Berikut adalah kenyataan yang dikemukan oleh Ali Rustam kepada Pakatan Rakyat dalam media baru-baru ini.
Setelah terlalu lama bersabar dengan pembangkang yang mengutuk tindakannya menubuhkan Sekolah Harapan bagi membendung gejala pembuangan bayi, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mencabar mereka berdebat dengannya mengenai isu sekolah itu secara terbuka.
Beliau pada bila-bila masa bersedia untuk berbuat demikian menerusi saluran media elektronik di negara ini.
"Kalau Pas tak suka kita tubuhkan Sekolah Harapan sekali pun, tak perlulah sampai dalam khutbah Jumaat, tazkirah sepanjang masa termasuk di bulan puasa, menulis dalam blog untuk mengata dan menghina kerajaan Melaka.
"Kalau betul-betul berani, jumpa saya bila-bila masa pun, kita guna semua stesen televisyen dan saya akan jelaskan mengapa saya tubuhkan Sekolah dan Rumah Harapan di Jasin ini," katanya
Suara Melaka
Komentar:
Tahniah buat Ali Rustam..sememangnya KM Melaka ini layak untuk berbangga dengan hasrat sekplah Harapan yang di cadangkan dan kini berjaya pula di realisasikan. Sekolah Harapan yang kini telah berjaya menghasilkan 'graduan' awal dengan kejayaan melahirkan bayi dari salah seorang pelajarnya.
Sebenarnya kebanggaan awal Ali Rustam ini masih belum teruji. Cabarannya bukan hanya sekadar menyelamatkan seorang bayi yang di katakan akan di buang ke tong sampah andai tiada wujudnya sekolah Harapan ini, tetapi cabaran besarnya adalah silibus pendidikan yang berkesan yang akan di berikan di dalam sekolah tersebut kepada pelajarnya yang masih di dalam proses. Proses pendidikan yang menatijahkan kepada pencegahan seterusnya agar tidak berulang setelah pelajarnya setelah 'gred' nanti, dan juga bagaimana ia dapat menangkis pandangan masyarakat yang serong terhadap pelajar sekolah tersebut.
Andai Ali Rustam merasa bangga dengan kelahiran sulung bayi dari pelajar sekolah Harapan tersebut, percayalah, akan ramai lagi kelahiran-kelahiran seterusnya (seperti mana hasrat penubuhan sekolah tersebut-menyelamatkan bayi dari di buang). Bangga dari kenaikan angka dan jumlah kelahiran bayi yang diselamatkan, dan bukannya bangga dari penurunan angka dan jumlah remaja yang telah terlanjur.
Ali Rustam tak perlu ber'kalau-kalau' untuk berdebat bagi menjelaskan penubuhan sekolah tersebut, kerana beliau sememangnya sangat mampu untuk melakukan. Kerana Ali Rustam bukan sahaja harus membuktikan kepada PAS atau Pembangkang yang mempelecehkan cadangan beliau tetapi juga kepada rakan beliau dalam UMNO/BN sperti Fuad Zarkasyi, Sharizat dan lain-lain yang turut ragu-ragu dengan cadangan 'out of box' beliau itu.
Allahualam..
p/s: jam 2010, tarikh 2010, tahun 2010...Melaka Maju..! Satu lagi kebanggaan Ali Rustam..
Wahai puteri remaja rupawan
Janganlah tersalah memilih kawan
Berhati-hati semasa pergaulan
Nanti silap-silap dah tak datang bulan
Cikgu-cikgu dah selalu nasihat
Datang sekolah bukan nak mengorat
Tumpukan pelajaran biarlah taat
Semoga berilmu dan dapat berkat.
Kalau mengandung cikgu terkedu
Mak bapak kamu lagi lah malu
Semua yang berlaku kerana kamu
Lupakan diri dek melayan nafsu.
Sedarkah kamu perbuatan tu zina
Orang berzina di pandang hina
Siksaan Allah tak terperi sakitnya
Akibat melanggar perintah agama
Mohd.Ali Rustam baiknya budi
Perihatin kepada gadis dan puteri
Dah termengandung datanglah kemari
Ketua Menteri Melaka sedia berbakti.
Kepada ibubapa penjaga sekalian
Sekolah mengandung kami sediakan
Daftarlah sekarang, kami alu-alukan
Pelajar terlanjur besarlah harapan
Wahai para remaja umur belasan
Dah terlanjur buat tanggunglah badan
Nak beranak disini dah siap bidan
Jangan malu, lama-lama orang tak heran
Soal belanja tak usahlah bimbang
Kerajaan negeri Melaka banyak wang
Makan dan minum bakal terhidang
Nak beranak kali kedua, kami tak halang
Ibubapa pelajar jangan susah-susah
Kami tanggung semua sampai kesudah
Insaf muhasabah dan jangan resah
Nanti kami fikir macamana nak bagi ijazah
1 comment:
bile nak debat nih?
Post a Comment