24 December 2009

Melaka Maju 2010


Melaka Maju 2010

Beberapa hari lagi rakyat Melaka pasti akan berbangga dengan status Negeri Maju setelah Kerajaan negeri menetapkan sasaran Melaka Maju pada tahun 2010. Sasaran tersebut mungkin akan tercapai dan kemungkinan juga tidak sekalipun dikatakan telah tercapai.

Zahirnya, negeri Melaka dilihat sebuah negeri yang pesat membangun dengan pelbagai aktiviti yang dikatakan banyak menjana ekonomi, terutamanya aktiviti pelancongan yang menerima lebih 1 juta pengunjung luar setiap tahun seterusnya menjana pulangan berjuta-juta ringgit setiap tahun.

Dengan populasi sebanyak 700 ribu lebih, dan dengan kapasiti luas 1650km persegi, Melaka dilihat berpotensi menjadi sebuah negeri maju yang diharap-harapkan oleh rakyat apatah lagi ketua menterinya, Datuk Ali Rustam yang begitu komited.

Tahun 2009 akan meninggalkan kita kurang 7hari lagi. Biasanya tahun baru semua orang akn sibuk menbuat azam tahun baru masing-masing dan ada juga yang menjadi penyibuk bertanya kepada kawan-kawan lain tentang azam baru kawannya itu.

Jadi saya pun dengan ikhlasnya sebagai anak jati melaka memasang 'Azam Tahun baru' kali ini dengan berharap supaya Datuk Ali Rustam menniggalkan post beliau sebagai ketua menteri Melaka. Cukuplah tempoh khidmat beliau dan saya mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana banyak menYUMBANG.

Jika Melaka ada Bapa, pasti saya akan menggiktiraf beliau sebagai 'Bapa Pelancongan' Melaka. (tak pun 'Bapa Boolywood Melaka' ,sebab beliau suka Shah Rukh Khan)

Wallahu'alam

Lain berita: 300 ribu HIV 2015, tutup punca maksiat di Melaka (ni pun salah satu kayu ukur kemajuan di Melaka)

No comments: