25 October 2009

Muhasabah Diri..



Diriku..
dalam sibuk kau membicarakan soal strategi perjuangan,
dalam sibuk kau menyusun perancangan kemenangan,
kadangkala kau lupa…..
meneliti kedudukanmu di sisi Zat Yang Agung,
yang kerana-Nya kau menyusun, mengatur dan berjihad,
terlupa kau bertanya….
sejauh mana KEIKHLASANMU.
terlupa kau membelek Manhajmu
agar ia selari dengan
manhaj Rabbani...

Diriku,
dalam rancak kau meyiram taman hati insan lain,
kau terlupa membaja taman hatimu sendiri
agar ia sentiasa
segar dalam hubungan dengan Allah,
tersentuh dengan daulatNya,
merasa terpikul amanah ad-deen yang mulia ini
bukan kerana kau BERJAMAAH,
namun kerana dikau di bawah PERINTAH-Nya.

Diriku,
seringkah kau mencari jalan
agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
agar sentiasa sedar
akan keagunganNya,
insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan dan kesilapan
dirimu...?

ketahuilah diriku...
hatimu itu keras.
khusyu'mu kurang,
syukur dan redhamu
tidak banyak kau hadiahkan padaNya.
terlalu banyak kurang dan salahmu....

Diriku,
tunaikanlah solatmu dalam khusyu'dan tenang.
muhasabahlah dirimu kala sunyi,
selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan.
padanya ada bekalan
untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini.

Diriku,
pada nawafil dan amalan sunat
ada jalan yang hampir
untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu.
pada qiamullail di keheningan malam
bersama bisikan doa dan munajatmu,
diiring esak airmata keinsafan dan keikhlasanmu,
kau akan temui kemanisan
TAQQARUB
di bawah duli kebesaranNya.
di situ ada bekalnya...

lazimilah
awal harimu dengan al-Ma'thurat,
pasti kau akan mengenali siapa dirimu
sebagai DAI’E.

Diriku,
pada tawadhu',
pada ukhuwah fillah,
pada infaq fisabilillah,
pada uzlah muhasabah diri,
pada zikir dan selawat,
ada ketenangan dan kekuatan.

Diriku,
ketahuilah bahawa
hanya hati yang hidup sahaja
bisa memberi nafas kepada hati yang mati.
hati yang turut sama mati
tidak mungkin menyembuhkan hati yang sakit
apatah lagi,
menghidupkan hati yang mati.

Diriku,
AMANAHLAH kau di hadapan manusia,
kerana KEDAULATAN Tuhan-Mu,
namun rasailah kekerdilan dirimu,
di hadapan kudrat dan Iradat-Nya... .

PASAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN

TAKBIR!!!

No comments: