04 October 2009

Najib puji peranan industri filem dalam mendidik manusia


MELBOURNE 4 Okt — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyanjung tinggi peranan yang dimainkan oleh industri perfileman dalam mendidik manusia.


Dalam mesejnya sempena Festival Filem Malaysia-Australia yang bermula di sini malam ini, Najib berkata “filem adalah media yang menarik bagi memberikan kehidupan kepada cerita dan imaginasi”. “Tetapi apa yang lebih penting ialah ia merupakan cara terbaik dalam mendidik manusia mengenai kepelbagaian tempat, budaya, gaya hidup dan nilai-nilai daripada pelbagai masyarakat di seluruh pelosok dunia,” katanya.


“Melalui filem, kita dapat mempelajari lebih banyak mengenai sesebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain dan dan adalah diharapkan ini akan membawa kepada hubungan yang lebih kukuh dan saling faham memahami antara satu sama lain,” katanya.


Najib berharap festival filem ini “ akan menjadi satu cara yang hebat bagi bertukat-tukar pengetahuan dan idea mengenai kreativiti, teknik dan trend dalam seni pembuatan filem yang semakin canggih”. - Bernama (sumber)

----------------------------------------------------

Komentar:


Rosak negara macam ni. Tak tahu ke Najib indeks jenayah Malaysia semakin hari semakin meningkat, jenayah rempit, rogol, bunuh, ragut, masalah sosial remaja, murtad, dan banyak lagi. Semuanya berpunca dari didikan tidak langsung media pada rakyat. Rata-rata yang menonton filem-filem Malaysia telah didoktrin dengan pelbagai pengaruh tidak sihat acuan Barat yang diselitkan di dalam filem.


Saya nak tanya berapa banyak filem apa yang ada kat TV mendidik jiwa.? Tak di nafikan memang ada, tapi 1 dalam 10 jika hendak dikira. Anda sendiri boleh menilai filem-filem yang diterbitkan di Malaysia. Gubra, Sepet, Bohsia, KL Drift, Mat Rempit, Jalang, Jangan Pandang Belakang, Congkak, ..hantu sana hantu sini dll..inikah caranya mendidik manusia?


Soalnya pada mereka yang tidak mampu menilai baik dan buruk seperti kanak-kanak dan remaja. Jika filem-filem seperti ini diteruskan, tanpa ada tapisan oleh Kementrian Penerangan, sudah tentu akan bertambah lagi jenayah, masalah-masalah sosial dan kerosakan akhlak dan aqidah. Sudahlah hukuman Islam di tolak, menerima pula hukuman ciptaan manusia yang lemah dengan pelbagai lagi dorongan tidak langsung kerajaan terhadap meningkatnya lagi masalah-masalah ini, seperti filem-filem yang banyak buruk dari baik.


Kata Najib, “filem adalah media yang menarik bagi memberikan kehidupan kepada cerita dan imaginasi”. Emm..patutlah banyak betul cerita atau filem berunsurkan imaginasi tahyul dan yang merosakkan pemikiran. Tambahan pula kisah kehidupan realiti remaja yang rosak turut difilemkan, kononnya sebagai pengajaran. Tetapi hakikatnya bukan sebai pengajaran tetapi dorongan.

Pengajaran tidak semestinya di lakonkan semula, dengan laki dan perempuan bercampur, melakonkan aksi yang tidak sihat, adengan-adengan yang ganas dan sebagainya.


Jika inilah saranan Tarbiyyah Najib kepada rakyat..memang patut pun.


Back to Basic..agama itu penyelesaiannya... Dalam Islam ada pengajaran. Jika diselitkan dengan nilai-nilai dan moral baik yang di ajar dalam agama, sudah pasti ia dapat di atasi. Dan yang penting method inilah yang benar-benar dapat mendidik manusia. Wallahu'alam


" Wahai orang-orang yang beriman, masukkah kamu ke dalam agama secara menyeluruh (kaffah), dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan, Sesungguhnya ia musuh kamu yang nyata" Al-Quran


No comments: