Sebagai pengguna jalanraya, yang sewajibnya memerlukan bahan bakar untuk menggerakkan kenderaan. Saya terfikir mengapa kebanyakan atau saya boleh katakan semua stesen minyak Petronas di negara ini tidak menggunakan minyak Ron 97. Jika anda menyedari, kebanyakan stesen Petronas hanya menjual Ron 95.
Sebelum ini, saya telah 'post' di blog ini tentang kelebihan dan kekurangan Ron 95 dan Ron 97. Ron 97 dikatakan lebih baik berbanding Ron 95, walaupun perbezaan kualitinya tidak ketara. Namun, seperti yang saya katakan sebelum ini, lebih tinggi RON (Research Octane Number), semakin kurang asap eksoz,dan kurang bunyi, performancenya juga lebih baik. Walaubagaimanapun, perlu juga dilihat beberapa perkara sebelum memilih, iaitu jenis kenderaan yang digunakan. Tidak semua kenderaan atau kereta sesuai menggunakan Ron 97, terutamanya bagi kenderaan berkuasa rendah atau ringan seperti Kancil, Kelisa dan lain-lain.
Namun bagi kenderaan/kereta berkuasa tinggi atau mewah seperti BMW, Mercedes, dll. Penggunaan Ron 97 lebih sesuai bagi engin kereta seperti ini. Seperti kereta ringan, kereta mewah juga tidak digalakkan menggunakan Ron 95, kerana kemungkinan engin boleh menjadi rosak. Justeru, pengguna, terutamanya bagi mereka yang berkenderaan mewah, mahu tidak mahu perlu memilih kualiti minyak yang sesuai bagi kenderaan mereka.
Lantaran itu, di sebabkan hanya beberapa stesen minyak yang mempunyai Ron 97, ruang pilihan berkurang disebabkan Petronas tidak mempunyai Ron 97. Pengguna yang biasa mengisi minyak di Petronas hanya mempunyai satu pilihan, iaitu memilih Ron 95. Rata-rata pengguna jalanraya tidak semuanya mengguna kenderaan kecil/ringan, kebanyakan juga menggunakan kenderaan mewah.
Ada suara-suara keluhan dari pengguna Petronas yang kerap menggunakan Ron 95 atau lebih dikenali dengan minyak merah itu, kenderaan mereka mengalami masalah seperti semput-semput dan ada juga mengalami kerosakan engin setelah menggunakan minyak Ron 95 ini. Adalah sangat malang jika pengguna tersebut terus menerus menggunakan jenis minyak yang tidak sesuai, yang memungkinkan kenderaan mereka menjadi semakin rosak teruk.
Persoalan kembali kepada Petronas, yang dilihat tidak menyediakan jenis minyak Ron 97. Ada sumber mengatakan Petronas telah di sabotaj oleh pihak-pihak tertentu, di mana sabotaj itu akan memberi kesan pengurangan jualan syarikat berkenaan dalam jangka masa panjang. Ada juga pendapat mengatakan, kemungkinan tindakan tidak menjual Ron 97 itu satu usaha untuk menjual minyak Ron 95 yang selama ini tidak menjadi pilihan pengguna. Maka bagi mengelakkan kerugian, stok lama lama itu terpaksa di guna kembali untuk dijual. Atau kata lain, 're-cycle' kembali minyak tersebut. Wallahu'alam.
Saya tidak pasti, jika ada sebab-sebab lain yang memungkinkan mengapa tidak di jual Ron 97 di stesen Petronas sedangkan Petronas merupakan antara pilihan utama pengguna jalanraya di Malaysia. Petronas perlu menyakinkan pengguna dengan perkhidmatan kualiti minyak yang di sediakan. Mengapa perlu di 'anak tiri'kan pengguna Malaysia, sedangkan kualiti minyak Petronas yang di eksport ke luar negara lebih baik dan terjamin kualitinya?
Emm..Naik basikal lagi baik...
No comments:
Post a Comment