12 May 2011

Video seks Anwar di rujuk ke Amerika



Ketua Polis negara Tan Sri Ismail Omar di dalam sidang media hari ini mengatakan salinan video seks yang di dakwa melibatkan pemimpin pembangkang akan di hantar ke Amerika Syarikat untuk di buat analisis.

Suatu yang menghairankan bagi rakyat yang mengikuti kes ini, sedangkan sebelum ini KPN sendiri telah mengesahkan bahawa klip video hitam putih itu adalah TULEN.

Ini membuktikan bahawa Polis sendiri gagal dalam penyiasatan mereka tentang kes tersebut. Atau mungkin ia juga suatu mainan politik bagi memanjangkan lagi episod untuk memenjarakan Anwar memandangkan polis sendiri menjadi boneka kepada Kementrian Dalam Negeri yang di pimpin oleh Hishamuddin.

Sifirnya mudah di congak. Strategi membawa isu video seks ini ke Amerika akan melihatkan lagi 'taksub'nya Malaysia kepada Amerika. Najib dan pemimpin-pemimpin BN sememangnya bersujud di kaki Obama. Mengampunya pak menteri terhadap Amerika sudah jelas melalui cerita kematian Osama baru-baru ini.

Ia suatu yang malang apabila isu busuk dalam rumah tangga di cerita pada orang luar. Sudahlah politik negara di lucahkan, kemudian minta orang luar selesaikan. Satu demi satu 'pakaian' di tanggalkan, hampir meninggalkan 'seluar dalam' dan menunggu saat di bogelkan sahaja politik Malaysia ini.

Semuanya berpunca dari BN-UMNO yang sememangnya gemar politik lucah sebegini. Hanya politik sebegini sahaja yang di lihat mereka mampu memberahikan rakyat, hanya cerita fitnah ini sahaja yang mampu mereka jual memandangkan ketiadaan modal untuk berpolitik melawan musuh.

Kita akan lihat, sejauh mana isu video seks ini dapat selesaikan sebaik sampai ke tangan Amerika. Yakinlah, APCO pasti menjadi pencatur segala-galanya demi Najib, Rosmah dan 'pandi kutty-nya' untuk terus bermaharaja lela di Malaysia./legendz

1 comment:

chop said...

balik pada Islam lah dalam tu ada semua hukumnya.