Lihatlah kepada diri kita. Jika kita dikenakan bala itu tandanya kita berada di dalam golongan hamba-hamba yang dikasihi-Nya. Hamba yang dikasihi adalah hamba yang sabar dan reda. Jika tidak ada sabar dan reda itu tandanya kita terkeluar daripada kedudukan hamba yang dikasihi, bala yang dikenakan kepada kita merupakan hukuman terhadap dosa yang kita lakukan. Hamba yang sabar ketika menerima bala adalah hamba yang dipilih oleh Allah s.w.t, kerana hanya yang dipilih oleh-Nya sahaja yang diperteguhkan dengan kesabaran, manakala hamba yang dijauhkan dibiarkan hanyut di dalam keperitan bala. Jika hamba itu naik pula dari sabar kepada reda, itu menunjukkan dia diistimewakan kerana hanya hamba yang istimewa sahaja yang dikurniakan reda, sebab reda mencairkan kesakitan dan keperitan bala lalu menukarkannya menjadi nikmat.
Allah s.w.t berfirman:
Allah s.w.t menerangkan dengan jelas tentang keadaan hamba-hamba-Nya yang berada dalam makam Mukmin. Lihatlah kepada diri kita dan jawablah sendiri adakah tanda-tanda Mukmin itu ada pada kita atau tidak ada. Jika tidak ada, perbanyakkan sembahyang malam dan bersedekah.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Allah s.w.t berfirman dalam Hadis Qudsi:
Perkara pokok dalam memahami kedudukan kita di sisi Allah s.w.t adalah dengan melihat bagaimana keadaan hati kita terhadap Allah s.w.t.
Jika hati kita lalai dari mengingati Allah s.w.t maka kedudukan kita adalah hamba yang LALAI.
Jika hati kita kuat bergantung kepada amal maka kedudukan kita adalah RAGU-RAGU dengan jaminan Allah s.w.t.
Jika hati kita kuat bertajrid itu tandanya kita didudukkan HAMPIR dengan-Nya.
Jika kita sabar menghadapi ujian bala itu tandanya kita didudukkan dalam GOLONGAN PILIHAN.
Jika kita reda dengan apa juga takdir Allah s.w.t itu tandanya kita didudukkan dalam kumpulan yang DIISTIMEWAKAN.
Jika kita merasakan diri kita kosong dari segala sesuatu, yang ada hanya Allah s.w.t, itu tandanya kita berada di dalam makam MAKRIFAT.
Jika kita berasa senang dengan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w itu tandanya kita orang ISLAM.
Jika gementar hati kita bila mendengar peringatan kepada Allah s.w.t dan mendengar ayat-ayat-Nya dibacakan itu tandanya kita seorang MUKMIN.
Jika sifat benar sebati dengan kita dalam segala keadaan itu tandanya kita seorang MUHSININ.
Jika kita menjalankan perintah Allah s.w.t dengan tepat, bersungguh-sungguh meninggalkan larangan-Nya itu tandanya kita seorang MUTTAQIN.
Jika kita berasa akan kehadiran Allah s.w.t pada setiap ketika itu tandanya kita seorang MUQARRABIN.
Jika kita merasakan wujud diri kita lebur di dalam Wujud Mutlak itu tandanya kita seorang 'ARRIFIN.
Jika kita gemar menangis dalam mengingati Allah s.w.t di samping melihat bala dan nikmat, senang dan susah, sihat dan sakit, penolakan dan penerimaan dan segala perkara yang bertentangan tidak lagi berbeza pada penglihatan mata hati kita itu tandanya kita dikuasai oleh CINTA ALLAH s.w.t.
Jika apa sahaja yang kita hadapi memperlihatkan Wujud Allah s.w.t itu tandanya kita BAQA' atau KEKAL bersama-sama Allah s.w.t.
Lihatlah di mana kita didudukkan, di situlah kedudukan kita di sisi Allah s.w.t. . Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment