06 September 2009

Apabila Hero Kepala Lembu bersuara...


Suasana 'harmoni'









Komentar:

Dialog yang sepatutnya mencari jalan penyelesaian bertukar masalah dan kecoh apabila 'hero-hero' UMNO dlihat hilang sabar dan bertempik gila seolah-olah terkena badi 'Lembu Gila'..Juak-juak UMNO yang kononnya dilihat sebagai pejuang agama (rentetan isu pembinaan kuil di kawasan islam) langsung tidak mencerminkan akhlak dan sakhsiah sebagai seorang muslim. Kita boleh menilaim sendiri, bagaimana adab seorang muslim terhadap non-muslim lain, terutama jika melibatkan sensitiviti agama. Firman Allah,

Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudia, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan.”Al-An'am 108

Dan juga bagaimana adab seorang muslim kepada pemimpin. Rasulullah telah banyak memberitahu kepada kita bagaimana adab seorang muslim terhadap para pemerintah, terutamanya kepada pemerintah yang tidak zalim dan tidak menyeru kepada maksiat.

“Sesiapa yang mentaatiku bererti dia mentaati Allah. Sesiapa yang menderhakaiku bererti dia menderhakai Allah. Sesiapa yang mentaati pemimpin, bererti dia mentaatiku. Sesiapa yang menderhakai pemimpinnya, bererti menderhakaiku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

“Seseorang muslim wajib mendengar dan taat, sama ada suka atau pun tidak. Melainkan apabila dia diperintah untuk melakukan maksiat. Bila dia diperintahkan untuk melakukan maksiat, tidak ada lagi istilah mendengar dan taat (dalam urusan maksiat tersebut.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Dari Auf bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Sebaik-baik pemimpin kamu adalah yang kamu cintai dan mereka mencintai kamu, kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu. Sejahat-jahat pemimpin kamu adalah yang kamu benci dan mereka membenci kamu, yang kamu menyumpahinya dan mereka menyumpahi kamu.” Kami bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah ketika itu kami boleh memerangi mereka dengan pedang?” Beliau menjawab: “Tidak, selama mereka masih menunaikan solat bersama-sama kamu. Ingatlah, sesiapa yang melihat pemimpinnya melakukan kemasiatan, hendaklah dia membenci kemaksiatannya itu, namun janganlah dia berlepas diri dari mentaatinya”.” (Hadis Riwayat Muslim)

Justeru, andai pemimpin atau pemerintah terlanjur melakukan kesilapan, maka kaedah yang terbaik adalah dengan menegur. Menegur itu harus ada adab dan etika sebagai seorang muslim. Teguran secara nasihat itu lebih baik kerana agama itu adalah nasihat. Jadi sekiranya mana-mana individu atau badan-badan kerajaan atau parti yang melihat kepincangan yang dilakukan pemerintah, maka mereka haruslah mengadakan diskusi, dialog, perbincangan atau debat. Inilah kaedah yang di gariskan Islam dalam berbincang bagi mengatasi segala permasalahan.

Oleh yang demikian, kerajaan Selangor telah menyediakan ruang berdialog dan berdiskusi bagi menyelesaikan isu kuil, malangnya disebabkan kejahilan mereka-mereka yang henya menurut nafsu gagal memanfaatkan ruang tersebut. Yang rugi adalah mereka sendiri..malah turut menggambarkan kejelikkan pemuka-pemuka dikalangan mereka (iaitu UMNO) yang berlagak sebagai seorang hero.

Hero Kepala Lembu.

No comments: