Wanita dan Puteri masih bermimpi
aku berkesempatan menonton celoteh ketua wanita umno shahrizat dan ketua puteri err..apa nama dia ..bibi mungkin. maaf bukan sengaja tak ingat tapi memang aku tak ingat.
celoteh 2 mak bedah ini tak mendatangkan hasil,membuang masa aku. ucaptama sharizat dan ketua puteri ada menyebut tentang 'wanita harus di arus perdanakan bukan dipinggirkan'..'memohon jawatan di GLC'.. dan yang lain aku tak ingat pasal inbox aku penuh.
perlawanan biarlah sama rata. sewajarnya sharizat dan bibi menjuarai bicara wanita. seperti contoh bertempur dengan mana-mana wanita yang antaranya jelas menentang ajaran islam.
sister in islam perlu diganyang dan perlu ditentang walaupun 2 kerat pimpinan itu ada 'dna' dari umno. sister in islam perlu diharamkan,perlu dihapuskan daripada muka bumi ini kerana jelas ia NGO yang bertindak sebagai agen perosak akidah memesong akhlak.
perlukan aku listkan satu persatu kebiadapan SIS terhadap agama aku, islam ? aku yakin kamu sudah mengetahuinya.isu besar inilah yang sepatutnya dibentang dan dibahaskan dalam perhimpunan besar sebegini, bukan desakan meminta jawatan GLC.
dalam keadaan politikal klimate yang tense pada waktu ini, sewajarnya mereka mampu bertindak untuk sekurang-kurangnya 'menghapuskan' satu kumpulan musuh islam seperti SIS yang jelas semakin galak mentafsirkan islam mengikut acuan kepala mereka sendiri.
sewajarnya wanita/puteri melakukan serangan berani mati terhadap SIS. dalam keadaan keahlian wanita/puteri yang mencecah ratusan ribu, sayang masih tidak timbul lagi walau satupun watak sumaiyah r.ha dikalangan mereka.
menegur bukan bererti membenci, tetapi yang hak perlu ditegakkan walau seperit mana pun kenyataan itu perlu di telan.1 umno, islam didahulukan, GLC sabar dulu
-----------------------------------------------------
Komentar:
Pada muktamar PAS ke-55 lepas, dewan muslimat PAS telah mencadangkan agar Sister In Islam (SIS) diharamkan kerana telah terang melakukan pelbagai percangahan dalam Islam. SIS merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan (kononnya) untuk memperjuangkan hak golongan wanita, khususnya di Malaysia. Dengan slogan Equality, Justice, Fairness, Partiarchy, Fundamentalist, Extremist, Modern dan macam-macam lagi slogan yang dicipta, melihatkan SIS adalah pertubuhan falsafah yang banyak membincangkan tentang bagaimana mahu mengubah undang-undang syariah yang dilaksanakan di Malaysia ini mengikut acuan fahaman Barat.
Inilah agenda hegemoni fahaman liberal yang di campur adukkan di dalam agama, atas nama hak asasi manusia yang menjadi ancaman kepada umat Islam. Inilah ancaman yang dilakukan oleh kaum kafir harbi ini kepada mereka yang lemah kefahaman agamanya. Perancangan yang bersistem matik dengan pelbagai strategi sulit mampu membunuh kebenaran yang tidak bersistem matik seperti mana kata Saidina Ali k.w.j, "Kebatilan yang terancang (bersistematik), mampu mengatasi kebenaran yang tidak dirancang" . Namun hakikat sunatullah, yang hak pasti akan mengatasi yang batil.
Namun, kita harus sedar bahawa masalah ini juga terjadi dari kelemahan kita sendiri. Bagaimana kelemahan komuniti masyarakat (terutama muslim) yang memandang remeh berkaitan isu kehakiman, kes-kes mahkamah yang tertunggak seperti kes penceraian, hak cerai wanita terhadap suami, kes tekanan keluarga yang berlaku dan lain-lain, menjadi bahan kepada SIS untuk bersuara. Mengambil peluang atas kelemahan kita.
Jadi siapakah yang harus berperanan? Hendak mengharapkan Wanita UMNO? atau Muslimat PAS? atau mana-mana pertubuhan wanita lain? atau SIS sendiri (sudah tentu tidak)..?
Persoalan kembali kepada diri sendiri. Sekarang ini, imej Islam hanya dilihat melalui imej political Islam namun kurang sekali menyentuh tentang kehalusan Islam itu sendiri. Kebanyakan pendokong Islam hanya mampu dan pandai ber'retorik', pandai berkata-kata (dari para pemimpin hingga ke ahli masyarakat). Tetapi masalah masyarakat sendiri tidak selesai-selesai. Seolah-olah terdapat tembok pemisah yang memisahkan kita dan 'mereka'. Kembalikan kredibiliti kita sebagai pendakwah. Pendakwah proaktif sebagai agen Islamisasi.
Kembalikan memori kita pada sirah Rasulullah s.a.w. Kemajuan hari ini terkadang melelapkan mata kita untuk melihat kemajuan dakwah Rasulullah s.a.w yang telah baginda ajarkan pada kita. Soal bagaimana, dan kenapa, ada di dalam pelbagai gedung ilmu hari ini. Carilah. Kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda (mafhumnya), "hikmah itu merupakan barang yang tercicir, kutiplah ia di mana saja kamu jumpa". Wallahu'alam
~nasihat untuk diri saya juga~
2 comments:
mantop2..;p
menarik ayat yang last tu...
"hikmah itu merupakan barang yang tercicir, kutiplah ia di mana saja kamu jumpa".
mendalam sungguh maknanye...;p
Kita tidak boleh mengharapkan parti politik untuk menyelesaikan permasalahan ini.
Apa yang penting adalah kita sendiri harus bersedia untuk turun padang dengan apa pun source yang kita ada kerana sebagai da'i kita kena boleh dalam semua perkara.
Fikir2 dan usahakannya kerana Albanna telah mengajar kita untuk mengunakan setiapa apa yang kita ada dan tidak perlu bergantung kepada parti2 politik yang berkepentingan! Termasuk Parti campuran yang menamakan dengan pakatan rakyat yang juga membuka ruang kepada yang benci islam mengutuk islam termasuk PAS tanap disedari!
Post a Comment