Nilai anak-anak muda tercemar dengan (hanya) harga RM 30. Ia menjadi habuan buat anak-anak muda sebagai alat kerajaan UMNO-BN di Bagan Pinang untuk mencetuskan keganasan. Insiden buruk yang menimpa para ’amilin PAS kelmarin dan malam tadi menjadi bukti bahawa, BN-UMNO bukan hanya juara kepada jenayah wang dan rasuah, malah turut hebat dalam menganjurkan jenayah gangsterism. Baru-baru ini, heboh dalam berita tentang Azeez yang kononnya di pukul (atau di cucuk..?) oleh penyokong PAS, semua rakyat Malaysia tahu. Tetapi kes para petugas PAS yang di tetak dan di pukul oleh penyonkong BN haram tiada di media cetak dan elektronik (terutamanya media milik UMNO), yang ada hanya di blog-blog dan sesetengah akhbar yang telus. Sebab apa?.Semua sudah tahu..
Insiden keganasan yang berlaku awal pagi Khamis lepas dipercayai melibatkan 500 penyokong taksub BN yang telah dipergunakan oleh pimpinan mereka. Mereka di upah, malah lebih menyedihkan, petugas-petugas PAS yang berada di tempat kejadian memaklumkan bahawa anak-anak muda yang di upah BN ini dalam keadaan mabuk semasa insiden itu berlaku. Dalam keadaan mabuk mereka telah memaki hamun dan memukul petugas-petugas PAS yang ada di anataranya layak di panggil ’datuk’dengan meminta para petugas PAS tersebut keluar dari kampung mereka.
Saya teringat kata-kata Ust Nasrudin Tantawi malam tadi, beliau berkata (lebih kurang bunyinya), kita (PAS) datang bukan untuk berperang atau melakukan provokasi, kita meminta pihak polis melindungi para-para petugas bukan bererti kita takut dengan BN, jika BN datang untuk bekerjasama dalam piliharaya bagi memenangkan parti masing-masing, kita terima. Tetapi andai BN datang dengan sengaja mahu’berperang’ dengan kita, pemuda-pemuda PAS tidak takut untuk menyahut panggilan jihad.berperang dengan mereka.
Jika kita menilai kembali dengan akal yang waras, sudah pasti kita tidak sanggup untuk melakukan tindakan tersebut. Namun, atas faktor BN yang telah TERDESAK untuk memenangi PRK Bagan Pinang ini, mereka sanggup. Mengapa ini berlaku sedangkan BN dengan bongkaknya mengatakan Bagan Pinang ini kawasan/kubu kuat mereka? Mereka mendabik dada bahwa mereka pasti akan menang. Tetapi peliknya tindakan mereka yang kita sendiri tidak dapat bayangkan boleh berlaku di sebuah negara demokrasi berpalimen ini, seolah-olah menggambarkan mereka tiada cara lain, kata lain untuk menang mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menang. Pendekatan gangsterism yang di lakukan BN ini mencemarkan sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia, seolah-olah Malaysia berada di zon perang seperti di Palestin. Inilah pilihanraya kecil yang terburuk pernah berlaku di Malaysia, semuanya berpunca dari sebuah kerajaan pusat BN yang korup, maka tidak hairanlah sistem demokrasi anjuran BN ini juga korup. Saya tidak berniat untuk mengulas panjang isu ini kerana sudah ramai yang mengulasnya. Biarlah mereka dengan labu-labu mereka..
Apa yang penting, amanat Ust Nasruddin Tantawi malam tadi meminta para petugas terus menjalankan peranan dan tanggungjawab masing-masing walau apapun perkara yang berlaku. Tuan Guru Tuan Ibrahim Tuan Man juga turut memberi peringatan dan amanat kepada para ’amilin agar terus menerus melakukan gerak kerja PRK ini dengan tidak lupa untuk menjaga hubungan dengan Allah dan tidak putus-putus berdoa kepada Allah di samping ibadah tambahan lain seperti solat tahajud, zikir, Al-Quran, beliau juga mengingatkan supaya redha dengan segala apa yang bakal berlaku kerana ia adalah ketentuan dari Allah, jangan terlalu yakin dan tyang penting terus berkerja untuk kemenangan Islam.
Islam Memimpin Perubahan...TAKBIR !!!
Wallahu’alam
N31 Bagan Pinang
No comments:
Post a Comment