KOTA BAHARU, 21 Sept (Bernama) -- UMNO Kelantan akan menggunakan pendekatan media maya dalam memperjelaskan isu-isu semasa yang dibangkitkan oleh pembangkang serta menangkis segala dakyah parti lawan terhadap Barisan Nasional (BN).
-----------------------------------------
Komentar:
Sebabnya? UMNO harus ingat bahawa, lebih 2 juta penduduk di Malaysia kini telah terdedah dengan kemudahan internet. Tidak dinafikan, rakyat juga telah mendapat banyak fakta yang sebenar di internet (blog, laman web dll). Ia disebabkan, setelah media massa (TV dan Surat Khabar) yang pada hari ini telah menjadi ’alat’ sebahagian pihak yang tidak bertanggungjawab. Mungkin rakyat telah muak dan jelek dengan ’juadah’ yang dihidangkan hari-hari melalui media massa yang diper’alat’kan ini.
Jika UMNO turut melaksanakan idea tersebut, mereka perlu bersedia untuk bersaing. Di pihak Pakatan sendiri juga sudah terlalu ramai bloggers dan mereka yang menjadikan internet sebagai wadah penyebaran maklumat. Maka, andai bloggers atau siapa sahaja di pihak UMNO sanggup bersaing. Ia suatu yang baik.
Soalnya, penerima maklumat. Kerajaan kena sediakan kemudahan mengakses internet di setiap penjuru negeri (jika mampu). Baru ia sampai kepada sasaran.
Saya berasa hairan, bukankah UMNO mempunyai banyak ruang dan peluang untuk menerangkan kepada masyarakat. Mereka ada kuasa, Kementrian Penerangan yang dilihat berkuasa mutlak mengawal maklumat. Televisyen (TV1, TV2, TV3, NTV7), mereka juga mengawal media cetak, (Berita Hairan, Utusan, Metro, NST dll), mereka juga ada ’orang dalaman’ dalam sektor-sektor kerajaan.(SPRM, Jakim, Mufti, Majlis Bandaraya, dll), malah di peringkat kampung pun ada, JKKK di setiap kampung, taman perumahan, AJK Masjid dan surau dan lain-lain. Masih tidak cukup?
Nampaknya, UMNO telah terikut-ikut dan belajar dari taktik Pembangkang dalam menyebarluaskn maklumat. Ya, tidak dinafikan pengaksesan maklumat di internet merupakan antara senjata Pembangkang dalam menyebar maklumat., selain kaedah-kaedah ’turun padang’ yang lain. Tetapi UMNO harus ingat bahawa, jika setakat fakta maklumat sahaja tanpa melihat fakta realiti yang sebenar pun tidak guna. Kata lain, maklumat yang di berikan kepada rakyat turut melihatkan keadaan suasana dan segala perubahan yang berlaku di dalam negara. Sebagai contoh, isu kenaikan harga minyak, kerajaan sibuk mewar-warkan kualiti minyak yang lebih baik (RON95 atau 97), tetapi realitinya rakyat masih terbeban dengan kenaikan harga tersebut. Begitu juga berkaitan Tol, penghapusan bayaran Tol yang kononnya dilihat membantu meringankan beban rakyat, rupa-rupanya hanya dilihat umpama ’kapas’ untuk menutup ’telinga’. Rakyat masih terbeban.
Mungkin UMNO lebih kepada ’memberitahu’ tetapi Pembangkang lebih dari itu..’Memberitahu’, ’Menjelaskan’ dan ’Menafikan’. Inilah ’senjata’ Pembangkang dalam memahamkan dengan sebenar-benarnya. Kerana Pembangkang tidak semata bermaksud Penentang. Ia diaplikasikan dalam alam maya.
Peluangnya telah tersedia, manfaatkanlah sebaik mungkin.
No comments:
Post a Comment