20 October 2009

Cuti Umum 16 September




16 September setiap tahun pasti akan diingati sebagai hari keramat buat rakyat Malaysia. Pengumuman yang dibuat oleh PM Najib Razak di persidangan dewan rakyat kelmarin memberi berita gembira pada rakyat. Mungkin sebab dapat cuti. Tak pastilah kalau rakyat mengingati apa cerita disebalik tarikh 16 september tersebut.

Namun, jika kita flash-back kembali sejarah lalu, 16 september merupakan tarikh penting dimana Persekutuan Malaysia ditubuhkan dan juga di mana ketika itu Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia pada tahun 1963.

Mungkin apa yang kita lihat pada hari ini Malaysia telah menjadi sebuah negara membangun. Pembangunan pesat yang berlaku sedikit sebanyak membantu rakyat memperbaiki mutu dan taraf hidup mereka dengan lebih baik berbanding 50 tahun dahulu.

Sebab apa saya kata 'mungkin', sebab apa yang di lihat kemajuan hanya dilihat di sebelah bahagian Semenajung Malaysia, namun Sabah dan Sarawak masih tetap dalam keadaan tidak maju sebanding bahagian semenanjung. Sebagai contoh, negeri Sabah, negeri ke-2 terbesar yang kaya dengan sumber-sumber semulajadi seperti hutan, galian, fauna, flora hinggalah ke hidupan laut. Lebih kurang 60 peratus daripada tanahnya diliputi dengan hutan rimba manakala kawasan tanah pertanian merangkumi 30 peratus. Sumber perhutanan dan pertanian adalah penyumbang utama kepada sumber pendapatan negeri Sabah. Bahan mentah seperti minyak, tembaga, emas dan batu kapur juga didapati dinegeri ini.

Walaupun ia kaya dengan sumber semula jadi, kini Sabah adalah negeri yang termiskin di kalangan negeri-negeri Malaysia. Pendapatan puratanya pada sekarang adalah di kalangan negeri Malaysia yang paling rendah, sedangkan kos sara hidupnya lebih tinggi daripada Semenanjung Malaysia.


Pada 2000, kadar pengangguran Sabah ialah 5.6 peratus, yakni yang tertinggi di Malaysia dan merupakan dua kali ganda purata nasional sebanyak 3.1 peratus. Tahap kemiskinannya sebanyak 16 peratus merupakan tahap yang tertinggi di Malaysia, yakni lebih daripada tiga kali purata nasional. Sebahagian daripada masalahnya ialah pembahagian kekayaan yang tidak saksama di antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Kerajaan pusat mengambil 95% daripada pendapatan negeri Sabah dan meninggalkan cuma 5% untuk keperluan tempatan.


Jika dahulu PM Malaysia yang Pertama telah memberi penekanan dalam RMK-1 berkaitan soal pembangunan ekonomi Malaysia, dimana ketika itu kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia secara langsung menjadi sebahagian perancangan Malaysia. Dimana PM ketika itu mahu memajukan ekonomi seluruh negara demi kebajikan rakyat dan seterusnya mengeratkan perpaduan rakyat, meningkatkan pendapatan penduduk yang miskin, membangunkan ekonomi luar bandar, mempertingkatkan lagi usaha ke arah mempelbagaikan ekonomi negara, mengurangkan pengangguran dan memajukan sektor perindustrian.


Hari ini genap 46 tahun, Malaysia terbentuk dan penggabunggannya dengan Sabah dan Sarawak. Tidak dinafikan memang terlalu banyak pembangunan yang dilakukan sepanjang tempoh tersebut. Tapi apa yang pelik, tempoh yang begitu lama itu juga tidak mampu mencapai seperti mana RMK-1 yang telah dirancang, iaitu mahu memajukan ekonomi keseluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak. Mungkin pandangan anda berbeza, tapi itulah hakikatnya apa yang berlaku di Sabah dan Sarawak. Kemiskinan masih melarat di Sabah. Kajian yang dilakukan dari Universiti Malaysia Sabah dan penyelidik dari Institute Development Studies (IDS) menyatakan, di Malaysia, insiden kemiskinan secara umumnya berkurang dari 8.5 peratus pada tahun 1999 kepada 5.7 peratus bagi tahun 2004 (Rancangan Malaysia Ke-Sembilan, 2006). Walau bagaimanapun, negeri Sabah masih menjadi antara tiga negeri yang termasuk dalam senarai negeri yang mempunyai tahap kemiskinan tertinggi iaitu 23.0 peratus.


Saya mungkin tidak menyalahkan sesiapa, ini hanya pandangan saya dari apa yang dapat kita amati di sebalik penubuhan Malaysia dan pencantumanya dengan Sabah dan Sarawak. Apakah rasionalnya Sabah dan Sarawak diterima sebagai sebahagian negara Malaysia andai hasil dan kutipan dari aset negara tidak dikongsi sama rata kepada rakyat, khususnya di Sabah dan Sarawak. Kemajuan negeri itu harus dirasai oleh rakyat.


Seharusnya, kita bersyukur pada Tuhan dengan anugerah kekayaan yang terdapat di atas dan di bawah perut bumi Malaysia ini. Apa-apa yang ada semuanya untuk manfaat bersama, bukan hanya untuk kepentingan individu atau mereka yang berkepentingan sahaja. Wallahu'alam.


Mungkin lepas ini ada cuti umum 1 Malaysia pula...(emm..banyak sungguh kemungkinan)..




3 comments:

Sunah Sakura said...

salam..bagaimana agaknya kalau kami di Borneo minta berpisah dari Semenanjung? apakah yang bakal berlaku?

persoalan semasa zaman kanak-kanak kerana tidak berpuas hati dengan pembangunan yang berat sebelah..

LegendZ said...

tak perlu minta di pisahkan sepadan..ttp minta di pisahkan pemimpin...i.A

myikhwanfiideen said...

Salam tuan..

Terasa bla org ckp psl SBH.. Xpe, nnt sy minta dgn Dato' Najib.. Suruh bg royalti byk sket.. Kalu x, kmi x nk undi Bee-End lg nnt.