13 October 2009

Berbeza atau sama sahaja..


baru perasaan per'beza'annya...

Hidup ini bukanlah suatu status quo, yang bermaksud menetap tanpa adanya perubahan dan pergeseran sama sekali. Hidup ini adalah suatu perjalanan. Ada perjalanan yang mendaki menuju tempat yang lebih tinggi ada juga yang menurun. Ada yang belok kanan ada pula yang belok kiri. Idealisme perjalanan hidup umat manusia di dunia ini menuju kehidupan yang semakin baik dan semakin sejahtera dan bahagia.

Begitu juga hendak di katakan, BN-UMNO yang boleh diibaratkan sebagai sebuah tubuh manusia. Tubuh-tubuh manusia yang darinya membentuk sebuah organisasi atau parti. Jika hari ini sebuah Parti yang memperjuangkan Keadilan telah melakukan pelbagai perubahan mengikut acuan suasana, kekuatan diri dan peluang yang terbuka. UMNO-BN juga harus ke arah itu. Pakatan Rakyat sebelum ini tidak pernah wujud, hanya parti-parti bebas yang memperjuangkan hak masing-masing. Sehinggalah apabila wujudnya kepincangan dari kezaliman pemerintah memaksa tubuhnya sebuah parti atas kaki rakyat untuk membela Negara. Perubahan demi perubahan dan pelbagai siri ujian dari musuh mematangkan lagi Pakatan dalam menerajui sebuah negara rakyat. Dan natijahnya hari ini melihatkan perubahan itu mambawa hasil atau tidak pun, hampir membawa hasil.

Walaubagaimanapun, parti pemerintah BN-UMNO yang telah memerintah negara selama 50tahun dilihat masih begitu keadaannya. Di takuk lama, malah semakin teruk dan menyedihkan pada hari ini. Perubahan songsang inilah menjadi punca hukuman buat mereka hari ini. Jika hari ini perubahan yang di lihat BN-UMNO merujuk kepada sebuah kemajuan, terutamanya kemajuan material yang menjadi ramuan utama. Projek-projek yang berunsurkan material di jaja di hampir pelusuk negeri. Walaupun 'senget sebelah'. Hakikatnya ia memang sudah menjadi kewajipan mana-mana parti pemerintah untuk menyediakan kemajuan material sebegini. Namun, kerajaan BN perlu menyedari bahawa apa yang penting adalah kebajikan rakyat.

Pemimpin-pemimpin yang berkarisma amat diperlukan untuk melakukan "transformasi" atau perubahan-perubahan dalam struktur organisasi parti atau negara. Karisma dari vakuum kepimpinan bukan hanya semata-mata mengendalikan atau mengurus tadbir dengan cekap sesuatu organisasi, tetapi lebih kepada kelayakan pemimpin itu untuk mengelak dari menyebabkan jatuhnya karisma pemimpin tersebut. Iaitu sikap. Sikap yang menterjemahkan moral, akhlak dan tingkah laku. Jika baik sikap, maka baiklah tingkahlakunya. Inilah perubahan yang septutnya perlu ada pada seorang pemimpin yang berkarisma.

Kembali ke Bagan Pinang

Isa kembali menggalas amanah. Peluang terbuka buat Isa untuk baiki diri seterusnya kepada parti. Isyarat rakyat di Bagan Pinang khususnya dan Malaysia umumnya adalah petanda kepada perubahan. Perubahan kepada sesuatu yang lebih baik. Kerana semua rakyat Malaysia, baik dari pembangkang atau penyokong, telah tahu siapa kah gerangannya yang telah melakukan kesalahan salah laku, atau jenayah (jangan kata jenayah dan salah laku berbeza). Kerana keburukan atau perkara batil ini tetap akan dilihat orang walau selicik manapun mereka, hatta ia di sembunyikan di dasar laut sekalipun sebagaimana hadis Nabi yang mengatakan, seseorang yang melakukan kebaikan tetap orang akan tahu, walupun dia melakukannya di dalam sebuah batu besar yang tertutup rapat, begitu juga keadaannya hal keburukan.

Jika Isa atau pemimpin BN-UMNO lain tetap dan masih istiqamah pada amalan-amalan yang buruk ini seperti rasuah ini, ketahuilah bahawa hukuman pasti akan diterima, hukuman di dunia, dan sudah tentu di akhirat. Jangan menjadikan kemenangan anda di Bangan Pinang ini sebagai istidraj, iaitu hukuman/balasan Allah dari nikmat yang diberikan-Nya. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mana suatu kaum itu tidak mengubah nasib mereka. Jika Pakatan telah berusaha mengubah corak pemerintahan Malaysia kepada yang lebih baik, seharusnya pemerintah BN lebih-lebih lagi harus berubah, kerana anda lah pemandunya pada hari ini.

Adakah BN-UMNO akan berubah..selagi hayatnya di kandung badan...??

Wallahu'alam




No comments: