28 July 2010

Kritikan Bekas Ahli Parlimen Britain kepada Barat berkaitan Isu Palestin


 

Sedikit Perkongsian ..

 

Bekas Ahli Parlimen Britain (MP Labour), George Galloway dalam wawancara di TV SKY NEWS telah menghentam dan mengkritik masyarakat Barat yang pro-Israel dan Amerika terutamanya berkaitan siri keganasan Israel dan Amerika terhadap warga Palestine. Beliau juga telah mengkritik Barat yang melabel Islam dan negara Islam seperti Lubnan, Iran dan Palestine sebagai TERRORIST.

Menjawab persoalan dari wartawan yang 'berat sebelah' itu, George Galloway kelihatan tegas dan berani memberi hujah sehingga beliau berkata "Whay a silly person you are" terhadap wartawan tersebut. Wartawan tersebut kelihatan cenderung kepada persoalan yang mempersoalkan politik Hizbullah di Lubnan dan tindakan Hizbullah yang sebelum ini telah membunuh dan menculik askar Israel di Lubnan.

 

 

 

p/s: biar kasi buka mata Ahli Parlimen negara Islam...Mesir, Jordan, Arab Saudi dll...

 

26 July 2010

Ordering Pizza in Year 2020 (not in Malaysia..:p)


Operator : " Thank you for calling Pizza Hut. May I have your.."

Customer : " Hello, can I order.."

Operator : " Can I have your multipurpose card number first, Sir?"

Customer : " It's eh.. hold on.. 6102043338-45-54610"

Operator : " Ok.. you're ... Mr Singh and you're calling from 17 Jalan Kayu. Your home number is 40942366, your office 76452302 and your mobile 014-2662566. Which number are you calling from now Sir?"

Customer : " Home! How did you get all my phone numbers?"

Operator : "We are connected to the system, Sir"

Customer : May I order your Seafood Pizza.."

Operator : " That's not a good idea Sir."

Customer : "How come?"

Operator : " ACcording to your medical records, you have high blood pressure and even higher cholesterol level, Sir!"

Customer : " What?,.. What do you recommend then?"

Operator : " Try our Low Fat Hokkien Mee Pizza. You'll like it"

Customer : " How do you know for sure?"

Operator : " You borrowed a book entitled 'Popular Hokien Dishes' from the National Library last week Sir."

Customer : " Ok, I give up.. Give me three family size one then, how much willthat cost?"

Operator : " That should enough for your family of 10, Sir. The total is $49.99"

Customer : " CAn I pay by credit card?"

Operator: " I'mafraid you have to pay us cash, Sir. Your credit card over the limit and you're owing your bank$3720.55 since October last year.That's not including the late payment charges on your housing loan."

Customer : " I guess I have to run to the neighbourhood ATM and withdraw some cah before your guy arrives"

Operator : " You can't Sir. Based on the records, you've reached your daily limit on machine withdrawal today."

Customer : " Nevermind ust send the pizza, I'll have the cash ready. How long is it gonna take anyway?"

Operator : " About 45 minutes Sir, but if you can't wait you can always come and collect it on your motocycle.."

Customer : " What "

Operator : " According to the details in system, you own a Scooter, .. registration number..B3337BZ

Customer : " $%#@^^%^#"

Operator : " Better watch your languange Sir. Remember on 15th JUly 1987 you were convicted of using abusive languageto apoliceman..?"

Customer : [Speechless]

Operator : " Is there anything else Sir?"

Customer : " Nothing.. by the way.. aren't you giving me that 3 free bottles of cola as advertise?"

Operator : " We normally would Sir, but based on your records, you are also diabetic... "

^%&*^$&*^$*#%$*(^&*... ..

25 July 2010

Penyelesaian Isu Perpaduan Melayu Islam


Untuk kesekian kalinya, isu perpaduan Melayu ditonjolkan oleh Umno lagi. Parti yang bernafas lama hasil luapan sentimen perkauman ini amat menyedari bahawa kedudukan politiknya adalah semakin terdesak dan terancam.


Sokongan orang Melayu terutamanya generasi muda semakin menurun.Sokongan orang bukan Melayu pula kini amat terhakis. Gelombang sokongan rakyat di Sabah dan Sarawak jelas sudah beralih kepada Pakatan Rakyat. Lantaran, Umno sedang menggunakan politik michevelli yang dianutinya.


Isu perpaduan Melayu dikumandangkan lagi sebagai strategi perang psikologi memecahbelah Pakatan Rakyat.Ini dilakukan selepas gagal menggunakan fitnah “liwat”, membeli wakil-wakil rakyat PR dan menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu, agen Yahudi, CIA dan Amerika Syarikat serta berbagai tuduhan lagi. Dalam masa yang sama media penyampai maklumat kepada rakyat cuba disekat dengan harapan “psywar” yang dilancar ini menjadi.Sebenarnya, perpaduan yang dijaja ini hanyalah untuk menyelamatkan politik Umno itu sendiri.


Umno ditolak rakyat bukan kerana perpecahan kepimpinan Melayu. Ia diakibatkan oleh segala kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan oleh mereka sendiri.Segala khazanah negara sedang di “faraid” sesama sendiri dengan pelbagai cara. Tabung simpanan felda susut teruk dan yang terbaru ini harta Petronas pula sedang dikeringkan. Seluruh instrumen pentadbiran negara telah dikembirikan demi menjaga survival Umno.


Ekonomi negara sedang menguncup dan para pelabur semakin menjarak diri dari kita. Kehidupan rakyat semakin tertekan dan tersepit. Kita semakin bimbang bagaimana nanti rakyat miskin di bandar-bandar dan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak dapat meneruskan kehidupan mereka yang sudahpun sengsara sekian lama.


Menyedari rakyat semakin meminggirkannya, Umno melagang isu perpaduan Melayu.Hakikatnya, pelbagai agenda perpaduan politik Melayu telahpun dicuba sebelum ini. Namun, semuanya berakhir dengan kegagalan.


Paling jelas, gabungan PAS dan Umno di dalam Barisan Nasional pada tahun 1971 berkesudahan PAS di tendang keluar dari BN.Kegagalan ini mencetuskan percubaan bentuk baru oleh Anwar Ibrahim, apabila beliau dan rakan-rakannya dari ABIM berijtihad untuk aktif dalam Umno. Ia berakhir dengan satu kemelut besar yang paling menyayat hati dalam sejarah politik Melayu Islam. Beliau disingkir dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno secara cukup hina dan mengaibkan. Tidak pernah berlaku dalam sejarah Melayu seorang pemimpin hebatnya dijatuhkan dengan fitnah “liwat” seperti ini. Begitu pelik dan luarbiasa, namun ia boleh berlaku di dalam budaya politik Umno.


Jelaslah, perpecahan politik Melayu tetap berlaku meskipun para pemimpinnya berada dalam wadah yang sama, sama ada Umno atau BN. Lupakah kita dengan peristiwa pembunuhan Allahyarham Datuk Mohd Taha di Gemencheh Negeri Sembilan?


Apakah kita lupa dengan pergolakan politik di antara Team A dan B di dalam Umno hingga menyebabkan Umno di bubarkan pada tahun 1987 dan kemudiannya mengakibatkan tertubuhnya Umno Baru dan Parti Semangat 46? Meskipun kemudiannya Parti Semangat 46 dibubarkan dan kembali bergabung di dalam Umno, namun isu perpaduan Melayu tidak juga berkesudahan. Malah, penggabungan Semangat 46 ke dalam Umno seakan-akan sengaja dirancang sebagai persediaan untuk mencipta krisis baru politik Melayu dengan peristiwa penyingkiran DSAI dari Umno beberapa kemudiannya.


Bagaimana mungkin Umno mengemudi perpaduan Melayu sedangkan perpaduan itu tidak wujud dalam tubuh badannya sendiri? Umno kini adalah bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.Umno umpama sebuah bangunan yang kelihatan besar dan hebat, sedangkan segala tiang, rasuk dan gelegarnya telahpun hancur luluh dimakan bubuk dan anai-anai. Ia bakal runtuh bila-bila masa sahaja. Dengan pelbagai perkembangan mutakhir yang berlaku, kita meramalkan satu krisis baru yang amat menggemparkan akan berlaku di dalam kepimpinan Umno tidak berapa lama lagi.


Percayalah! Perjuangan para pemimpin Umno bukanlah untuk menegakkan agama dan keadilan kepada rakyat. Asas perjuangan mereka adalah kecintaan kepada dunia dan ketakutan kepada mati. Maka, amalan rasuah, kronisme, penipuan, khianat, memfitnah sesama sendiri dan jatuh menjatuhkan merupakan suatu kemestian demi merebut dan mengekalkan kuasa.


Dana dan sumber negara di mana jua akan diperah dan khianati semahunya. Maka judi sukan yang jelas haram menjadi halal demi memperkayakan mereka yang sudah kaya dan menjadikan rakyat yang miskin semakin papa kedana.Hakikatnya, perpaduan sejati apa jua kelompok tidak akan wujud apabila tiadanya nilai-nilai teras yang merealitikan perpaduan itu iaitu keikhlasan, kejujuran dan keadilan serta saling menjaga rukun dan adab dalam muamalah dan perhubungan. Inilah yang dapat kita fahami dari firman Allah yang bermaksud:


“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan jangan bercerai-berai…..” (Ali-Imran: 103)


Isu perpaduan Melayu dan survival Islam di Malaysia ini tidak akan dapat diselesaikan jika kita masih melihatnya melalui teropong Umno dan para kuncunya. Ia perlu dikaji dari perspektif baru dalam fenomena baru realiti politik berasaskan demokrasi di Malaysia.Jika Umno benar-benar ikhlas, hentikan segala kezaliman, penindasan dan kemungkaran yang diamalkan selama ini.


Suburkanlah iklim demokratik di Malaysia berasaskan perlembagaan negara yang ada. Wujudkan ruang persaingan yang terbuka dan sihat dan berasaskan syariat yang ditetapkan Islam. Ini akan menjadikan kita lebih kreatif dalam usaha menyampaikan khidmat yang terbaik untuk seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama berasaskan kebenaran dan keadilan.Dengan ini Islam yang murni akan lebih terserlah.


Barisan kepimpinan Islam yang bertaqwa, bijaksana dan adil akan dapat dilahirkan. Masyarakat bukan Islam akan lebih memahami Islam dan melihatnya secara objektif dan tepat.Perkara ini sedang menjadi kenyataan. Masyarakat bukan Islam tidak lagi menjadi fobia kepada Islam apabila bersedia mengundi parti Islam di dalam pilihanraya, selepas sekian lama, Umno telah menjadikan segala berunsur Islam sebagai momokan kepada mereka.


Perkembangan inilah yang amat menggerunkan Umno sekarang ini, lantas menjadikan slogan perpaduan Melayu sebagai gendang perang terakhir sebelum terus tumbang di telan gelombang rakyat yang menuntut keadilan.


24 July 2010

Sekitar Program Jamuan Pakatan Rakyat di Bukit Baru





Saudara Hu Pang Chow kelihatan sedang berbual bersama Ketua Penerangan kawasan, Cikgu Yusuf (kiri) dan Hj.Ramli selaku S/U Kawasan Bukit Katil.


Malam tadi selesai sudah Jamuan Makan Pakatan Rakyat di bawah anjuran Majlis Tindakan Dun Bukit Baru, Melaka yang bertempat di Taman Harta Pertama. Majlis berlangsung dengan suasana harmoni dan gilang gemilang dengan kehadiran tetamu yang melebihi sasaran seramai lebih 100 orang terutamanya dari kaum Tionghua. 


Permulaan jamuan makan di waktu petang





Tetamu semakin bertambah menjelang malam

Majlis jamuan makan pada malam tadi juga berjalan lancar tidak seperti program sebelum-sebelumnya yang sering di ganggu oleh pihak Barisan Nasional dan UMNO, sepertimana ceramah-ceramah penerangan yang juga di bawah anjuran MTD Bukit Baru sebelum ini yang sering menerima provokasi. UMNO-BN sedang mengalami tekanan memandangkan akhir-akhir ini kerap-kali di adakan program di kawasan Bukit Baru yang juga merupakan kawasan Ketua Menteri, Ali Rustam.



Saudara Hu Pang Chow, selaku Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat memberi ucapan 

Majlis yang julung-julung kali di adakan di kawasan taman perumahan ini mendapat respon yang sangat positif dari penduduk setempat. Rata-rata dari mereka begitu tertarik dengan majlis yang di anjurkan oleh PAS lebih-lebih lagi dengan kehadiran tetamu jemputan dari Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat, Saudara Hu Pang Chow dan beberapa orang YB dari DAP dan wakil dari PKR yang memberi ucapan semangat khusus kepada kaum Cina. 


Bertemakan PAS for All, PAS sekali lagi membuktikan bahawa sebernarnya tiada jurang perbezaan kaum di antara Parti-parti di bawah Pakatan Rakyat. Islam yang di bawa oleh PAS adalah untuk semua kaum, bukan untuk orang Melayu sahaja. Seperti mana yang di ucapkan oleh Saudara Hu Pang Chow, kita berasal dari ibu dan bapa yang sama. Yang membezakan kaum adalah keadaan setempat dan masa. Jika mereka di lahirkan dan di besar dalam masyarakat di Afrika, maka dia adalah orang Afrika, begitu juga Cina, India dan Melayu. Walaubagaimanapun kita berasal dari ibu dan bapa yang sama.



Hadirin memberi tumpuan kepada ucapan penceramah yang hadir


Selain itu, ucapan YB Goh Leong San, selaku Ketua Pembangkang di Melaka kepada masyarakat Cina yang hadir pada malam adalah rakyat tidak perlu takut untuk mengundi PAS atau sesiapa sahaja orang Melayu yang bertanding atas tiket Pakatan kerana kita bukan memilih calon berdasarkan kaum atau agama, tetapi kita memilih siapa pemimpin yang mampu dan dapat melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat. Itu yang utama. Jelasnya, pemimpin BN-UMNO telah gagal melaksanakan amanah kepada rakyat selama lebih 50tahun memandangkan terlalu banyak penyelewengan kepada rakyat dan harta negara. Tegasnya telah sampai masanya kerajaan yang ada pada hari ini di tukar kepada kerajaan Pakatan yang lebih di yakini mampu mengubah nasib negara dan rakyat seperti mana contoh kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau-Pinang.



