14 November 2011

Kapal Selam Tak Boleh Menyelam di Melaka





MELAKA: Pembinaan projek Muzium Kapal Selam di Dataran 1Malaysia Klebang, di sini, yang menelan belanja RM12.6 juta dijadual siap 17 Disember ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, kapal selam SMD Ouessant jenis Agosta 70 akan dibawa naik ke darat melalui jeti sementara yang akan dibina pada minggu ini bagi membolehkan kerja mengecat dilakukan.

Menurutnya, sebagai permulaan, satu pameran kapal selam berkenaan akan dibuka kepada orang ramai selama 10 hari bermula 22 November ini.

“Selepas itu, pameran ini akan dihentikan dalam tempoh dua minggu bagi membolehkan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) menjalankan kerja mengecat keseluruhan kapal selam itu.

“Penduduk tempatan khususnya masyarakat di sekitar Klebang wajar memanfaatkan kemudahan baru itu yang bertujuan menarik lebih ramai kunjungan pelancong luar melawat Melaka pada setiap tahun,” katanya ketika melawat perkembangan tapak projek pembinaan Muzium Kapal Selam di sini, semalam.

Beliau berkata, usaha memperkenalkan Muzium Kapal Selam itu seiring dengan komitmen kerajaan negeri untuk mempelbagai produk pelancongan negeri sejajar dengan status Melaka sebagai destinasi tumpuan pelancong di negara ini.(SUmber Metro)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Komentar:


Aku malas nak komen lebih-lebih. Melaka lah negeri yang paling banyak Muzium termasuklah Muzium UMNO yang telah tersedia untuk tatapan generasi akan datang. Sudah menjadi candu bagi Ali rustam yang akan buat apa sahaja untuk pelancongan hatta terpaksa menggunakan bajet berjuta-juta ringgit walaupun hutang Melaka susah mencecah berbilion-bilion ringgit....

Aku tak menolak aktiviti perlancogan jika ia dapat memajukan negeri, tetapi kenapa mzium kapal selam yang di pilih? kenapa tidak memperkenalkan sahaja kebudayaan Malaysia daripada memperkenalkan 'benda-alah' ni yang tak ada kait mengait dengan Malaysia selain hanya penyelewengan pembeliannya oleh kerajaan Malaysia suatu masa lepas...

Kerajaan Melaka telah memperuntukkan bajet yang banyak untuk menyediakan sebuah kenderaan yang tidak mampu bergerak ini.

Kalau terlalu obses dengan pelancongan sekalipun, kenapa tidak dengan jumlah yang banyak tersebut di manfaatkan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan pengangkutan yang menjadi masalah utama rakyat Melaka.

Bas 2 tingkat Panorama Melaka yang mengalami kerosakan, dan terbaru monorel 15 juta yang tak sudah-sudah rosak. Ini juga antara pengankutan untuk aktiviti pelancongan.

Agak-agaknya dalam fikiran Ali Rustam, lebih baik aku belanjakan duit untuk kenderaan yang memang tak boleh bergerak seperti kapal selam yang di muzium-kan daripada menghabiskan duit dari 'melayan' pengangkutan yang asyik-asyik rosak ni..!

Gitulah gamaknya...

Satu lagi projek Kerajaan Barisan Nasional.. Kapal Selam yang memang tak boleh menyelam...!

No comments: