20 November 2009

Ada apa dengan Dr.Asri?


Sebelum ini saya telah bercerita mengenai Dr.Asri berkaitan kes yang berlaku pada dirinya di blog ini.

Saya bersetuju dengan sebuah surat pembaca yang dihantar ke dalam Harakah Daily yang bertajuk Kenapa Siar Berlebihan Isu Dr Asri?.

Saya juga bersetuju atas dasar tahu saya terhadap Dr Asri dan fahaman yang di bawa. Terpulang pada kita semua menilai. Jika ia tidak penting, maka tidaklah saya berhajat untuk maklumkan. Namun ia sedikit sebanyak telah mengubah persepsi saya terhadap PAS bukan sahaja memperjuangkan keadilan dan kebenaran tanpa memilih watak, malah juga fahaman yang di bawa.

Jernihkan fikrah...tetapi dengan bersyarat. Kerana boleh jadi akan berlaku sesuatu yang lebih besar di sebaliknya jika perkara ini di lebih-lebihkan. Berpegang kepada prinsip Berpada-pada. Seperti mana kata Ibnu 'Abbas, Sebaik-baik amalan adalah pertengahan. Iaitu tidak berlebihan dalam sesuatu, kerana kebiasaannya berlebihan itu mendatangkan banyak mudarat (tidak pada semua perkara).

Ini bukan soal bias atau berat sebelah terhadap Dr Asri. Tetapi soal kesan selepas yang berkemungkinan boleh berlaku. Bukan juga soal Harakah Daily semata-mata, atau ahli PAS tetapi soal Aqidah yang perlu di jaga. Cukup setakat itu.

Tidak perlu saya mengulas panjang lebar tentang Dr Asri dan yang berkaitan dengannya. Kisahnya semua sedia maklum di mana-mana sahaja dada akhbar. Baik ianya gambaran positif ataupun negatif. Yang positif kita ambil, negatif tinggalkan sebagai pengajaran.

Wallahu’alam

"Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan, agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu. Dan Kami tidak menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan sungguh (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah; Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia."

Al-Baqarah 143

2 comments:

Amri Mat Saaid said...

bukan buyers(pembeli) wahai akhi aizat tapi bias (condon/cenderung)

Aizat said...

owh ye ke..tqvm