15 December 2009

Kisah UMNO dan Masjid

don't determine peoples based on its appearance "yang penting hati"..

"Apa pun, ia sudah mulai disentuh dan pastinya mengguris perasaan umat Islam. Isu ini tidak sepatutnya dibangkitkan kerana agama Islam sebagai agama rasmi negara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan," - Awang Adek ( Berita: Pemimpin PAS, PKR diselar enggan tegur DAP)

Jika syiar Islam dalam fahaman pemimpin UMNO itu hanyalah pembinaan masjid, saya yakin mereka memang layak untuk bersuara kerana saya yakin UMNO dan masjid memang sangat rapat, umpama isi dan kuku atau bak kata Abg Mat, umpama punggung dan kentut. Lihatlah siapa yang paling banyak membina masjid, sudah tentu pemimpin-pemimpin UMNO yang kaya-raya. Masjid pula berjuta-juta harganya, Masjid Kristal, Masjid Besi, Masjid Kayu dan lain-lain material. Bahkan jika dilihat kebanyakan ahli-ahli jawatankuasa masjid sendiri pun di dominasi oleh ahli-ahli UMNO dan ada ketua-ketua cawangan dan bahagian UMNO sendiri, dari Pengerusi masjid hingga ke AJK biasa, malah ada juga imam dan tok siak sekali..boleh dikatakan betapa tingginya komitmen dan sumbang-an pemimpin UMNO terhadap pembinaan masjid ini lebih tinggi berbanding songkok mereka sendiri.

Tetapi..saya terfikir,..

Kalaulah agama rasmi negara Malaysia ini bukan agama Islam, yang tidak termaktub dalam Perlembagaan, agak-agaknya hendak ke pemimpin UMNO seperti Awang Adek ni bersuara seolah-olah merekalah juara dalam memperjuangkan Islam?? Memperjuangkan institusi agama seperti masjid, surau dll?? (sila lihat ayat italic di atas)

Jika UMNO mengatakan masjid itu syiar Islam, yang menjadi simbol yang membezakan Islam dengan agama lain, maka sudah pasti mereka tahu asas kepada agama Islam itu adalah perlembagaan Islam itu sendiri, iaitu hukum dan undang-undang yang termaktub dalam agama Islam (bukan dalam Malaysia). Sekali lagi, kepelikan berlaku, apabila UMNO menghina hukum Islam tetapi dalam masa sama dilihat memperjuangkan Islam (kononnya..).

Tidak hairanlah jika hari ini, UMNO mengambil Islam itu pada zahir tidak kepada intinya. Dan tidak hairanlah pemimpin UMNO masih melakukan DOSA (yang mungkin dalam bahasa mereka adalah SALAHLAKU). Rasuah, kezaliman dan penyelewengan duit rakyat, tidak amanah terhadap jawatan, dan lain-lain (malu saya ank tulis lagi). Tercabut semua songkok tinggi yang mereka pakai..

Ini bukan cara Islam..tetapi cara UMNO. Bagi UMNO Islam bukan the way of life..but the alternative of life..Moga Allah beri Taufiq dan Hidayah pada kita semua, termasuk pemimpin UMNO..

Wallahu'alam

"wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam agama (Islam) secara menyeluruh (hukum-hakam), janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan, sesungguhya ia musuh kamu yang nyata" Al-Quran

No comments: