14 November 2011

Satu lagi bukti projek ‘Antarabangsa’ Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka.





Projek gajah putih Kerajaan negeri Melaka iaitu projek Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) yang berjumlah RM131 juta yang sebelum ini sunyi dari kapal terbang di fahamkan telah di kendalikan oleh Melaka Air Sdn.Bhd (MASB) iaitu sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri Melaka yang di tubuhkan pada 17 Jun 2011.

Justeru bagi mencapai status antarabangsa, sebuah laman web rasmi Melaka Air telah di bina (http://www.yayasanmelaka.gov.my/melakair_bm/index.html) bagi memudahkan orang ramai membuat tempahan penerbangan di mana segala maklumat penerbangan di muatkan di dalam laman web tersebut.

Peliknya, setelah di tinjau laman web tersebut, hanya seorang kakitangan sahaja di lihat menguruskan tempahan tiket dan tempahan adalah melalui panggilan telefon dan email.

Ianya sangat berbeza dengan syarikat penerbangan yang menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan tempahan melalui laman web. Kebiasaannya 3 atau 4 orang paling sedikit di perlukan bagi urusan tempahan itupun sekadar menjawab sebarang pertanyaan. Bahkan jika di bandingkan dengan syarikat penerbangan lain tempahan tiket penerbangan kebiasaan di buat secara on-line bukannya melalui panggilan telefon atau email.

Ianya suatu yang pelik, bagaimana airport ini boleh diiktiraf sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) sedangkan kelengkapan dan kemudahan tempahan sahaja tidak memenuhi ciri-ciri antarabangsa tersebut.

Sebelum ini jualan dan tempahan tiket penerbangan domestik dari Melaka ke Pulau Pinang dan Kelantan di lakukan melalui laman web FireFly. Namun selepas pelancaran Melaka Air, jualan tiket tersebut sudah tiada lagi pada website Firefly.

Suatu perkara pelik yang lain adalah bagaimana Ketua Menteri Datuk Ali Rustam boleh membenarkan penerbangan domestic ke Pulau Pinang dan Kelantan yang di perintah oleh pembangkang sedangkan suatu ketika dahulu beliau sendiri pernah mengeluarkan arahan menghalang kakitangan kerajaan ke Kelantan.

Mungkin Ali Rustam lupa yang Kelantan sebuah Negeri ‘miskin dan mundur’ sehingga terpaksa membenarkan kapal terbang ‘antarabangsa’ nya mendarat ke negeri tersebut.

No comments: