12 November 2009

Mekanisme Baru Sistem Subsidi Minyak dimulakan Mei depan


Berita berkaitan: Mekanisme Baru Sistem Subsidi Minyak dimulakan Mei depan

Setiap hari apabila berlakunya hal-hal yang berkaitan minyak pasti ia akan menjadi antara berita tumpuan masyarakat terutama apabila ia berkait dengan kenaikan harga minyak yang menjadi bahan makian, cacian dan sumpahan rakyat terhadap kerajaan yang dilihat orang yang bertanggungjawab.

Hari ini, masyarakat kerap kali telah di jelaskan berkaitan situasi yang berlaku, baik di TV, akhbar dan cakap-cakap mulut orang. Penjelasan-penjelasan seperti ini sebenarnya telah menjadi suatu perkara yang membosankan, kerana apa yang rakyat mahukan adalah penyelesaian atau solution, bukan hanya penjelasan semata-mata. Tidak ada seorang pun yang mampu memikirkan sebarang solution untuk kenaikkan harga minyak ini. Seluruh agensi kerajaan dan GLC juga tidak mampu, apa lagi angkatan-angkatan dalam kabinet, mereka juga tidak mampu. Sebagai contoh, jika dilihat tiada langsung saranan atau cadangan supaya NGV di diperluaskan dengan menambah bilangan stesen minyak yang menjual NGV. Ataupun galakkan supaya minyak petrol di tukarkan kepada NGV. Ia membuktikan seolah-olah kerajaan memang tidak berminat untuk berusaha menyelesaikan krisis minyak yang berlaku sejak dahulu lagi (zaman pemerintahan kerajaan UMNO-BN)

Namun, Mekanisme baru sistem subsidi minyak yang dilihat ini mungkin suatu penyelesaian kepada masyarakat terhadap isu ini. Mungkin...

Sebenarnya pemberian subsidi minyak oleh kerajaan telah lama di lakukan, dan ia pun sememang suatu kewajipan kerajaan. Jika duhulu, semasa zaman pemerintahan Pak Lah, kenaikan harga minyak kepada RM2.70 itu sebenarnya telah pun kerajaan berikan subsidi iaitu pengurangan sebanyak 30sen bebanding harga asal sebanyak RM3.00.

Hari ini, kerajaan sekali lagi merancang suatu mekanisme baru subsidi minyak yang lebih berfokus kepada pemberiannya kepada golongan sasar, tapi kena tunggu tahun depan pulak. Macam petanda minyak akan naik dan naik lagi tahun depan je..

Tidak pasti golongan sasar yang bagaimana. Dan bagi saya pemberian kepada golongan sasar ini ada pro ada kontranya. Jika kerajaan menaikan harga minyak kepada semua lapisan rakyat tanpa memilih bulu, kenapa pula pemberian subsidi minyak harus pilih bulu, mungkin itu kontranya. Tapi pro-nya mungkin ia sebagai suatu langkah penjimatan terhadap pengurusan kos kerajaan dalam pemberian subsidi petrol dan diesel. Walaupun kerajaan telah mengumumkan bahawa peruntukan subsidi mungkin meningkat kepada 10bilion pada 2010 berbanding RM3.54b pada tahun lepas. Jimat la tu kot..

Saya malas nak membangkitkan isu minyak ini lagi, namun saya mengucapkan terima kasih kepda kerajaan atas pemberian subsidi minyak. Walaupun terpaksa melihat dengan rasa curiga dan ragu-ragu. Harap-harap saya termasuk golongan sasar tersebut walaupun penantian itu suatu penyiksaan..

Walaubagaimanapun pandangan saya, apa yang kerajaan harus fokuskan dalam tempoh waktu pemberian subsidi minyak tersebut pada akan datang adalah berkaitan dengan realliti kehidupan masyarakat Malaysia yang bukan rata-rata sebagai seorang yang berkedudukan dan berkemampuan. Seperti pekerja awam yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Ramai lagi rakyat Malaysia yang ada masih terkial-kial dalam mencari kehidupan dan pendapatan secara sihat. Skim cepat kaya, pelaburan haram interent, perjudian sms, rancangan hiburan masih bersarang dalam minda kebanyakkan mereka. Masyarakat sebegini masih manja dan perlukan perancangan terbaik dari kerajaan dari sudut pendidikan dan kewangan.

Suatu lagi perkara yang sangat penting adalah RASUAH...yang perlu di benteras, baik yang berlaku didalam kerajaan atau luar, termasuk ahli politik yang hampeh. Ia seakan suatu hal yang menjadi kegilaan dalam negara. Yang menyekat skill dan kemampuan diri tanpa ada usaha. Berhati-hati kemungkinan pemberian subsidi kerajaan juga menyebabkan ada segelintir kumpulan yang tertidas dan kurang pendapatan akibat rasuah. Malah mungkin lebih dahsyat, rasuah akan bertambah pula akibat dari segala kenaikan ini. Lihat sahaja Negara-negara maju, pra syarat mereka adalah mesti minimakan rasuah dahulu.

Saya juga melihat kerajaan juga harus meningkatkan lagi mutu pengangkutan awam, saya boleh katakan kerajaan masih tidak sedia dalam pengangkutan awam. Hari ini masyarakat masih memilih sebagai pilihan utama berkenderaan sendiri untuk bergerak. Masalah kesesakan lalulintas yang tak sudah-sudah di pusat bandar. Tambahan harga tambang pngankutan awam pun turut naik, lagi lah masyarakat lebih suka berkenderaan sendiri.

Dan banyak lagi bagi pandangan saya kerajaan harus utamakan terlebih dahulu. Andai kerajaan mengatakan kenaikan harga minyak tidak mampu di kawal di sebabkan mengikut harga pasaran dunia, tetapi masalah-masalah yang saya sebutkan di atas (walaupun banyak lagi) kerajaan mampu untuk mengawal. Ini masalah yang berkaitan urusan dalaman negara.

Itu belum lagi hal-hal yang berkaitan dengan masalah sosial, masalah yang berkaitan agama, murtad, syirik, khurafat, riba, rogol, arak dan macam-mcam lagi. Tidak pula hebat promosinya di akhbar-akbar atau di blog-blog..padahal kenaikan masalah inilah amat penting...kerana semua berpunca apabila manusia tidak kembali kepada kehidupan beragama. Sibuk dengan 1 Malaysianya..apa-apa la..

Wallahu'alam


No comments: