13 October 2009

Muhyiddin garis empat rukun wujudkan “Satu UMNO"



hanya 1..

KUALA LUMPUR 13 Okt. — Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggariskan empat rukun yang perlu dihayati anggota parti itu bagi mewujudkan “Satu UMNO” yang bersih daripada segala unsur negatif yang boleh merosakkan parti.


"Marilah kita bersetia menterjemahkan amanat Presiden agar tidak ada lagi antara kita yang menjadi batu api, kaki cucuk, talam dua muka.


"Tidak ada lagi perpecahan dalaman, tidak ada lagi team A-team B seperti dulu, tidak ada lagi gerakan jatuh menjatuh pemimpin, tidak ada lagi budaya ugut-mengugut dan perebutan kuasa sehingga parti menjadi mangsa.


"Yang ada hanya satu wadah, satu pasukan, Satu UMNO. Kesemua ini dapat kita laksanakan dengan menghayati empat rukun yang saya sebutkan tadi,” katanya ketika berucap merasmikan secara serentak perhimpunan agung pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di PWTC di sini malam ini.


Beliau berkata, empat rukun itu ialah Kesatuan Minda (Wahdatul Fikr), Kesatuan Hati (Wahdatul Qalb), Kesatuan Amal (Wahdatul Amal) dan Kesatuan Matlamat (Wahdatul Hadaf).-Bernama


---------------------------------

Komentar:


Satu tanda yang positif apabila hari ini ramai pemimpin UMNO mula mengenali dan menggunakan istilah-istilah arab. Harap-harapnya mereka faham dan dan yang penting laksanakan.


Saya terfikir mungkin inilah tempias yang terkena pada UMNO sejak 'bergaduh' dengan PAS. Selama hampir beberapa tahun dahulu, kerana sangat sukar untuk UMNO melaung-laungkan istilah-istilah seperti ini, lantaran darah sekular dalam UMNO yang terlalu pekat. Tetapi hari ini, sejak PAS melancarkan kempen PAS for All, kemungkinan juga terkena tempiasnya pada UMNO walaupun dilihat hubungan antara kedua-dua parti tidak menentu keadaannya.


Inilah penangan Islam yang di bawa. Aura Islam tetap akan terasa, sepekat mana pun mereka dengan sekular. Kerana kita dilahirkan awalnya dalam keadaan fitrah, yang ada sebahagian ulama' memberi maksud 'fitrah' itu adalah Islam. Inilah yang cuba PAS lakukan untuk menerangkan pada semua tentang Islam. Pendekatan berpolitik yang dibawa tidak bererti PAS meninggalkan Dakwah dan Tarbiyyah, kerana dalam politik itu merangkumi dua elemen ini.


PAS yakin dasar Islam yang di bawa adalah untuk semua, bukan hanya pada non-muslim bahkan juga kepada muslim yang masih kabur tentang agama mereka. Sebab itu antara lain slogan keramat PAS..adalah Islam untuk Semua. Maka tidak timbul persoalan yang mengatakan PAS mengkhianati Melayu, hanya menuruti orang Cina dan India shaja, kerana jika mereka faham pengertian Islam sedalam-dalamnya, sudah pasti mereka pun akan menuruti perjuangan yang di bawa PAS.


La ni 1 UMNO pula..macam-macam, wujudkanlah beberapa banyak slogan pun, kerana memang UMNO tertegak atas slogan. Sebab itu banyak slogan yang di cipta sebelum ini hanya pada relevan di saat dan ketika itu sahaja, slogan sebagai 'penyedap'. Hakikatnya umpama tin kosong..bila ketuk bunyi kuat..tapi isinya kosong..Wallahu'alam


Nak Islamik sikit..U.M.N.O tukar kepada Alif.Min.Nun.Wau..(insyaAllah bunyinya bukan Sarkas)



No comments: