Melenting Ali Rustam sehinggakan mencabar PAS berdebat mengenai isu sekolah mengandung. Apakah yang menyebabkan Ali marah sehinggakan tidak tahan dengan kritikan dari PAS?
Mudah sahaja, cegah segala kemungkaran yang berleluasa di Negeri yang diperintah oleh Ali dan BN maka sekolah harapan ini tidak akan wujud. Berapa lamakah pelajar akan menetap di sekolah tersebut? Sedangkan kos yang akan ditanggung oleh kerajaan negeri Melaka setahun adalah RM500,000 setahun?
Cuba bayangkan kos RM500,000 setahun adalah untuk menyara 10 orang pelajar sahaja. Lebih baik duit sebanyak itu diberikan kepada sekolah agama yang mana ada sekolah yang terpaksa menjalani proses pembelajaran di tempat letak kenderaan (garaj).
Mengikut Jabatan Perangkaan seramai 214,033 kelahiran anak tidak sah taraf dicatatkan pada tahun 2005 hingga 2009. Paling dibimbangi adalah yang melibatkan melayu yang konon-kononnya adalah Islam (seperti dilaungkan oleh UMNO) adalah 74,723 kes berbangsa melayu.
Sekarang kita tanya UMNO yang konon-kononnya membela melayu dan apakah yang terjadi kepada anak muda melayu sehinggakan menjadikan melayu majoriti dalam kes anak tidak sah taraf. Menteri UMNO kena jawab permasalahan ini.
Apabila ada mengkritik pembukaan Sekolah Mengandung ramai pengampu Ali Rustam melenting menyatakan bahawa PAS hanya pandai mengkritik dan tidak berbuat apa-apa. Persoalannya sekarang siapa yang berkuasa di Melaka ini?
PAS sejak dari dahulu kini dan selama mencadang dan menasihatkan kerajaan negeri supaya menutup semua pusat maksiat dan menghentikan program maksiat supaya punca-punca maksiat ini dapat dikurang dan dibasmikan.
Kerajaan negeri Melaka yang mentadbir dan menguasai negeri mempunyai kuasa untuk menutup semua pusat maksiat seperti kelab malam, pub, rumah urut, pusat pelacuran, night club, dangdut, Spa dan sebagainya. Selain itu program-program maksiat yang melibatkan percampuran dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan mesti dihentikan serta merta.
Pada masa yang sama kerajaan negeri mesti memperbanyakkan kelas-kelas pengajian agama di masjid dan surau, memperbanyakkan sekolah agama, menambah peruntukan untuk progam agama Islam dalam bajet negeri dan sebagainya.
Namun semua nasihat dan cadangan yang kita ajukan ditolak mentah-mentah malah kerajaan negeri menggalakkan pula program-program maksiat di negeri ini.
Suara Melaka
Suara Melaka
No comments:
Post a Comment