11 December 2009

Hak Bukan Islam

Akhir-akhir ini kita telah disajikan lagi dengan isu politik tanahair yang dilihat semakin carca-merba. Isu terbaru adalah berkaitan dengan Hak orang bukan Islam. Isu terbaru ini telah menjadi bahan putar belit media yang tidak bertanggungjawab yang sedikit sebanyak memberikan gambaran yang negative terhadap rakyat tentang scenario politik semasa. Lebih-lebih lagi ia menyentuh sensitivity kaum dan agama.



Isu yang melibatkan ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming telah membuka mata masyarakat tentang kepentingan menjaga sensitiviti kaum dan agama di Malaysia. Walaupun ia bermula dengan urusan politik, iaitu berkaitan peruntukan oleh kerajaan dalam membina rumah ibadat, tetapi secara tidak langsung telah menjadikannya satu isu yang sangat merbahaya kepada rakyat yang sebelum ini dihantui oleh peristiwa 13 Mei.

Isu berkaitan hak orang bukan Islam di Malaysia ini bukanlah sesuatu yang baru. Pada yahun 2001, pernah ketika wakil rakyat MCA kawasan Indera Mahkota, Ti Lian Ker telah membuat satu kenyataan yang sangat kontroversi. Dalam ucapannya, beliau mengatakan jika PAS memerintah negara, semua patung Buddha, dewa Kuan Kong dan nenek moyang mereka yang di sembah oleh orang Cina akan di musnahkan. Dan kenyataan itu telah dinafikan oleh beberapa pimpinan PAS ketika itu antaranya Ustaz Idris Ahmad. Beliau menjelaskan bahawa dalam pemerintahan sebuah negara Islam, pemusnahan patung-patung yang disembah oleh bukan orang Islam tidak dibenarkan sama sekali.

Ya, tidak dinafikan dalam Islam sendiri telah memberitahu bahawa penyembahan dan sebarang bentuk pemujaan ke atas patung adalah dilarang sama sekali dalam Islam. Dari segi Aqidah sendiri, patung tidak dibenarkan di letakkan atau dipamerkan di rumah-rumah, tempat kerja atau lain-lain apatah lagi jika ia di puja. Ia wajar di musnahkan. Namun dalam pemerintahan dalam negara masyarakat majmuk. Islam menekankan konsep tolenrasi dan menghormati kaum atau agama lain. Malaysia juga mempunyai undang-undang yang merangkumi hak sesama kaum di malaysia yang perlu di sepakati semua.

Dalam negara Malaysia yang dikatakan (kononnya) sebuah negara Islam atau lebih tepat sebuah negara umat Islam. Beberapa hak orang bukan Islam harus difahami, bukan sahaja bagi orang bukan Islam tetapi bagi orang Islam itu sendiri.

Pembahagian orang bukan Islam boleh dibahagikan kepada dua iaitu, Al-Dhimah atau Zimmi, iaitu kumpulan yang wajar diberikan perlindungan dari segi nyawa diri, keluarga dan harta. Umat Islam atau pemimpin Islam tidak boleh melakukan penindasan atau merampas hak golongan ini. Satu kesalahan yang besar jika melakukannya terhadapan golongan ini. Sepertimana Rasulullah s.a.w telah memberikan hak perlindungan kepada masyarakat kafir Quraisy di Madinah.

Begitu juga kumpulan kedua iaitu, Harbi, iaitu golongan yang menentang Islam secara terang-terangan. Mereka juga tetap diberikan perlindungan dengan SYARAT mereka tidak melanggar dan melakukan sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang seperti mengancam serta mengugat kententeraman dan kedudukan umat Islam. Mereka boleh diperangi apabila mereka mula melakukan serangan. Islam berpegang kepada konsep menyerang apabila di serang. Kesemua diatas ini adalah berkaitan tentang hak perlindungan bukan Islam didalam sebuah negara Islam.

Didalam konteks Tanggungjawab pemerintah Islam terhadap rakyat yang bukan Islam, pemerintah atau kerajaan tidak boleh melakukan diskriminasi atau nepotisme terhadap rakyat bukan Islam. Sebaliknya hak dan kedudukan mereka harus diberi pengiktirafan dan penghormatan yang sewajarnya. Walaubagaimanapun, masyarakat umat Islam di Malaysia khususnya juga harus mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan seperti membayar cukai jizyah, iaitu sebagai bukti kesetiaan untuk mempertahankan negara dari ancaman musuh luar dan dalam. Selain cukai kharaj, ushur dan cukai perniagaan. Seperti mana cukai yang dikenakan kepada masyarakat Islam, iaitu zakat dan lain-lian cukai.

Namun apa yang paling penting bagi masyarakat bukan Islam dan masyarakat Islam adalah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Berbalik kepada isu mutakhir, jika kita selidik dan fahami, SEPATUTNYA hak dan kedudukan masyarakat bukan Islam di Malaysia tidak terjejas atau tergugat. Mereka telah di berikan perlindungan, bahkan dijaga kebajikan seperti kebebasan beragama. Jika disoroti sejarah pemerintahan Islam, tidak ada langsung masyarakat bukan Islam di tindas dan dizalimi. Tindakan peperangan yang berlaku antara Islam dan bukan Islam tidak lain hanya untuk mempertahankan diri apabila diserang dan diceroboh. Tidak ada penafian hak yang sewajarnya di peroleh oleh bukan Islam.

Ia sesuatu yang ironis apabila mengatakan apabila Islam memerintah, orang bukan Islam akan ditindas dan hidup dalam penderitaan. Sedangkan dalam peperangan sendiripun Islam tidak membenarkan tawanan perang bukan Islam dibunuh atau dihukum. Bahkan mereka diberikan layanan baik pula.

Begitu juga halnya berkaitan dengan rumah Ibadat bukan Islam, Kuil, Gereja, Tokong dll. Di dalam negara Islam, pemusnahan patung dan rumah Ibadat bukan Islam adalah dilarang sama sekali (jika ianya tidak membawa mudarat fizikal yang besar kepada masyarakat).

Mungkin persoalan bagi kita, adakah Malaysia ini benar-benar melaksanakan apa yang gariskan dalam sebuah pemerintahan negara Islam? Sekalipun tidak namakan Malaysia ini sebuah negara Islam. Kerana kita sudah tahu membezakan anatara Dar al-Islam dengan Dar al-Harb sperti mana kata seorang tokoh, Al-Qadi Abu Yusuf, ”sebuah negara itu dianggap sebagai dar-al-Islam dengan nyatanya hukum-hakam Islam didalamnya sekalipun kebanyakan penduduknya terdiri dari kalangan orang bukan Islam, manakala sebuah negara yang di anggap dar-al-Harb itu adalah dengan nyatanya hukum-hakam kafir didalamnya sekalipun kebanyakan penduduknya adalah orang Islam”.

Tepuk dada tanya Iman..dan ’implement’kan..Wallahu’alam


Gambar Hiasan

No comments: