih lagi di dunia mereka, hukuman telah pun di terima (dan akan lagi diterima). Rupa-rupanya, 'tok imam' dia orang yang sama. Kalau tak sama pun, dari 'spesis' yang sama. Tidak hairanlah kalau orang atau spesis yang sama mentadbir negara. Masyarakat tidak melihat 'Islam' yang kamu jinjing itu (ambil sikit-sikit), andai pegangan utama tidak menjadikan Islam sebagai dasar yang menyeluruh..or become no 1..1 Islam..

Wallahu'alam

Rasuah sana..rasuah sini..1Malaysia..

1 comment: