04 September 2009

Renungan : Bukan Mudah Menjadi Pejuang


SEBUAH jemaah kebenaran yang berjuang untuk mendapat kemenangan, bukan mudah dan senang.

Ia terpaksa melalui liku-liku perjuangan yang lama dan panjang.

Setidak-tidaknya melalui puluhan-puluhan tahun baru menang.

Kemenangan yang akan diberi adalah kepada pejuang-pejuang yang telah melalui proses saringan.

Mereka telah dilengkapkan dengan berbagai-bagai kekuatan lahir dan batin.

Setelah mereka melalui ujian yang kecil dan besar di dalam perjuangan yang ditempuhnya.

Mereka perlu menguasai ilmu yang cukup lebih dahulu.

Mesti telah melalui proses pembersihan jiwa.

Setelah ibadahnya baik dan istiqamah di dalam beribadah.

Boleh menjadi abid di malam hari dan pejuang di siangnya

Kemudian akhlak mereka pun tinggi dan mulia sebagai bunga diri

Sudah terlatih tabah dan sabar di dalam perjuangan

Berkasih sayang sesama sendiri laksana satu keluarga

Sanggup mentaati pemimpin tidak berbelah bahagi

Rasa bertuhan benar-benar bertapak di dalam jiwa

Hingga rasa kehambaan memenuhi jiwa setiap pejuang

Mereka penuh berdisiplin di dalam beribadah dan bekerja

Berkorban apa sahaja telah menjadi budaya mereka

Kerana itulah mereka terpaksa menempuh masa yang lama dan panjang

Kerana untuk memiliki itu semua ia bukan boleh dapat dua tiga hari

Tetapi melalui didikan, pimpinan dan latihan yang panjang dan berterusan

Hingga pengikut yang setia tinggal sedikit

Mereka benar-benar menjadi orang Tuhan atau rijalullah di zamannya

Mereka membawa rahmat dan barakah dari Tuhan

Barulah mereka diberi kemenangan

Begitulah berlaku perjuangan kebenaran sepanjang zaman

Dari semenjak zaman para rasul hinggalah di zaman pemimpin berwatak rasul

Oleh itu sabarlah menunggu KEMENANGAN

No comments: