I.S.A diperlukan bagi mengatasi masalah PERKAUMAN.?.mana I.S.A ketika Isu 'Kepala Lembu' berlaku..yang hampir-hampir membawa kepada 'perang' perkauman, I.S.A tidak di kerahkan pun untuk bertindak ketika peristiwa tu berlaku..kenapa tak kerahkan FRU untuk menangkap mereka yang terlibat? Diorang bukannya berarak membawa banner sempena Maulidur Rasul, diorang juga bukan melalak terlolong bermarhaban atau menyanyikan lagu Negaraku atau selawat memuji Nabi..tetapi mereka berhimpun (lebih 5orang lagi), sambil membawa banner berbau perkauman, memaki hamun dengan hebat, dan bersumpah seranah dengan begitu riak sambil membawa kepala lembu yang bukan untuk di buat sup..tetapi untuk dipijak. Jangan kata FRU, pak polisi pun hisap rokok je tengok. Sifirnya mudah..kerana UMNO yang menjadi Dalang..
Kesimpulannya..bukan Malaysia masih memerlukan I.S.A..tetapi UMNO yang masih memerlukan I.S.A..jika bekas hakim mahkamah rayuan mengatakan isu perkauman di mainkan oleh orang politik..rakyat pula mengatakan I.S.A juga dimainkan oleh orang politik..jadi mana mungkin dan mungkin pelik andai masalah yang dicetuskan sendiri oleh orang politik (yang BERKEPENTINGAN) boleh DIATASI, andai 'alat pencegah' itu dikawal oleh orang politik juga..orang politik yang SAMA..iaitu UMNO. Whatever la..
Sebenarnya, tanpa I.S.A pun, negara kita sudah dipenuhi dengan pelbagai undang-undang, hari ini pun ada di minta di wujudkan sebuah mahkamah khas bagi mengantikan I.S.A jika dihapuskan, Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Akta Mesin Cetak, AUKU dan banyak lagi..Meskipun kerajaan UMNO-BN mendakwa akta I.S.A masih diperlukan tetapi hujah-hujah mereka langsung tidak meyakinkan. Tangkapan demi tangkapanmasih dilakukan di bawah undang-undang ini, walaupun ada yang dibebaskan, namun tindakan tersebut benar-benar melemahkan dakwaan kerajaan.
Sekiranya kerajaan benar-benar memerlukan undang-undang seperti I.S.A untuk menangani pelbagai ancaman, formula yang dapat menggantikannya cukup mudah, iaitu meluluskan undang-undang untuk mengatasi masala-masalah tertentu seperti penyeludupan, pemalsuan pasport dan lain-lain. So, masalah besar kepada I.S.A ini adalah membenarkan atau memberi lesen yang terlalu luas kepada pihak-pihak tertentu (yang berkepentingan) seperti menteri (menteri UMNO-BN) atau polis untuk menahan sesiapa sahaja dengan alasan mereka yang ditahan mengancam keselamatan negara. Poorah..kalau dilihat polis atau FRU sendiri yang menjadi ancaman, buktinya dalam perhimpunan-perhimpunan aman. Bukan sebab Badan Keselamtan itu sendiri, tetapi sebab tindakan mereka..tindakan dari arahan orang-orang yang berkepentingan.
Sepatutnya bukan mansuhkan I.S.A..tetapi mansuhkan UMNO. Andai I.S.A dimansuhkan, kemungkinan masih ada lagi akta-akta lain yang akan di pergunakan mereka ini. Jadi cantas terus akarnya, supaya tiada harapan untuk bertunas lagi.
Wallahu'alam
dan...UMNO juga memerlukan ISA...Isa di Bagan Pinang..
No comments:
Post a Comment