01 December 2009

Peringatan buat Semua





Mula-mula GOYANG gerudi..mungkin lepas ni siapa tahu GOYANG betul-betul bandar Kuala Lumpur tu...setelah berlakunya gegaran di Kuala Pilah (berita)

Hari ini manusia cemas dengan fenomena gempa bumi yang melanda di Malaysia, tetapi tidak pula cemas dengan fenomena Hedonism yang turut melanda di Malaysia. Ini bukan fenomena alam, tapi fenomena manusia..dari ciptaan manusia. Apabila ianya ciptaan manusia, sudah pasti banyak lemahnya, perlukan garis panduan, perlukan penunjuk arah, perlukan peta.

Tetapi garis panduan, penunjuk arah dan peta itu telah lama ada, cuma tidak di bongkar dan di bedah intipatinya. Memahi kalamnya, di situ ada panduan, di situ ada peringatan, di situ ada pencegahan dan di situ juga ada ubat. Kerana ia tidak cukup hanya sekadar perhiasan dinding, rak almari atau sebagai hantaran.

"Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah (Al Quran), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada mereka dan bagi mereka azab yang pedih" Al-Nahl 104

Back to basic..the path of guidances..Al-Quran and Sunnah..

"Dan orang yang tidak menerima (seruan) orang yang menyeru kepada Allah maka dia tidak akan melepaskan diri dari azab Allah di muka bumi dan tidak ada baginya pelindung selain Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata " Al-Ahqaf 32

No comments: