24 November 2011

Projek hiasan di Melaka.


Selepas projek monorel Melaka berjumlah RM15 juta yang mengudang pembaziran berganda, kini projek bertemakan hiburan iaitu permainan Roller Coaster pula mengalami nasib yang sama.


Merujuk kepada akhbar Sinar Harian bertarikh 24 November 2011, Roller Coaster yang bertempat di taman hiburan Sungai Melaka itu tidak pernah berfungsi sejak dua tahun lepas. Projek yang bernilai RM10 juta ini sehingga hari ini hanya bertindak sebagai hiasan.


Di rasmikan dua tahun lepas, sepatutnya Roller-Coaster yang mempunyai landasan sepanjang 1 kilometer ini dapat di gunakan pada 31 Ogos 2010 lalu namun sehingga hari ini ia masih kosong, hanya landasannya sahaja yang ada.


Kelewatan Roller-coaster ini untuk berfungsi telah di maklumkan sebelum ini oleh Ketua Menteri, Datuk Ali Rustam. Katanya ia nya berpunca daripada faktor keselamatan selain masih belum mendapat kelulusan daripada Jabatan Keselamatan dan Pekerjaan (JKKP). Di fahamkan Roller coaster ini juga tidak menepati ciri keselamatan.


Justeru, Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka menggesa agar kerajaan negeri menangani masalah ini dengan segera dan mengambil serius tentang faktor keselamatan untuk setiap projek perlancongan di Melaka.


Sebelum ini, projek monorel juga tidak berfungsi dengan baik, sering tergendala dan mampu mendatangkan bahaya kepada pelancong. Selain membawa pembaziran, kerosakan monorel tersebut itu juga memberi imej buruk pada industri pelancongan Melaka yang sebelum ini di umum sebagai negeri Maju.


Seharusnya perkara asas sebegini tidak menjadi masalah memandangkan telah tersedia garis panduan keselamatan sebelum sesuatu projek itu di laksanakan lebih-lebih lagi projek tersebut melibatkan pengguna secara langsung seperti permainan Roller Coaster dan monorel ini. Ianya perlu di pandang serius agar tidak berlaku perkara yang tidak di ingini.


Tapak taman hiburan yang menempatkan permainan Roller-Coaster ini juga di katakan tidak strategik kerana lokasinya agak terpencil dan jauh dari tumpuan pengunjung. Ianya juga sedikit sebanyak membawa kepada faktor kerugian akibat bilangan pengunjung yang sedikit selain roller-coaster yang tidak berfungsi. Bak kata pepatah sudah jatuh, di timpa tangga, begitulah keadaannya projek kerajaan negeri.


No comments: