22 October 2009

Ayat al-Quran pada kulit bayi




SEBAHAGIAN ayat al-Quran pada kulit Ali.


MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.


Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.


Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.


MADINA mendukung anaknya, Ali.


Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.


"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.


Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.


SEPOTONG ayat al-Quran pada peha Ali.


Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian videoYouTube.


"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev

-----------------------------------------------


Komentar:

Maha Suci Allah yang tiada kuasa menandingi-Nya. Di akhir zaman ini bermacam-macam peristiwa pelik berlaku. Ia bukan sekadar suatu tanda Kebesaran Allah tetapi juga peringatan buat umat akhir zaman. Kefasadan umat yang semakin hari semakin jauh dengan agama membuatkan kita semakin lalai dan leka dengan duniawi. Maka apabila berklakunya peristiwa pelik begini, baru orang akan tersentak. Pandangan saya peristiwa pelik tidak hanya bermaksud peristiwa yang tidak atau jarang berlaku seperti peristiwa di atas. Tetapi juga peristiwa yang kerap berlaku, sebagai contoh peristiwa bencana alam, gempa bumi, tsunami, ribut dll.

"Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)." Ar-Rum 41

Allah telah menggunakan ayat "..agar mereka kembali (ke jalan yang benar).." adalah untuk memberi gambaran kepada kita, sekiranya manusia itu meninggalkan perbuatan buruk seperti, zalim, korup, khianat, dan lain-lai, nescaya musibah-musibah tersebut di hujungnya adalah merupakan sebuah peringatan dari Allah, yang akan mengangkat darjat dan martabat kita. Dan secara tidak langsung dapat mempertingkatkan lagi kualiti iman dan taqwa kita kepada Allah.

Namun, andai manusia memberi respon setiap peristiwa atau musibah yang berlaku pada manusia ini sekadar hanya fenomena biasa (atau fenomena alam), dengan tidak ada usaha untuk berubah dari buruk kepada baik, nescaya Allah akan menukarkannya sebagai azab yang pedih buat manusia seperti mana firman Allah dalam surah An-Nahl 112, "Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezekinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi(penduduknya) mengingkari nikmat-nikmat Allah; karena itu Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat."

Inilah peringatan dari Al-Quran kepada masyarakat yang ingkar pada Tuhannya, balasan Allah pasti akan datang walaupun mereka mendabik dada mengatakan mereka kaum yang kuat (maju dan berteknologi tinggi), mampu menghalang azab Allah apabila ia tiba. Ketahuilah, seperti mana Allah telah membinasakan kaum Tsamud, kaum A'ad dan tentera-tentera Firaun yang sombong dan bongkak mengatakan mereka kaum yang kuat. Tiada yang lebih kuat mampu menahan azab Allah. Wallahu'alam

~peringatan buat diri~





No comments: