04 December 2009

Hiburan Malaysia yang semakin melalaikan





Saya masih tercari-cari atas dasar dan sebab apakah filem-filem Malaysia di tayangkan. Saya juga kurang faham apakah sebenarnya mesej yang ingin disampaikan di kelambakan filem-filem yang terdapat di Malaysia ini. Kita bukan melihat dari sudut yang negatif ataupun bersikap prejudis dengan filem-filem Malaysia. Mungkin mereka akan berkata, apalah beza filem-filem Malaysia dan filem-filem Barat. Mungkin bagi mereka kedua-duanya sama, atau paling tidak pun hampir-hampir sama, mesejnya. Jika filem Barat ada unsur seks, filem Malaysia pun ada, begitu juga unsur ganas, seram, aksi dan lain-lain. Ya..mungkin filem Malaysia tidak sehangat filem buatan Barat yang mungkin dilihat terkehadapan dari sudut plot cerita dan juga kualiti pengambaran (lebih-lebih lagi filem aksi).

Kesibukan manusia di medan dunia sementara hari ini telah banyak menyebabkan kita terlalai sebentar, terleka dek musibah yang menimpa umat, kecelaruan bukan sahaja hanya dalam medan politik, tetapi sosial yang semakin menimpa umat, khusunya kepada Muslim. Dasar pemikiran manusia hari ini bergerak seiring mengikut zaman yang maju, maju kehadapan tanpa kawalan. seumpama kereta yang bergerak tanpa stereng, padahal ada simpang yang lebih selamat boleh dilalui, tetapi tidak berbuat demikian.

'Lihat pada mesej'

Ya, kita tidak menafikan ada memang mesej berguna dari setiap filem yang dihasilkan. Tetapi yang payahnya kita terpaksa 'cari' mesej itu, seolah-olah tersembunyi dan perlu di cari dan teliti. Tidak cukup dengan cari, kita juga kena memilih, dan 'menapis' sesuatu mesej tersebut akibat terlalu banyak 'bendasing' yang ada manfaat dan ada tidak bermanfaat kepada penonton. Itu bagi golongan yang dikira boleh dan bijak membuat penilaian iaitu golongan dewasa (walaupun tak semua). Namun bagi kanak-kanak atau remaja khususnya, pencarian dan penilaian sesuatu yang 'suci dalam debu' itu lebih kompleks dan rumit. Nah, disini perlunya panduan dari orang dewasa.

Bukankah mesej yang baik itu sepatutnya mudah di lihat atau ditonjolkan. Biarlah ia JELAS, mudah dan senang di fahami, lebih bagus kalau ia terus di hadam ke minda, seterusnya di cernakan melalui tingkahlaku atau perbuatan. Tidak perlu terlalu banyak 'hipotesis' yang menyusahkan orang untuk membuat 'kesimpulan'.

Saya mungkin kurang arif dalam urusan yang berkaitan industri Hiburan ini. Tetapi tidak bermaksud tidak mengambil tahu, kerana ini juga berkaitan dengan urusan umat. Nabi s.a.w pernah bersabda mafhumnya, "tidak termasuk di dalam golonganku mereka yang tidak
pernah mengambil tahu urusan umat''. Urusan umat di sini bukanlah kita terlalu sibuk dan gila dengan artis-artis dan hiburan melalaikan tetapi asbab hiburan melalaikan inilah artis-artis semakin hari semakin dipuja, role model yang buruk menjadi ikutan sehingga membekas ke dalam diri manusia 'biasa' seperti kita. Menterjemahkan suatu budaya yang sepatutnya mengikut budaya Malaysia yang baik, tetapi sebaliknya.

Salah satu puncanya adalah dari industri perfileman Malaysia yang 'macam-macam planet'. Realiti negatif kehidupan (remaja khususnya) apabila ingin di adaptasikan kedalam filem, rupanya tidak begitu berkesan. Faktanya pada kebejatan sosial dan akhlak buruk remaja hari ini yang meningkat..rogol, ragut, murtad, bunuh dll. Mana perginya mesej-mesej dan pengajaran berguna dalam filem tadi. Siang menonton, malam ber'projek'. Sesuatu nilai kebaikan dan pengajaran tidak semestinya di lakonkan semula dengan aksi. Ia juga boleh di ungkapkan dengan perkataan (tanpa gambar), atau sekadar dengan suara tanoa gambar dan aksi yang bergerak. Kerana Tuhan telah menciptakan pancaindera yang masing ada manfaatnya..kerana akhir penggunaan pencaindera ini akan sampai ke akal dan hati untuk dinilai seterusnya di laksanakan.

p/s: Cadangan saya mungkin kerajaan Malaysia (atau kementrian Penerangan) boleh membuat kajian seperti mana kajian-kajian yang dilakukan kerajaan terhadap subsidi gula, minyak, tol, tarif elektrik air dan lain-lain. Wallahu'alam..




3 comments:

AdH said...

Parah..Contoh, baca kenyataan Dato Rais Yatim dalam akhbar Berita Harian semalam mengenai Sehati Berdansa. Katanya "tak colok mata". Aduh..bercampur lelaki perempuan, mendedahkan aurat di khalayak ramai, walaupun suami isteri masih "dirasakan" sopan?

Tugas dan peranan ibu bapa sedari awal menanam akidah yang mantap terhadap anak-anak. Guru dan masyarakat turut perlu menjadi agen membantu membina peribadi anak-anak ini.

"Allahummahdini wa saddidni" (Ya Allah berilah petunjuk kepada kami dan istiqamahkanlah kami)

Salam perjuangan akh

Aizat said...

"Agama itu adalah Nasihat, nasihat utk Allah, Rasul, Pemimpin umat Islam dan umat Islam keseluruhannya"

Sama2 kita menasihati 'Pemimpin' kita ini....

Syukran.

Muhammad Salim bin Azham said...

Salam..semoga Allah membalas abg dengan kebaikan...hiburan sememangnya diperlukan oleh manusia..
Sebagaimana disebutkan oleh Al-Imam Al-Ghazali r.anhu lebih kurang maksudnya, hiburan ini juga perlu seperti taik lalat di wajah perempuan..ia akan membuatkan si perempuan tadi bertambah jelita..

wqlaubagaimanapun, sekiranya ia berlebihan, ia akan mendatangkan kesan yang sebaliknya pula seperti taik lalat pada perempuan tadi, kalau banyak taik lalat sana sini, dah lain pulak jadinya...huhu

Dan keduanya, hiburan juga perlu memenuhi tuntutan syarak...apa yang kita lihat di Malaysia ini, sangat jauh dari tuntutan syarak, orang awam pun boleh tahu tentang perkara ini..

filem-filem tak senonoh seperti bohsia tadi tu memberikan kesan negatif yang sangat banyak berbanding kebaikan (kalau ada) yang dapat diperolehi.

Kerosakan remaja zaman sekarang menurut pandangan ana yang fakir ini adalah disebabkan hiburan yang melampaui batas.

Kemudian pura-pura lah buat kempen kesedaran , kempen akhlak mulia lah, dan macam-macam lagi. Padahal mereka jugak yang membenarkan program-program yang merosakkan remaja...cukup memalukan...banyak duit dihabiskan untuk hiburan...kemudian ditambah pula duit yang dibazirkan untuk membanteras gejala sosial, jenayah yang berlaku yang antara sebab terjadinya hasil pengaruh hiburan tercela ini...Belum masuk lagi konsert2 maksiat seperti konsert sure heboh, sekarang tukar jom heboh pulak...

Perkara ini tidak boleh dipandang kesannya dalam lingkungan tempat kejadian sahaja. Kesannya sangat besar dan merangkumi aspek2 yang lain. Daripada menari-nari, melompat-lompat dalam konsert, membawa kepada penzinaan , membawa kepada anak luar nikah, buang dan bunuh pulak anak tu...Na'uzubillah

Ini hanyalah secebis dari beribu masalah yang kita hadapi disebabkan hiburan tercela ini...

Dan kepada penganjur prgram maksiat ini, ingatlah bahawa setiap amal perbuatan akan dihisap dan diperhitungkan...ketahuilah setiap maksiat yang berlaku dalam program yang dianjurkan, kamu mendapat dosa yang sama. Alangkah rugi mereka yang bergelumang dengan maksiat...

Dan Akhir sekali, ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani akan hambanya...setiap taubat hambanya diterima oleh-Nya ...Marilah sama-sama kita bertaubat dan memohon ampun kepada Allah..harapan masih ada bagi mereka yang terlanjur...jangan berputus asa dari Rahmat Allah Azza wa Jalla..marilah sama-sama berazam untuk meninggalkan maksiat dengan segala usaha kita dengan bersungguh-sungguh dan kita mohon pada Allah kekuatan dan perlindungan dari-Nya, sesungguhnya Dialah sebaik-baik tempat memohon pertolongan...

Usahakan, Sibukkan dirimu dengan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kecintaanmu kepada Allah dan Rasul...InsyaAllah kamu berjaya dunia dan akhirat...amin

Selawat dan Salam atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat baginda R.anhum .

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan Empunya Sekalian Alam, kepada-Nya lah kita dikembalikan...