01 September 2009

Renungan : Orang Kristian yang sedang dituruti Orang Islam

Umat Islam..retak menanti belah..


Sesungguhnya kamu akan menurut langkah orang terdahulu dari kamu sejengkal demi sejenkal, sehasta demi sehasta. Sehinggalah bila mereka masuk lubang biawak sekalipun kamu turut menurutnya. Para sahabat bertanya: Adakah yang dituruti itu Yahudi dan Nasarni? Rasulullah lantas menjawab, siapa lagi kalau tidak mereka itu.


  • Disini saya akan menceritakan satu kisah dan tauladan bagimana orang-orang Kristian yang menyembah para kubur Nabi mereka dan dulu orang Melayu pun menyembah para-para keramat mereka dengan menyembah dan mengadakan satu upacara khas menyediakan hidangan untuk keramat mereka yang telah mati. Ini adalah satu daripada penyembah-penyembahan mereka sebagimana orang Yahudi dan Kristian. Mereka meminta tolong kepada keramat-keramat tersebut dan bukannya meminta tolong kepada Allah swt.(orang sekarang sembah material, duit, pangkat, wanita dll)

  • Orang-orang Arab pula selepas sekian lama Rasulullah swt wafat mereka mencipta hadis-hadis palsu seperti hadis-hadis maudu' untuk kepentingan politik mereka, sedangkan Rasulullah maksudnya Aku Diberi Al-Quran dan menyamainya (Sunnah). Tetapi orang-orang kristian mengubah kitab Injil.

  • Orang-orang Kristian mengatakan Paul adalah Nabi, sebenarnya ia adalah Nabi Palsu, dan mendakwa ia Nabi. Musalmah adalah seorang yang mendakwa ia adalah Nabi sedangkan sesetengah orang-orang Arab mengatakan ia Nabi, sebenarnya ia Nabi Palsu dan mendakwa ia Nabi dan bangkit menentang Khalifah Saidina Abu Bakar. Tetapi dapat di kalahkan oleh Saidina Abu Bakar. Sekarang orang Melayu pun ada Rasul Melayu, tapi dia dah letak jawatan dah sekarang.Bagusla..

  • Orang-orang Yahudi dan Nasarani menghalalkan Riba sedangkan orang-orang Islam pun begitu juga menghalalkan riba. Bukan riba itu satu penindasan. Di dalam Quran Allah firman Allah menghalalkan Jual Beli dan mengharamkan Riba.(bank konvesional. pinjaman kewangan,PTPTipu, dll)

  • Masjid-Masjid kosong oleh Jemaah (tiang yang ramai) sedangkan, Gereja-gereja kosong oleh penganut-penganut Kristian.

  • Timbulnya ajaran sesat oleh pihak kristian dan di pihak Islam timbul juga ajaran sesat.(ayah Pin dll)

  • Perpecahan di dalam Kristian seperti Protestan, Khatolik. Perpecahaan di dalam Islam seperti golongan Jabariah, Golongan Muktazilah, Qadariah, Ahli Sunnah Wal Jamaah, Syiah dan lain-lain.

  • Didalam Kristian terdapat ulama atau dipanggil pendita Jahat di dalam Islam terdapat 'ulama' Jahat (nama saintifiknya Ular Dalam Semak-'Ulamak').

  • Dulu Kristian di kuasai oleh pendita iaitu ulama, kini Di kuasai oleh Umarak dan Islam Dulu di kuasai oleh Ulama kini di kuasai oleh Umarak.Dulu Negara Kristian tak mahu Hukum Allah dan sekarang mereka tak mahu langsung menjalankan hukum Allah, sekarang banyak negara Islam tak mahu hukum Allah, akan datang mungkin semua tak mahu menjalankan hukum Allah. (termasuklah Malaysia)

  • Dulu kristian menutup aurat, sekarang mereka membuka aurat, Umat Islam dulu menutup aurat sekarang sebahagian membuka aurat, akan datang mungkin semua mereka membuka aurat.(nauzubillah)..
Renungan buat semua...

3 comments:

yus said...

Itu perlunya pembaharu atau "reformer" dalam islam untuk membawa balik Islam kepada perjuangan asal Rasulullah. Umat Islam perlu imam yang benar yakni rasionalnya ada khalifah yang memimpin umat Islam seluruh dunia. Carilah ia...... pasti ada

Aizat said...

terima kasih yus..

setiap kurun yakni 100 tahun akan lahirnya seorang mujadid utk mmbawa pmbaharuan kpd agama..namun buknlah bererti islam itu tidak smpurna dan perlu diubah2,..perubahan adalah atas perkara2 ranting yang masih berpaksikan akar yg sama dari dulu hingga kini..ia perlu berubah mngikut suasa, keadaan, masa, dll..krn Islam itu thabat wa murunah..tetap ats perkara dasar atau hukum,anjal dan fleksibel dr segi perlaksanaannya..
I

Punithen said...

As a Christian I should pray that God reveals Himself to you...He Cares for those who in need..Amen..