05 October 2009

Ayat al-Quran diperalat lagi di pentas Pas?..siapa yang peralat sebenarnya?

"Dan Kami turunkan (Al-Quran) itu dengan sebenar-benarnya dan Al-Quran itu telah turun dengan (membawa) kebenaran.." 17:105



Ayat Al-Quran di peralat lagi di pentas Pas (Sumber: Utusan Meloya)


Baca Al-Quran pun menjadi satu kesalahan, rasa malas nak komen pasal isu ni. Hakitatnya semua orang tahu, yang BN memang sudah ketandusan isu di Bagan Pinang. Saya boleh katakan BN ini terang-terang anti pada Islam, anti Islam bukan hanya mengatakan terang-terang "aku anti Islam", tetapi tindakan dan perbuatan samada secara jelas atau halus juga memberi tanda mereka membenci Islam. Sebabnya, semua tahu (tak pasti puak-puak UMNO-BN ni tau atau tak) Al-Quran, itu perlembagaan dan dustur pertama dan utama buat umat Islam, jika BN sendiri tidak mahu Al-Quran menjadi syiar, di laung-laungkan, di sebut-sebut, jangan pula menghalang mereka yang ingin mendekati Al-Quran . Ya, soal niat, Allah sahaja yang menilai, juak-juak BN tiada hak untuk meragui, andai mereka (non-muslim) membacanya atas niat lain, biar Allah sahaja yang membalasnya.


Persoalannya pada diri sendiri, sudahlah tidak mahu belajar Al-Quran, tidak mahu memahami Al-Quran, bahkan mahu menghalang orang lain belajar. Al-Quran sebagai alat pertandingan, hadir ke Musabaqah untuk melihat siapa pemenangnya. Al-Quran berkumandang hanya di awal pagi (sebelum lagu Negaraku) dan di akhiri di hujung-hujung siaran lewat malam, hantu saja yang dengar. Tengah-tengahnya, macam-macam 'pengisian', dedah sana, dedah sini, hantu sana,hantu sini,dll. Nah, inilah contoh apa yang Kementrian Penyiaran lakukan sebagai medium penyalur maklumat. Bak kata Najib, media (filem dll) sebagai medium mendidik manusia.


"Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya" Al-Imran 54.

Andai kata ayat ini dikatakan BN menjadi mainan Pembakang untuk diperalatkan demi kepentingan politik. Saya nak tanya, apa bezanya pemimpin UMNO-BN yang sudah terang lagi bersuluh menentang Islam,


"Hukum rejam kepada penzina adalah primitif" (Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim)


"Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan" (Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan)


"Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti. " (Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor)


"Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam." (Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan)


"Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" (Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)

"Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik" (Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)

Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.” (Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992)


"Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan" (Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)


Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.” (Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994)


Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.” (Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994)


Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994).


Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.” (Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)


Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.” (Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992)


Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.” (Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991)


Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.” (Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992)


Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”

(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992)


Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.” (Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992)


Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.” (Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994).


Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997)


"Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”. (Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO).


Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada.”Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi – pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.” (Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997)


Ajaran ulama’ inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka”.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC).


"Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya." Dato’ Seri Abdullah Ahamd Badawi Jun 2001


Segala hukum-hukum dan disiplin dalam Islam dan perlembagaan Islam, semuanya telah termaktub di dalam Al-Quran dan Hadith nabi dengan penuh lengkap. Jika pemimpin-pemimpin UMNO-BN menafikan dan tidak setuju dengannya, secara tidak langsung mereka juga tidak percaya kebenaran Al-Quran itu.

Nah, sebab itu kita lihat Malaysia masih mengamalkan undang-undang jahiliyyah yang lemah. Puncanya, apabila Al-Quran tidak di ambil sebagai amalan kehidupan, ambil sikit-sikit, ketika ada orang mati, ada pertandingan, ada majlis-majlis agama. Hanya di bibir tidak di dada. Yang sedihnya, bahkan Al-Quran menjadi bahan cacian pemimpin-pemimpin mereka. Sudah begitu, halang pula orang yang hendak belajar.

Siapa yang peralat Al-Quran sebenarnya.?????


Andai UMNO-BN tidak mahu muhasabah biar kita sahaja yang Muhasabah. Wallahua'lam


"Tidaklah mungkin Al Quran ini dibuat oleh selain Allah; akan tetapi (Al Quran itu) membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya dan menjelaskan hukum-hukum yang telah ditetapkannya, tidak ada keraguan di dalamnya, (diturunkan) dari Tuhan semesta alam." Yunus 37



No comments: