Berita Berkaitan: Isu BTN: Tindakan Pengecut
Sekarang ni siapa yang takut?.Persoalan dan hujah-hujah kosong yang datang dari mereka hanya membuka lagi kelemahan orang yang berkepentingan terutama dalam isu BTN ini. Sifirnya mudah, mereka yang bersalah sudah tentu akan melenting apabila di kata macam-macam. Siapa mahu mengaku dia bersalah. Kerana jika mereka yang tahu mereka benar, tidak perlulah hendak melayannya. Berani kerana benar, takut kerana salah.
Tidakkah mereka atau dengan bahasa mudahnya, puak-puak dan agen-agen UMNO-BN ini sedar akhir-akhir ini siapa yang banyak membawa fitnah, menghebahkan khabar angin dan cerita-cerita dakyah tanpa bukti kepada Pembangkang? kepada sasaran mereka-mereka yang di fitnah? dan isu-isu remeh yang sekadar untuk mengalih isu besar yang di canang-canangkan di media-media? Isu tajaan haji TGNA, peletakan jawatan husam, tuduhan rasuah Ariffahmi (menantu TGNA), terbaru perihal doa TGNA..dan lain-lain,semua berkaitan peribadi tertuduh, ini belum lagi isu yang melibatkan parti yang di cipta secara terus oleh UMNO-BN ini.
Isu BTN ini contohnya, mereka bimbang mengenai Kerajaan Selangor yang menghalang kakitangan dan pelajar-pelajar untuk menyertai BTN. Nak bimbang apa? Jika kerajaan negeri Selangor hendak menghalang, kerajaan negeri lain tidak semestinya akan turut menghalang. Paling koman pun, kerajaan negeri Kelantan, P.Pinang dan KEdah sahaja yang turut melaksanakannya seperti Selangor, negeri-negeri pemerintahan BN yang lain kan masih ada.
Jika mereka masih menggangap BTN ini tidak salah. Maka teruskanlah, Pembangkang bukan minta BTN ni di MANSUHkan seperti ISA, PPSMI dan lain-lain. Dan jika pun Pembangkang minta di mansuhkan sekalipun, saya jamin tidak akan ada Demonstrasi Jalanan, kerana pemimpin UMNO-BN sudah pun memberi keizinan berdemo di stadium (peliknya sekarang ni puak-puak UMNO pula yang ikut tiru berdemo).
Persoalannya dilihat bukan sahaja lebih kepada apa yang dikatakan adanya unsur doktrinisasi terhadap Pembangkang, tetapi juga dikatakan suatu program yang banyak membuang duit. Jika begitu, saya terfikir juga kenapa di wujudkan dua program berlainana antara PLKN dan BTN, dan saya pun tidak pasti apakah objektif kedua-dua program yang di bentuk kerajaan ini, samada ianya sama atau berbeza. Jika pun berbeza kenapa tidak boleh di sekalikan objektif dalam satu program yang sama. Jimat masa, tenaga dan wang. Jika mahu objektif 1 Malaysia, rasanya PLKN pun ada di serapkan sekali di dalamnya. Atau jika dikatakan mahu matlamatnya untuk melahirkan rakyat yang taat setia kepada negara tanpa berbelah bahagi. PLKN pun ada juga.
Entahlah..
Apa yang pasti, ianya sudah tentu berat sebelah. Apa sahaja isu dan fitnah yang dilemparkan kerajaan UMNO-BN kepada Pembangkang sudah pasti, jika ada 10, boleh dikatakan 10 darinya berkait dengan batang tubuh Parti, walaupun zahirnya dilihat pada tubuh seseorang individu. Sebaliknya, jika isu atau masalah yang di dedahkan dari Pembangkang kepada kerajaan UMNO-BN, boleh dikatakan kebanyakan melibatkan hal-hal ehwal masyarakat atau yang berkaitan dengan kebajikan rakyat...yang di zalimi kerajaan UMNO-BN. Contohnya, isu Teo Beng Hock, Altantuya, Kugan, Royalti, BTN dan banyak lagi, walaupun pada pandangan mereka ianya adalah kepentingan politik Pembangkang. Inilah fahaman sempit politik UMNO-BN.
Terpulanglah pada kita membuat penilaian. Sebenarnya banyak isu yang di boleh di ambil pengajaran. Isu yang ditimbulakan oleh Pembangkang terhdap kerajaan UMNO-BN, kerana itulah peranan Parti Pembangkang, menjadi penegur Kerajaan jika belaku silap. Jangan kita terlalu fokus dan terlalu layan terhadap isu yang dilemparkan kepada Pembangkang oleh UMNO-BN. Ini bukan doktrinisasi, tetapi peringatan buat kita kerana segala isu yang di bawa kerajaan UMNO-BN ini hanyalah hipokrit semata-mata, untuk menutup mata rakyat padahal terdapat beribu-ribu lagi isu rakyat yang sepatutnya di dahulukan dilaksanakan.
p/s: saya syorkan pada pemimpin UMNO-BN ini supaya BERDOA agar BTN ni diteruskan (kalau ianya dikatakan tak salah)..itupun kalau nak ber DOA, kalau tak nak TAK payahlah nak condemn orang lain...
Wallahualam dan Noktah