28 June 2011

Kenapa kerajaan takut sangat pada BERSIH..??


Saya terfikir apakah sebenarnya yang di takutkan oleh Kerajaan BN hari ini rentetan perhimpunan BERSIH 2.0 yang akan di adakan pada 9 Julai nanti. Saya beranggapan bahawa tekanan demi tekanan terhadapa perhimpunan BERSIH 2.0 kali ini adalah yang paling kuat di kenakan oleh Kerajaan. Hal ini di sebabkan beberapa factor:

1) Kemerosotan pengaruh rakyat kepada BN semakin merundum. Pasca beberapa siri pilihanraya kecil dan pilihanraya negeri Sarawak menjadi petunjuk. Atas sebab itu hari ini tarikh pilihanraya hanya Najib sahaja yang tahu. Beliau masih berteka-teki untuk mencari masa yang tepat di saat rakyat Melayu kekal setia dan bukan Melayu kembali yakin kepada BN untuk mengumumkan tarikh walaupun kononnya diwar-warkan sebelum ini pada 11.11.11.

2) Penentangan kepada SPR sama ertinya penentangan kepada kerajaan BN. Ini kerana SPR selaku badan pengatur piliharaya adalah talian hayat BN walaupun ada suara yang mengatakan SPR sememangnya sudah telus, masakan tidak pakatan rakyat mampu menang 5 buah negeri. Ya, ada juga yang menjawab andai SPR telus bukan sekadar 5 buah negeri, bahkan 10 buah negeri pun mampu di menangi Pakatan Rakyat. Tidakkan kita sedar usaha kea rah kemenagan untuk 5 buah negeri dan kawasan lain ketika PRK itu pun sudah melalui jalan yang sukar berhadapan ketidak telusan SPR. Buktinya BERSIH 1.0 juga di laksanakan bagi menuntut hak.

3) 8 tuntutan dalam BERSIH kepada SPR tidak meguntungkan dan merugikan mana-mana pihak. Secara logiknya, tuntutan tersebut hanya menuntut hak, bukan menuntut suatu material seperti wang atau peruntukan lain, ia tidak bersifat bias, dan ada di antara tuntutan tesebut telah pun di akui oleh SPR sebelum seperti penggunaan dakwat kekal bahkan telah di laksanakan di Negara-negara lain seperti di India. Namun di kaca mata pemimpin BN, 8 tuntutan ini sememangnya sangat merugikan mereka.

4) Dari sudut isu, BN sebenarnya telah kalah, banyak isu yang di cetuskan oleh BN telah di jawab maka peluang BN adalah dari sudut teknikal. Oleh itu tidak hairan hari ini BN memperalatkan SPR dan beberapa jentera Kerajaan dan Bebas untuk kepentingan mereka seperti contoh di Sabah telah di kesan SPR mendaftarkan pengundi bagi pendatang asing, begitu juga di Selangor seperti yang telah di dedahkan Ahli PArlimen Ampang, YB Zuraidah. Lihat pula bagaimana Polis di pergunakan, menangkap sesuka hati walau sekadar memakai baju, undang-undang dan perlembagaan tolak ketepi. Hari ini ugutan oleh Pemuda UMNO dan PERKASA untuk membakar pejabat PKR juga tidak di endahkan polis walaupun mereka ada ketika itu. Jelas Polis di peralatkan BN-UMNO.

5) Perhimpunan BERSIH 2.0 adalah manifestasi kepada kebangkitan rakyat yang ingin kan perubahan kepada system politik Negara. Anggaran 500ribu rakyat yang akan turun ke BERSIH 2.0 nanti adalah lambang ketakutan kepada BN yang sebelum ini juga pernah membuat pelbagai cara menarik sokongan rakyat khususnya kaum muda dengan perhimpunan 1 juta Belia walaupun tidak sampai 1 juta. Program Juara Rakyat seluruh ceruk kawasan hanya menarik sokongan orang-orang kampong yang kebanyakkan telah berumur di mana saluran ini sudah kekal menyokong mereka dan tidak memberi kesan besar untuk menambah undi mereka. PRN Sarawak menjadi contoh.

6) Menganggap kononnya akan berlaku rusuhan dan huru-hara seperti di Mesir, Algeria, Tunisia dan lain-lain. Sedangkan situasi Malaysia sangat berbeza dengan Negara-negara tersebut atas beberapa sebab,

i) ini bukan pertama kali perhimpunan bersar-besaran yang di lakukan, sebelum ini himpunan BERSIH 1.0, PPSMI, GMI, PROTES juga pernah di lakukan. Tiada dalam sejarah perhimpunan jalanan ada kereta terbakar, kedai dan rumah di pecah masuk,

ii) pihak penganjur sendiri telah beri jaminan untuk perhimpunan yang aman, tanpa senjata dan bebas provokasi. Soalnya sekarang pihak polis sendiri tidak pernah memberi jaminan untuk keselamatan rakyat dan Negara.?

7) Menganggap perhimpunan tersebut merugikan ekonomi Negara. Jawapan kepada persoalan ini banyak telah di jawab. Persoalannya andai di katakana rugi sekalipun pada 9 Julai nanti, adakah rakyat tidak sedar bahawa kerugian bertahun-tahun yang di lakukan BN dalam memerintah Negara? Hari ini sahaja hutang Negara mencecah lebih RM400bilion.

Kesimpulan, kerajaan BN tidak perlu menakut-nakutkan rakyat dengan pelbagai alasan dan tekanan. Hari ini rakyat menilai melalui ruang maklumat dan media baru yang ada. Tekanan demi tekanan tidak akan membuatkan rakyat terdesak bahkan ianya akan mendesak lagi kerajaan untuk membenarkan rakyat berhimpun, walaupun kerajaan sendiri membelakangkan undang-undang dan perlembagaan yang di buat sendiri. Cukuplah menyekat hak dan kebebasan rakyat sebelum BN di hukum pada PRU13 nanti.

1 comment:

otaklunyai said...

sebab depa tu memang kotor... kotor yg teramat sangat... banyak kerja2 kotor yg menjadi amalan mereka... mudah2an Allah melindungi kita dari angkara jahat geng2 kotor nih... dan mudah2an mereka akan menerima laknat Allah kerana memansa rakyat yg tak berdosa menyokong kerja kotor mereka..