31 October 2010

Program PASTI di Bukit Baru: UMNO curi lagi bendera PASTI




Anak-anak PASTI sedang sibuk mewarna


Syukur Alhamdulillah atas nikmat yang terhingga dari Allah, Program Mewarna PASTI yang berlangsung di cawangan PAya Ikan, Bukit Baru telah berjaya di laksanakan. Program yang di anjurkan oleh Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil bersama MTD Bukit Baru dan UPU Paya Ikan berlangsung dengan lancar tanpa sebarang gangguan dari pihak luar. Namun begitu, masih terdapat perasaan dengki kerajaan BN apabila kelihatan beberapa bendera PASTI dan PAS yang di pacak berhampiran tempat program telah di curi oleh Majlis Bandaraya Melaka (MBMB).






Program mewarna peringkat PASTi yang di jalankan menjadi petanda walaupun pihak kerajaan BN Negeri Melaka di bawah pemerintahan Ali Rustam dan beberapa jentera kerajaan sering menggangu dan membuat provokasi di setiap program di jalankan oleh PAS, namun ia tetap berjaya. Cabaran ini sebenarnya menguatkan lagi semangat para pendokong dan penyokong untuk bekerja memenagkan Islam.

Semalam dan beberapa hari sebelum ini, kerajaan BN Ali Rustam dilihat telah memberi tekanan kepada Pembangkang, baik dari program penerangan mahupun program turun padang dengan melakukan beberapa tindakan terdesak seperti membuat kacau dalam ceramah Pakatan, membuang banner, mencabut poster, merobohkan papan tanda milik PAS dan isu besar yang bakal di hadapi, perobohan PASTi dan surau di Bukit Katil.


Sambutan ramai dari peserta dan ibu bapa



Tindakan-tindakan ini jelas menggambarkan BN/UMNO telah ketandusan idea untuk melawan Pembangkang. Kepala otak KM Melaka ini telah sampai tahap IQ yang lebih rendah dari kanak-kanak PASTI dengansanggup menggunakan kuasa dengan berlawan secara tidak demokratik. Undang-undang yang di rimbakan oleh seorang 'Tarzan' yang berlagak ingin jadi maju.

Rakyat akan menilai. Jika bukan hari ini, mungkin esok. Seperti mana yang pernah di ungkapkan oleh Ibn Khaldun, di mana sesebuah ideologi manusia itu hanya akan bertahan sekitar 70-80 tahun sahaja. UMNO telah wujud sebelum merdeka, dan sehingga hari ini, umur UMNO hampir kepada umur 60 tahun lebih, maka tinggal beberapa tahun lagi UMNO akan lenyap di muka bumi ini, bahkan mungkin lebih awal lagi dari itu..






Majlis penyampaian hadiah oleh YDP Kawasan Bukit Katil, Sdr. Sofi Wahab


Islam akan tertegak di saat umat berada di akhir zaman. 'Bangunan' Islam itu akan terbina dengan usaha 'kontraktor-kontraktor' yang berjuang membinanya, dari sebuah 'cerucuk' anak-anak yang di didik dalam keluarga Islam sehinggalah ke bumbung yang menjadi puncak kepada tertubuhnya daulah Islam.

Ketahuilah UMNO-BN bahawa, lebih banyak tekanan yang mereka kenakan, lebih tinggi semangat dan azam mereka yang berjuang atas nama Islam ini, mereka berjuang bukan atas dasar bangsa semata-mata, tetapi atas dasar agama, yang menjadi pokok persoalan di akhirat nanti.

Wallahualam















30 October 2010

UMNO/BN semakin terdesak..


UMNO/BN Melaka sekali lagi terdesak dengan tindakan kurang ajar merobohkan papan tanda dan merampas banner program PAS di Bukit Katil petang tadi.

