08 September 2009

Janji Di Tunaikan..cuma..

Jambatan Manek Urai?

KUALA KRAI; Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah meluluskan projek pembangunan untuk penduduk Manek Urai berjumlah RM8.9 juta sebagai menepati janji pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 14 Julai lalu.

Perdana Menteri berkata, walaupun Barisan Nasional (BN) tewas kepada Pas pada pilihan raya kecil itu namun kelulusan projek itu sebagai bukti Kerajaan Pusat menepati janji dan ikhlas dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

"Saya telah meluluskan pembinaan jambatan dua hala yang menghubungkan Manik Urai Baru dan Manik Urai lama yang berjumlah RM8 juta. (Sumber)


--------------------------------------------------------


Komentar:

Kerajaan BN telah menunaikan janjinya. Rakyat (terutama di manek urai) berterima kasih kepada kerajaan. Hadiah yang sering diberi menjelang pilihanraya...Bukan bersangka buruk tetapi hanya berwaspada, kebiasaannya memang akan ada imbuhan-imbuhan sempena pilihanraya..semua orang tahu..lebih-lebih lagi pilihanraya yang bakal tiba..kempen UMNO.

2 comments:

myikhwanfiideen said...

Salam..

Standard.. Strategi lama..

Ktorg pon nk hadiah.. Nak 1 jambatan, dari JOHOR ke SABAH.. Bole?? =)

LegendZ said...

masyaAllah tuan..

Tuan tak perlu guna jambatan nak ke sabah..tuan panggil awan terbang pun cukup..;p