13 December 2009

Peranan Media Penting Untuk Bimbing Pemikiran Rakyat...atau Media penting untuk UMNO??


KUALA LUMPUR: Peranan wartawan sangat penting dalam membimbing pemikiran orang ramai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Beliau berkata perkara yang tidak diingini akan berlaku apabila media disalahgunakan untuk menyebar maklumat yang merosakkan nilai-nilai.


"Sebenarnya setiap wartawan dan pengendali media termasuk media baru mestilah memiliki tanggungjawab, empati dan cakna dalam setiap sajian berita, isu dan idea.


"Apa yag sebenarnya disaji dan diutarakan adalah saduran pemikiran yang akan mempengaruhi khalayak yang akan meninggalkan impak terhadap kesejahteraan kehidupan bernegara," katanya pada majlis makan malam Penghargaan Media Massa Umno 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.


Sila betulkan jika saya silap..Majlis makan malam Penghargaan Media Massa Umno ATAU Majlis makan malam Penghargaan Media Massa anjuran Umno..kedua-duanya adalah berbeza, jika yang kedua itu betul maka TAK HAIRAN lah...tetapi jika pertama itu betul, ia PELIK, pelik sebab bila masa Umno ada Media (walaupun hakikatnya kita tahu sebaliknya)..


Najib berkata kerosakan yang akan terjadi lebih sukar untuk diperbaiki daripada membina sesuatu yang baik.


"Dunia telah menyaksikan berulang kali betapa peperangan mengakibatkan korban. Tetapi korban yang diakibatkan oleh hasutan media jauh lebih besar daripada peperangan," katanya.


Perdana Menteri juga berkata perkembangan dalam negara di akhir-akhir ini benar-benar memerlukan makna perpaduan yang sebenar diamalkan kerana apabila ia semakin menipis atau terhakis, maka akan nampaklah penurunan moral dan empati dalam masyarakat.


Beliau berkata hanya melalui kekuatan roh perpaduan kita dapat melahirkan semangat partriotisme dan jiwa besar rakyat merdeka, manakala teras partriotisme pula adalah rasa keprihatinan mendalam di antara sesama warga.


"Kita mestilah menyedari bahawa landasan demokrasi adalah berasaskan konsep empati, keprihatinan mendalam terhadap sesama kita dan bertindak secara bertanggungjawab," katanya.


Najib berkata berdasarkan pemahaman dan kesedaran bahawa betapa perlunya kita memelihara kestabilan negara dan kemajuan generasi masa depan, maka adalah sangat penting bagi kita menyediakan teladan yang cemerlang untuk dicontohi oleh anak cucu.


Beliau berkata, sehubungan itu, prinsip kebebasan, keseimbangan dan keadilan mestilah dapat memberi nilai murni sejagat pada kehidupan.


Mengenai kegawatan pemikiran, Najib berkata beliau sedar rakyat terpaksa berhadapan dengan kegawatan pemikiran yang bersimpang-siur kerana terlalu banyak pembohongan, kepalsuan, fitnah, pengkhianatan, keruntuhan adab sopan akibat salah guna kebebasan.


"Mengkhianati tanggungjawab dan salah guna hak sehingga mengorbankan nilai luhur kemanusiaan dan kewarganegaraan yang baik, akibatnya, keharmonian sosial tergugat, kestabilan negara terancam dan kesejahteraan hidup menurun," tegasnya.


Malah katanya kesan daripadanya timbul pelbagai kegelisahan yang meruncing yang sebenarnya tidak patut berlaku, tambah beliau.


Perdana Menteri juga berkata di era ini adalah penting untuk rakyat memiliki kemahiran berfikir, bertutur dan bertindak.


"Amalan demokrasi juling pada hari ini kian menjadi bahaya jika berakar pada sikap kegelojohan merebut wang, kuasa dan tempat dalam struktur sosial malah fakta sejarah sanggup diselewengkan," katanya.-BERNAMA


--------------------------------------------

Komentar:

Bila saya membaca bait-bait perkataan di atas, saya tidak rasa yang berkata itu adalah Najib. Sebabnya apabila saya membaca, saya diingatkan supaya bukan sahaja membuka MATA kepala, tetapi juga membuka MATA HATI selain PACAINDERA yang Tuhan kurniakan pada saya. Maksud menggunakan MATA HATI itu adalah dengan membuka seluas-luasnya kotak persoalan dan jawapan yang tersirat di dalam hati. Ia berdasarkan pengalaman yang dilalui. Dari itu kita mampu membuat petafsiran dan penilaian tentang maksud dan mesej dari ayat-ayat itu bahkan kita juga mampu menilai siapa pengungkap kata-kata tersebut. Jadi terpulanglah pada kita samada menjadi PEMBACA sahaja atau PENILAI...

Media ibarat makanan yang terhidang di atas meja..terpulang pada kita samada mahu makan atau tidak..sepertimana kata TGNA, jika kita bangun pagi dan terasa mahu makan nasi berlauk, maka kita pergi cari. Tetapi jika kita bangun pagi, kita dah terasa sudah makan nasi berlauk itu, jadi tak perlulah kita cari..Hanya UMNO sahaja memerlukan selama-lamanya Media, yang menjadikan ia sebagai Matlamat, kerana jika mereka masih jauh dari kebenaran dan mendekati kebatilan sudah tentu barang buatan manusia itu sangat cocok dengannya. Namun bagi golongan kebenaran, media hanyalah alat atau wasilah, bukan matlamat. Cukuplah 'media' kehidupan kita iaitu Al-Quran dan Sunnah menjadi bahan dan sebaran maklumat yang paling telus dan bebas keraguan.

Tidak perlulah berkata soal kebenaran, ketelusan, tanggungjawab dan lain-lain andai diri atau tindakan masih berkata lain dari mulut. Akhir kalam, saya tinggalkan perkataan yang di 'Bold'kan diatas dan di'Italic'kan dibawah itu untuk sama-sama kita berfikir..Wallahu'alam

"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." As-Saff 2-3

1 comment:

mei chyi said...

Apakah yang dimaksudkan dengan Amalan demokrasi juling pada hari ini kian menjadi bahaya jika berakar pada sikap kegelojohan merebut wang, kuasa dan tempat dalam struktur sosial malah fakta sejarah sanggup diselewengkan," ?boleh terangkan