Tindakan bacul kerajaan negeri Melaka di bawah pemerintahan diktator Ali Rustam sekali lagi telah sampai ke tahap yang melampau. Menggunakan jentera kerajaan seperti Majlis Bandaraya Melaka (MBMB) dan beberpa orang polis untuk merobohkan papan tanda dan merampas beberapa banner di lihat sebagai mukadimah untuk memberi tekanan kepada PAS yang kini berhadapan dengan kemungkinan PASTi dan surau di situ akan di robohkan.



Dalam lingkungan 40 orang pihak polis telah menjadi 'guard' kepada pihak MBMB bekerja merobohkan papan tanda dan baner milik PAS kawasan di sini. Walaupun beberapa ajk dan penduduk di situ menghalang, namun ia tetap di teruskan. Tindakan ini jelas menunjukkan perlanggaran undang-undang di mana mereka telah mencerobohkan premis PAS dan merampas banner milik PAS seperti perompak yang merompak rumah orang. Tetapi di bawah pemerintahan diktator Ali Rustam segalanya boleh, segalanya jadi halal.

Hakikatnya tindakan Ali Rustam itu sebenarnya adalah reaksi tertekan beliau atas sikap Pakatan Rakyat Melaka terutamnya PAS yang kebelakangan ini sering bangkit membantah tindakan silap kerajaan Melaka yang sememangnya silap. Reaksi tertekan Ali Rustam semakin meningkat lantaran isu roboh pasti dan surau di bukit Katil acap kali keluar di media (kecuali media perdana milik UMNO/BN). Tambahan termometer sambutan rakyat di Melaka khususnya rakyat Cina telah hampir kepada tahap beku lantaran isu perkauman yang sering di mainkan UMNO/BN. Maka langkah menggunakan kuasa di lihat langkah terakhir Ali Rustam untuk memadamkan kebangkitan rakyat...

Sesungguhnya doa mereka yang teraniaya sangat di makbulkan Allah. Biarlah Allah membalas segala tindakan mereka dengan balasan yang setimpal. Ameen..

Berita berkaitan blog MUTALIGAT: MBMB Zalim robohkan papan tanda pusat aduan rakyat


28 October 2010

The Most Biggest Snakes in the World
































.

.

.

.


.


Gambar Hiasan













Type your summary hereType rest of the post here

23 October 2010

Gambar penyejuk mata..




p/s: lets picture speaks by itself...

21 October 2010

Menara Warisan : Siapa Dalang Sebenar...

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Datuk Seri Najib Razak mempertahankan cadangan pembinaan menara 100 tingkat bernilai RM5 bilion oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan menyifatkan ia bukan pembaziran tetapi bertujuan menjana ekonomi serta mewujudkan satu mercu tanda Malaysia yang maju dan moden.

Perdana Menteri berkata pembinaan menara itu akan turut membawa manfaat kepada pelbagai sektor.

“Banyak kerja-kerja kontrak yang boleh kita agihkan untuk menggerakkan kegiatan ekonomi, dan kawasan itu boleh menjadi pusat perniagaan menempatkan peniaga bumiputera dan bukan bumiputera, menjadi pusat tarikan dan beri keuntungan.

“Projek ini bukan pembaziran tapi menguntungkan, yang dirancang (oleh) PNB.”

Najib berkata beliau tidak mengarahkan PNB untuk mewujudkan projek itu.

“Saya tidak arahkan PNB. PNB yang mencadangkan (perkara) ini, sesuatu yang sangat diingini oleh pengurusan atau lembaga (pengarah) PNB, katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan amanatnya kepada anggota perwakilan di majlis tertutup Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.

Semasa membentangkan Bajet 2011 Jumaat lepas, Najib, yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan satu lagi mercu tanda akan dibangunkan iaitu menara setinggi 100 tingkat yang dinamakan Warisan Merdeka dan dijadual siap pada 2020.

Najib berkata dalam sejarah negara ini, Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad dikritik hebat oleh pembangkang apabila membuat keputusan untuk membina jambatan Pulau Pinang, namun akhirnya sekarang rakyat Pulau Pinang meminta jambatan yang kedua.

Dr Mahathir juga dipertikaikan semasa membina Menara Berkembar Petronas, jadi rasional kerajaan bagi pembinaan menara warisan adalah sama, katanya.

Warisan Merdeka akan menjadi menara tertinggi di Malaysia. Projek itu akan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai warisan negara. – Bernama






P/S: 1 Malaysia kena bohong...kalau dasar pembohong, pembohong juga lah...

19 October 2010

Solat berjemaah semasa konsert rock

Mana satukah imamnya?


Kejadian ini berlaku di Indonesia semasa konsert/gig dari tiga kumpulan heavy metal yang bergabung. Ini bermakna dalam konsert tersebut, penonton yang hadir mesti menutup aurat, tak boleh pakai seluar jeans koyak lutut dan londeh. Mungkin juga tiada percampuran bebas lelaki dan wanita dalam konsert tersebut.

Ini baru dikatakan ‘Rock-rock juga, solat jangan dilupa’. Orang kita kalau tengok konsert,tengok bola ramai yang tinggal sembahyang maghrib kerana nak mengejarkan tempat duduk yang cantek.





Terkesima kejap aku melihat gambar ni, penonton dan kumpulan heavy Metal berhenti solat berjemaah setelah masuk waktu Isyak semasa konsert. Peh, konsert Ramli Sarip dan kumpulan nasyid pun tak buat begini.
Isuhangat.net

Komentar:
Rasanya tak ada masalah nak buat macam ni di konsert-konsert di Malaysia. Tak kira la apa konsert pun, kalau pihak penganjur ada kesedaran dan inisiatif nak buat tak de masalah, selain dari pihak berkuasa seperti pemerintah. Sepertimana Kelantan yang sebelum ini juga pernah mengadakan konsert, ada masa bersolat jemaah sebentar mengingati Tuhan.
Pokok pangkalnya, tepuk dada tanya iman..


16 October 2010

Program 'Back-fire' UMNO..kutip penceramah Recycle..

Sekitar program 'Balas balik' UMNO yang berlangsung sejurus selepas himpunan aman PAS membantah pencerobohan PASTI dan Surau . 16/10/10





Beberapa pimpinan UMNO..termasuk yang recycle..







Kelihatan jumlah kerusi kosong yang banyak..



Sekali lagi UMNO Melaka tak senang duduk dengan Pakatan Rakyat Melaka yang semakin garang membantah setiap tindak-tanduk Kerajaan Melaka di bawah pimpinan Ali Rustam yang dilihat semakin teruk.



Terbaru, PAS Kawasan Bukit Katil telah membangkitkan isu PASTI dan Surau setempat yang bakal di robohkan oleh kerajaan BN dengan mengadakan himpunan membantah. Ia memberi tamparan hebat buat UMNO-BN Melaka yang semakin tenat dan lemah lantaran terpaksa menepis pelbagai isu yang di tembak tepat kebatang hidup Ali Rustam selaku ketua kerajaan BN.



Maka, bagi membalas balik smash, malam tadi , UMNO dengan bantuan jentera kerajaan seperti Majlis Bandaraya Melaka, Kementrian Kesihatan dll telah di paksa untuk turun membuka kauter dan pelbagai pameran semata-mata untuk menarik penduduk tempatan yang kini dilihat tidak lagi berminat, buktinya dari bilangan yang hadir ke program tersebut. Bahkan beberapa orang pekerja TNB dilihat telah di gunakan UMNO untuk mencuri elektrik sebagai lampu untuk program tersebut.



UMNO sememangnya tidak kuat, lemah dan sudah tua. UMNO di lihat kuat kerana jentera kerajaan yang di salah gunakannya, bukan sebab atas kekuatan jentera UMNO itu sendiri. Andai jentera kerajaan tidak ada, sudah pasti UMNO ibarat orang tua yang bergantung kepada tongkat untuk berdiri.



Antara penceramah 'recycle' adalah bekas ketua dewan ulama Terengganu, Ghazali Ahmad. Seorang bekas ahli PAS yang di pecat atas sebab tingkahlaku dan moral yang tidak baik, khabar dari sumber yang di percayai, Ghazali ahmad ini di pecat atas sebab membawa lari anak dara orang..Wallahualam.




10 October 2010

RM500,000 setahun untuk sekolah Harapan


Melenting Ali Rustam sehinggakan mencabar PAS berdebat mengenai isu sekolah mengandung. Apakah yang menyebabkan Ali marah sehinggakan tidak tahan dengan kritikan dari PAS?



Mudah sahaja, cegah segala kemungkaran yang berleluasa di Negeri yang diperintah oleh Ali dan BN maka sekolah harapan ini tidak akan wujud. Berapa lamakah pelajar akan menetap di sekolah tersebut? Sedangkan kos yang akan ditanggung oleh kerajaan negeri Melaka setahun adalah RM500,000 setahun?


Cuba bayangkan kos RM500,000 setahun adalah untuk menyara 10 orang pelajar sahaja. Lebih baik duit sebanyak itu diberikan kepada sekolah agama yang mana ada sekolah yang terpaksa menjalani proses pembelajaran di tempat letak kenderaan (garaj).


Mengikut Jabatan Perangkaan seramai 214,033 kelahiran anak tidak sah taraf dicatatkan pada tahun 2005 hingga 2009. Paling dibimbangi adalah yang melibatkan melayu yang konon-kononnya adalah Islam (seperti dilaungkan oleh UMNO) adalah 74,723 kes berbangsa melayu.


Sekarang kita tanya UMNO yang konon-kononnya membela melayu dan apakah yang terjadi kepada anak muda melayu sehinggakan menjadikan melayu majoriti dalam kes anak tidak sah taraf. Menteri UMNO kena jawab permasalahan ini.


Apabila ada mengkritik pembukaan Sekolah Mengandung ramai pengampu Ali Rustam melenting menyatakan bahawa PAS hanya pandai mengkritik dan tidak berbuat apa-apa. Persoalannya sekarang siapa yang berkuasa di Melaka ini?


PAS sejak dari dahulu kini dan selama mencadang dan menasihatkan kerajaan negeri supaya menutup semua pusat maksiat dan menghentikan program maksiat supaya punca-punca maksiat ini dapat dikurang dan dibasmikan.
Kerajaan negeri Melaka yang mentadbir dan menguasai negeri mempunyai kuasa untuk menutup semua pusat maksiat seperti kelab malam, pub, rumah urut, pusat pelacuran, night club, dangdut, Spa dan sebagainya. Selain itu program-program maksiat yang melibatkan percampuran dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan mesti dihentikan serta merta.
Pada masa yang sama kerajaan negeri mesti memperbanyakkan kelas-kelas pengajian agama di masjid dan surau, memperbanyakkan sekolah agama, menambah peruntukan untuk progam agama Islam dalam bajet negeri dan sebagainya.
Namun semua nasihat dan cadangan yang kita ajukan ditolak mentah-mentah malah kerajaan negeri menggalakkan pula program-program maksiat di negeri ini.


Suara Melaka


Fastest car in the world (after Buggati Veyron)


09 October 2010

Puisi buat Melayu



Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga

Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni

Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

(Usman Awang)



p/s: Melayu UMNO bagaimana pula..?

Cinta Itu Buta



Once Upon a Time...

Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin,pemilik restoran itu juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.

"Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta tersebut.

Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya kepada
lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata,
"Saya pesan ikan pais dan sayur masak asam bang"... .

Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu.Menu itu memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut. Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut datang lagi.Sekali lagi dia minta sudu bekas dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu lainnya.

Amin memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian mencium sudu itu dan berkata, "Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayam bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan. " Amin mengiyakan dan si lelaki buta memesan makanan tersebut.

Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian. Dia datang lebih awal ketika belum ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat nakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai tukang masak didapur.

Diberikannya satu sudu dan berkata, "Yati, garu ketiak kamu" "Apa-apalah abang ni ?" tanya Yati tak faham. "Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Amin setelah memaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di "ketiak! nya" dan menyerahkan kembali kepada Amin.

Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta melakukan seperti biasa dan berkata,... ... .. "Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di sini... ... . .boleh saya jumpa dia" Amin: ??

Sesungguhnya Cinta itu Butaaaa... ... ... . "

Konsert Adam Lambert vs Maher Zain..





Pertembungan dua artis Barat..





Kerajaan telah memberi pilihan kepada rakyat Malaysia, dua ikon yang menjadi idola rakyat Malaysia. Kedua-dua artis ini di benarkan datang ke Malaysia, kedua-duanya mendapat liputan hebat media. Kedua-duanya juga datang dengan misi tersendiri..


Soalnya, pilihan di tangan kita sebagai rakyat. Walaupun kesekian kalinya kerajaan malaysia
di desak untuk mengurangkan budaya hiburan melampau melalui pembawaan masuk artis dan kaeedah perlaksaan konsert berlangsung, hiburan yang mana dapat membentuk ikon remaja rosak akhlak dan runtuh moralnya. Namun ia masih berlaku.


Semua sedia maklum, masalahnya bukan atas sebab hiburan itu. Tetapi 'spesis' idola yang di bawa masuk. Spesis inilah yang akan menentukkan pengikut yang sama spesisnya..apabila di kumpulkan di dalam satu gelanggang maka lihatlah kesannya. Itu belum cerita lagi tentang lirik dan mesej lagu-lagunya..


Sebab itu ada orang tegur kepada saya kenapa saya memperlekehkan penubuhan sekolah Harapan yang di ilhamkan KM Melaka..dia, dengan membawa bukti betapa berjayanya penubuhna sekolah Harapan itu apabila seorang bayi di selamatkan dari di buang ke tong sampah. Maka jawapannya lihat sahaja industri hiburan malaysia. Mungkin agak lari tajuk dengan topik, tapi saya pasti semua dapat tangkap...easy.


Teringat seperti seorang sahabat saya yang berkali-kali hantar keretanya ke workshop, repair itu, repair ini..tukar komponen itu, tukar komponen ini. Masalahnya kerap kali juga rosak. Pelik kenapa tak tukar enjin terus, ganti enjin yang baru.


Islam itu datang dengan penyelesaian, tiada masalah yang tidak dapat di selesaikan dengan Islam. Manual dah tersedia. Soalnya nak baca atau tidak. Atau mungkin mereka tak faham. Tapi boleh sahaja merujuk kepada mereka yang faham, bukan buat-buat faham. Pula tu nak ajar orang.


Life is about how to make decision...


07 October 2010

Ali Rustam cabar PAS Melaka



Bagaikan termakan cili, Ali Rustam tidak senang duduk dengan kritikan daripada Pakatan Rakyat dan orang ramai mengenai penubuhan Sekolah Harapan yang ditubuhkan oleh Ali Rustam di Jasin. Walaupun sekolah yang ditubuhkan itu baru berusia sebulan lebih tetapi telah melahirkan seorang bayi pertama.

Berikut adalah kenyataan yang dikemukan oleh Ali Rustam kepada Pakatan Rakyat dalam media baru-baru ini.



Setelah terlalu lama bersabar dengan pembangkang yang mengutuk tindakannya menubuhkan Sekolah Harapan bagi membendung gejala pembuangan bayi, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mencabar mereka berdebat dengannya mengenai isu sekolah itu secara terbuka.



Beliau pada bila-bila masa bersedia untuk berbuat demikian menerusi saluran media elektronik di negara ini.


"Kalau Pas tak suka kita tubuhkan Sekolah Harapan sekali pun, tak perlulah sampai dalam khutbah Jumaat, tazkirah sepanjang masa termasuk di bulan puasa, menulis dalam blog untuk mengata dan menghina kerajaan Melaka.


"Kalau betul-betul berani, jumpa saya bila-bila masa pun, kita guna semua stesen televisyen dan saya akan jelaskan mengapa saya tubuhkan Sekolah dan Rumah Harapan di Jasin ini," katanya

Suara Melaka




Komentar:
Link
Tahniah buat Ali Rustam..sememangnya KM Melaka ini layak untuk berbangga dengan hasrat sekplah Harapan yang di cadangkan dan kini berjaya pula di realisasikan. Sekolah Harapan yang kini telah berjaya menghasilkan 'graduan' awal dengan kejayaan melahirkan bayi dari salah seorang pelajarnya.

Sebenarnya kebanggaan awal Ali Rustam ini masih belum teruji. Cabarannya bukan hanya sekadar menyelamatkan seorang bayi yang di katakan akan di buang ke tong sampah andai tiada wujudnya sekolah Harapan ini, tetapi cabaran besarnya adalah silibus pendidikan yang berkesan yang akan di berikan di dalam sekolah tersebut kepada pelajarnya yang masih di dalam proses. Proses pendidikan yang menatijahkan kepada pencegahan seterusnya agar tidak berulang setelah pelajarnya setelah 'gred' nanti, dan juga bagaimana ia dapat menangkis pandangan masyarakat yang serong terhadap pelajar sekolah tersebut.

Andai Ali Rustam merasa bangga dengan kelahiran sulung bayi dari pelajar sekolah Harapan tersebut, percayalah, akan ramai lagi kelahiran-kelahiran seterusnya (seperti mana hasrat penubuhan sekolah tersebut-menyelamatkan bayi dari di buang). Bangga dari kenaikan angka dan jumlah kelahiran bayi yang diselamatkan, dan bukannya bangga dari penurunan angka dan jumlah remaja yang telah terlanjur.

Ali Rustam tak perlu ber'kalau-kalau' untuk berdebat bagi menjelaskan penubuhan sekolah tersebut, kerana beliau sememangnya sangat mampu untuk melakukan. Kerana Ali Rustam bukan sahaja harus membuktikan kepada PAS atau Pembangkang yang mempelecehkan cadangan beliau tetapi juga kepada rakan beliau dalam UMNO/BN sperti Fuad Zarkasyi, Sharizat dan lain-lain yang turut ragu-ragu dengan cadangan 'out of box' beliau itu.

Allahualam..

p/s: jam 2010, tarikh 2010, tahun 2010...Melaka Maju..! Satu lagi kebanggaan Ali Rustam..


Seloka Sekolah Mengandung

Wahai puteri remaja rupawan

Janganlah tersalah memilih kawan

Berhati-hati semasa pergaulan

Nanti silap-silap dah tak datang bulan

Cikgu-cikgu dah selalu nasihat

Datang sekolah bukan nak mengorat

Tumpukan pelajaran biarlah taat

Semoga berilmu dan dapat berkat.

Kalau mengandung cikgu terkedu

Mak bapak kamu lagi lah malu

Semua yang berlaku kerana kamu

Lupakan diri dek melayan nafsu.

Sedarkah kamu perbuatan tu zina

Orang berzina di pandang hina

Siksaan Allah tak terperi sakitnya

Akibat melanggar perintah agama

Mohd.Ali Rustam baiknya budi

Perihatin kepada gadis dan puteri

Dah termengandung datanglah kemari

Ketua Menteri Melaka sedia berbakti.

Kepada ibubapa penjaga sekalian

Sekolah mengandung kami sediakan

Daftarlah sekarang, kami alu-alukan

Pelajar terlanjur besarlah harapan

Wahai para remaja umur belasan

Dah terlanjur buat tanggunglah badan

Nak beranak disini dah siap bidan

Jangan malu, lama-lama orang tak heran

Soal belanja tak usahlah bimbang

Kerajaan negeri Melaka banyak wang

Makan dan minum bakal terhidang

Nak beranak kali kedua, kami tak halang

Ibubapa pelajar jangan susah-susah

Kami tanggung semua sampai kesudah

Insaf muhasabah dan jangan resah

Nanti kami fikir macamana nak bagi ijazah

OLEH : rahimothman 5/8/2010