03 November 2009

Antara Agama, Politik dan Tauliah

Nak jadi tok Kadi kena ada Tauliah?? (gambar hiasan)


Saya masih berfikir adakah tauliah ini syarat utama untuk memberi kuliah. Mungkin saya kurang arif mengenainya. Cuma saya teringat beberapa tahun dahulu, kerajaan Malaysia pernah menubuhkan Majlis Tindakan Islam Nasional (Matin) bagi menyelaraskan usaha memberi kefahaman Islam yang betul dan membanteras penyelewengan agama mengikut kepentingan sesuatu fahaman politik. Dan saya tak pasti perkara ni di laksanakan sehingga hari ini atau tidak. Apa 'kejadahnya' Matin ni?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada ketika itu (tak pasti tahun berapa, mungkin 2000), Datuk Seri Dr Abdul Hamid Othman pernah mengatakan bahawa Matin berperanan bagi menguatkuasakan peraturan dengan hanya membenarkan mereka yang diberi tauliah sahaja untuk memberi/membaca khutbah Jumaat di setiap negeri. Erti kata tersirat lain, kerajaan tidak mahu campur tangan politik dalam sebarang kuliah atau khutbah di masjid supaya tidak berlakunya pentelewengan agama. Em..pandangan saya, biasalah kerajaan sekular memang akan berbuat begitu. Mereka yang benar-benar telah di berikan Tauliah sahaja di benarkan, jika tidak agama akan di selewengkan.

Sama-sama kita fikir,

"Menguatkuasakan peraturan yang hanya membenarkan mereka yang diberi tauliah sahaja membaca khutbah Jumaat" Ini arahan yang dikeluarkan oleh siapa? Jakim? atau Menteri sendiri? Depa ni sapa? Itu adalah satu keputusan politik. Bukan keputusan agama. Peraturan itu dibuat oleh orang politik, atau orang yang berkepentingan politik. Jadi siapa yang mempolitikkan agama? Nah, jika benar, selama ni habis umat Islam menerima penyelewengan agama secara halus dari orang-orang politik ini.

Jika dilihat pemberian 'Tauliah' kepada seseorang untuk membenarkan seseorang membaca khutbah Jumaat atau kuliah-kulaih agama itu pun adalah satu peraturan politik. Bukan peraturan agama. Siapa yang menentukan,dan bagaimana penentuan dibuat, dalam memilih siapa yang layak diberi tauliah dan siapa yang tidak layak diberi tauliah, juga adalah satu proses yang dibaluti oleh kepentingan politik yang begitu tebal. Persoalannya, adakah politik yang menentukan agama..atau agama yang menentukan politik?

Mungkin kita boleh bawa kepada isu hangat akhir-akhir ini. Isu Dr Asri yang di tangkap atas sebab tiada Tauliah ketika berceramah. Saya rasa lucu pula, saya terfikir orang yang telah berpengalaman dan banyak kali berceramah dan memberi kuliah, baru hari ini di dakwa melakukan kesalahan memberi kuliah tanpa 'Tauliah'. Peliknya orang itu ada Ph.D dalam agama pula yang mana orang yang menangkap tu pun belum tentu ada ph.D.

Adakah kerajaan sekali lagi menggunakan isu Matin ini untuk membentras penyelewengan agama? Ya, mungkin la ada kebenarannya sedikit, memandangkan Dr Asri seorang yang berfahaman Wahabi. Tapi ia bukan suatu hal yang besar, selagi Aqidah masih betul, tiada masalah, bahkan pernah pula menjadi mufti suatu ketika dahulu. Hendak dikata pula Dr Asri seorang ahli politik sudah tentu jauh panggang dari api. Ya, mungkin beliau pernah cakap-cakap hendak terlibat dengan politik, pula tu pernah menerima kunjungan dan ajakan dari Ketua Dewan Ulama' , tapi itu pun tidak di beri keputudan muktamad lagi. Jadi apa puncanya sebenarnya beliau ditangkap?..Jawapannya adalah ada 'Tangan-tangan Ghaib'..haha, ini bukan saya kata, Dr Asri yang kata.

Back to the topik..

Kalaulah benar kerajaan (ataupun Jabatan agama) benar-benar mahu kuliah-kuliah agama atau khutbah Jumaat di beri oleh mereka yang di Tauliah, atau kita boleh katakan ia bebas dari unsur penyelewegan agama dari unsur politik, saya mencadangkan kerajaan membeli robot dari Jepun, 'Tauliah'kan 'mereka' kemudian di set seragamkan isi-isi kuliah atau teks khutbah supaya mengikut kehendak yang di mahukan Jabatan Agama.

Maaflah saya tidak berniat untuk menghina, tetapi inilah realiti yang harus di telan hari ini. Kononnya tidak mahu campur tangan politik dalam agama, padahal mereka yang berkepentingan politik sendiri yang mencabulnya. Bahkan tindakan mereka secara tidak langsung menyempitkan lagi fahaman masyarakat, terutama umat Islam tentang kerangka politik dalam agama. Seolah-olah ianya sangat jauh, no politics in religion. Berkali-kali saya katakan ianya adalah berpunca daripada bapak segala fahaman, iaitu Sekularism.

Hari ini satu demi satu kepercayaan masyarakat kepada jabatan agama di Malaysia di ragui. Dari isu komitmen Jabatan Agama membenteras ajaran sesat la, isu logo halal pada makanan haram lah, kes murtad yang menjadi-jadi lah dan lain-lain. Semuanya tidak berjaya di 'setel' kan, sebabnya ada 'tangan-tangan ghaib', tangan ghaib mengikut tafsiran saya ini adalah campur tangan politik...campur tangan politik kotor dan berkepentingan hawa nafsu semata-mata. Wallahu'alam

p/s: saya terfikir juga mereka yang mahu berkahwin pun kena ambil kursus kahwin walaupun ada Master atau phD dalam bidang agama, ibarat suatu perniagaan....emm..

5 comments:

Muhammad Salim bin Azham said...

Salam...semoga Allah membalas abg dengan sebanyak banyak kebaikan......dari penulisan abg menunjukkan abg seorang yang updater..sentiasa ke hadapan mengambil tahu masalah umat...Alhamdulillah...

Walaubagaimanapun, dalam masalah Dr. Asri ini mungkin kita boleh sama2 berkongsi pendapat, apalah pandangan saya ni yang baru nak belajar2 jika nak banding ngn abg yg terlibat lebih lama dari saya dalam gerakan Islam...

Ana tak pasti kalau abg sedar bahawa Dr. Asri dalam ceramahnya (ada dalam Youtube setakat dua minggu lepas) mengatakan SYIRIK orang yang berselawat dengan selawat Syifa'...sehingga terpaksa dibalas kembali oleh Tuan Guru Dr. Haron Din...dan sehingga sekarang belum ada respon yang Dr. Asri menarik balik kata2nya...Apa pandangan abg kalau sekiranya pendapat seperti ini dihebah pada orang awam...? tidak ada hukum paling berat yg dikenakan pada sesama muslim melainkan SYIRIK..

Beliau juga menghalang para Ulama Ahli Sunnah yang tak sehaluan dengan dia semasa beliau berkuasa di Perlis ..Semasa Al-Fadhil Ustaz Yussainee (Timbalan Ketua Pemuda PAS Perlis) membawa Al-Habib Munzir Al-Musawwa HafizahUllah...dituduhnya Al-Habib sebagai Syiah...sampailah Ustaz Yussainee kemukakan tauliah dan pengiktirafan para Ulamak terhadap keilmuan Al-Habib, beliau (Dr. Asri) kemukakan pula alasan visa untuk menghalang...setelah dapat visa ..beliau tetap tak bagi tanpa kemukakan apa2 alasan..(ini berdasarkan kisah yg diceritakan oleh Ustaz Yussainee).

Dan akhirnya Al-Habib Munzir terpaksa membela diri di dalam kenyataannya pada laman web rasminya majelisrasulullah.org tentang tuduhan syiah yang dilemparkan oleh Dr. Asri.

Beliau juga merendah-rendahkan ulamak silam..dengan mengatakan bahawa meletakkan kanak2 belum mumayyiz di belakang saf dalam solat adalah KHurafat yang disandarkan pada Fikah...Perkataan KHURAFAT jelas satu kebiadapan terhadap ulamak yang mengemukakan pendapat ini iaitu Al-Imam Al-Kabir An-Nawawi dan lain-lain..Dan akhirnya hujah Dr. Asri dipatahkan oleh Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang tentang perkara itu.

beliau juga pernah menuduh Para Mufti tukang baca doa, Ustaz Nuruddin al-Banjari sebagai ulamak ongkos, mencerca keturunan Sayyid, mengkafirkan Syeikh abdullah Harari, Menuduh Syeikh Hasan alSaqqaf sebagi syiah.

Dan banyak lagi kalau nak cerita...maka pada pandangan peribadi ana, tindakan JAKIM adalah tepat, kerana fahaman beliau kalaupun tidak sesat tetapi sangat tidak sesuai diamalkan oleh rakyat negara ini.....

kalau abg mengatakan kenapa x cekup perasuah, penjenayah, maka itu isu yang di luar bidang kuasa JAKIM sendiri...bukan ana nak backing JAKIM, tapi bahaya rosak dalam pegangan agama lebih berbahaya drpd dunia....politik atau apa pun tidak dapat mengubah pendirian dan iktikad kita pada akidah yang sahih mengikut Ahli Sunnah wal Jamaah...Jazakallah Khairan Kathira... :)

Aizat said...

salam..terima kasih salim atas komen..

mungkin abg tak penah dgr ttg apa yg salim sebut di atas..

jika benar, back to basic kita serahkn pd mereka yg berautority utk brtidak..JAKIM..mungkin ada hikmah..kita tunggu JAKIM mngumpul bukti dan mbuat keputusan..sebab kita mungkin mndengar hnya sebelah pihak..

cuma prsoalan yg kita boleh fikirkn mngenai kaedah atau cara JAKIM..dgn menangkap Dr Asri..adakah sesuai dgn kapasiti sebuah jabatan agama Islam..yg bukannya brtindak dgn kapasiti sbg seorng polis..sbb dlm Islam ada konsep al-Ghoyah dan Al-Wasilah..matlamat dan cara yg brhikmah spt yg rasulullah s.a.w ajarkn pd kita..even pd binatang pun di tuntut utk brlaku baik..

..takut tindakan JAKIM mbawa fitnah kpd masyarakat baik muslim atau tak..di mana letaknya nanti kpercayaan masyarakt kpd jabatn agama..sudahlah dahulu JAIS sendiri prnah di tuduh masyarakat yg jahil ttg penangkapan artis yg buat maksiat d kelab malam (walaupun tindakan itu betul)..kita xnak ianya brulang..impaknya mgkin kita lihat pd Jabatan agama Islam..ttp hakikatnya kmbali pd umat Islam itu sndiri..persepsi masyarakat non-muslim pd Islam..

Berkaitan tindakan Dr Asri tu kita serahkn pd mereka yg berautoriti utk brtidak..mmg tindakan beliau yg salim kata tu agak berat,tp slagi tak d failkan lg bukti yg kukuh,JAKIM tak dpt brtidak..sbb byk sgt birokrasi..even yg telah terang2 mneyeleweng agama pn tidak d ambil tndakan spt SIS..padahal SIS mrupakan prtubuhan NGO yg brdaftar bebas brgerak..prtubuhan yg mpunyai ramai ahli (trmasuk anak2 dan para menteri)..

Mgkin peranan kita yg tahu ni prlu sebar2kn pd mereka yg tak tahu..

Wallahu'alam, abg mungkin jahil dlm hal2 begini,cuma abg brpandangan stiap org ada peranan pd agama,yg penting kita terus brperanan dlm Islam,sprti mana Saidina Ali prnah brkata kepada mereka yg byk mpersoalkn ttg masalah yg brlaku pd umat tnpa sbrg pnyelesaian itulah mreka yg membantutkan kemenagn Islam..moga2 kita d jauhkan..

Kita ada Al-Quran dan Sunnah,slagi kita brpegang pdnya IsnyaAllah kita tak akn sesat..

Anyway,terima kasih atas maklumat..sma2 kita kongsi,ambil yg jernih buang yg keroh..kata2 abg boleh d tolak klau ia silap..Jazakallah

Muhammad Salim bin Azham said...

Salam, semoga Allah s.w.t. membalas abg dengan kebaikan yang sebanyaknya...syukran jazilan atas pencerahan abang..memang ana bersetuju dengan abang tentang kes SIS, kelab LION yang masih lagi tidak diambil tindakan padahal kalau dalam kes kelab LION telah berijmak para ulamak Majlis Fatwa Sedunia bahawa barangsiapa yang memasuki kelab LION padahal dia mengetahui peranan kelab LION dan fungsi-fungsinya kepada Yahudi dalam memusnahkan umat ISlam, maka dia jatuh kepada kafir. Na'uzubillah..

Cumer, ana melihat mungkin ada kuasa lebih atas lagi yang menghalang JAKIM dari bertindak secara bebas...dan mereka terpaksa menggunakan kaedah Islam "apabila bertemu dua darurat , amiklah darurat yang lebih ringan"

Kerana kalau sekiranya tiada langsung alim ulama yang menasihati pemimpin (walaupun terbatas), mungkin negara ini lagi hancur sebelum sempat Islam yang syumul difahami oleh Umat Islam Malaysia yang awam dan kurang mengerti.


Ini terbukti dalam soal jawab pada laman web JAKIM tentang soalan mengapa tidak ditegakkan hukum Allah?..mereka menjawab "Kami sedaya upaya cuba menasihati kepada pemimpin dan kami berusaha ke arah itu atas apa yang kami termampu."

Tentang SIS, terbukti bahawa ada orang orang atasan UMNO yang mengepalai persatuan tersebut sehingga sukar untuk dikenakan tindakan. Begitu juga lah kelab LION yang menurut Ustazah Farah Wahida , Rahim Noor (bekas ketua Polis ) yang kepalanya.

Ini semua menyebabkan mereka seolah-olah kebal daripada diambil tindakan..kesimpulannya bagi ana, jangan disalahkan mereka yang dibawah kerana mereka tiada kemampuan, ditekan, dikongkong, dan dalam masa yang sama memikirkan kesan dan akibat sekiranya mereka (ahli ugama) mengambil tindakan tidak masuk campur langsung urusan kerajaan, (maka akan lebih mudarat lagi)

Orang atas lah dalangnya, mereka lah yang perlu dibersihkan atau disedarkan sekiranya ada harapan untuk disedarkan...Akhir kata...Syukran Abg kerana sudi berbahas dengan ana yang sangat fakir , kurang berilmu, dan tidak sempurna ini...Semoga Allah s.w.t. mengampuni Abg dan ana..Amin...Jazakallah Khairan Kathira (^_^)

Muhammad Salim bin Azham said...

Salam, sekadar tambahan...bila abang kata pasal Sayyidina Ali kwh. teringat pulak ana tentang kisah seorang yang datang jumpa Sayyidina Ali kwh. "Ya Amirul Mukminin, kenaper kah pada zaman kau ni banyak timbul masalah pada umat?"

Di jawab oleh Sayyidina Ali kwh. "Pada zaman Nabi s.a.w., umatnya seperti Abu Bakar, umar, Usman danaku, tapi pada masa sekarang umatnya seperti kamu "..iaitu dok nak mempersoalkan ajer...alangkah hebatnya jawapan Sayyidina Ali kwh.

Kisah ini tidak lah tepat...sekadar teringat kat kepala jer ni...kalau salah betulkan yer bang...Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Aizat said...

terima kasih atas prkongsian dan maklumat..

Kisah Saidina Ali yg Salim bgtau tu la kisah yg abg mksudkan..;p

Barakallah fiik..

"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya" An-Nisa'