Beberapa kaunter di buka, kaunter SPR, keahlian DHPP dan Skim Takaful Penyayang 


 



Kelihatan petugas sedang melayan penduduk tempatan


UMNO-BN tidak akan senang duduk melihat program-program seperti ini. Sebelum ini UMNO telah turun padang bersama rakyat sejurus beberapa hari PAS membuat program penerangan dan daftar pengundi. Di maklumkan oleh beberapa orang rakyat tempatan bahawa UMNO-BN telan menghulur sejumlah wang kepada penduduk setempat dengan harapan untuk 'membeli' undi pada PRU akan datang. Sememangnya hanya itulah taktik UMNO-BN dari dulu hingga kini yang menggunakan duit sebagai alat dan matlamat untuk kepentingan mereka. Mereka anggap rakyat bodoh, mampu di beli dengan sejumlah wang. Tetapi hakikatnya mereka lah yang memperbodohkan diri mereka, seperti mana yang di katakan YB Goh, jika ada orang UMNO-BN datang bagi duit, ambil lah duit itu, kerana itu adalah duit rakyat juga, tetapi bila pilihanraya  jangan undi mereka.


PAS for All

22 July 2010

Parti Baru Pak Berahim


Presiden PERKASA berkata andai PAS dan UMNO tidak dapat duduk semeja untuk berbincang tentang masalah Melayu dan Islam, wajarlah UMNO dan PAS di bubarkan dan mengantikan parti baru yang lebih baik, katanya lebih Islamik dan nasionalisme Melayu. (sumber)

Saya mencadangkan nama parti baru itu, Parti Islam Melayu Se-Malaysia. Nak nampak lebih gagah lagi, Parti Perkasa Islam Melayu Se-Malaysia. Merangkumi segenap aspek ke-Melayuan dan keIslamannya. Pengasasnya, Pak Berahim Ali sendiri selaku Musyidul Amnya.

---------------------

UMNO patut bekerjasama dan berunding dengan Perkasa. Baru la Melayu lebih bersatu. Seiring, Sejalan dan Senada. Soal Islam, rasanya lebih baik UMNO baiki dulu 'diri' mereka. Mereka kan ada ulama UMNO. Janganlah mengkesampingkan Perkasa, walaupun Perkasa itu bukan sebuah pertubuhan politik tetapi Pak Berahim mengakui yang pertubuhannya itu juga memperjuangkan Melayu Islam. Tak percaya tengoklah songkok Pak Berahim...

------------------

Setakat ni beberapa orang pemimpin UMNO+JASA+Mufti Perak+Ibrahim Ali telah bersuara dan menyatakan pendapat dan respon positif tentang perpaduan Melayu dan Islam (mereka ini telah diketahui memang menyokong UMNO). Objeknya adalah masih lagi UMNO dan PAS. Peliknya setakat ini tiada seorang pun pimpinan PAS yang memberi respon, yang ada semuanya negatif (walaupun media mem'positif'kan). Dan isu ini akan terus menerus di mainkan sehingga PRU akan datang selagi orang Melayu di lihat tidak menyebelahi UMNO dan selagi PAS berpecah dari Pakatan, selagi itu lagu perkauman atas nama Islam ini akan terus di nyanyikan.

--------------------

Pakatan akan terus membongkar isu dan penyelewengan UMNO..sebab UMNO ini macam kurap, nampak sedap bila garu (layan), tapi lebih-lebih jadi melarat..merebak-rebak silap-silap berjangkit pada orang lain.

Wallahualam.

19 July 2010

Melayu, Islam dan UMNO


Dua orang pembela agama...


Kenapalah UMNO beria-ia sangat mahu berkerjasama dengan PAS? Naik meluat tengok. 


Isu ini di bangkitkan kembali oleh UMNO setelah melihat perpaduan antara rakan Pakatan yang begitu baik antara PAS, PKR dan DAP. Ini lah yang menyebabkan UMNO tak senang duduk.


UMNO sebenarnya mahu melihat Pakatan berpecah. Dengan memainkan isu Melayu dan agama Islam, kononya mahu PAS berubah. Kebijaksanaan pimpinan Pakatan (terutamanya PAS) yang sudah lama masak dengan perangai UMNO dari sejak dahulu kala lagi bilamana dalam keadaaan terdesak mereka akan cari jalan atas nama agama dan kaum untuk memecahbelahkan PAS.


Setelah sebelum ini taktik mereka membawa ulama-ulama yang kononnya dapat mengusik persepsi rakyat bahawa UMNO juga parti Islam tidak berjaya kerana rakyat sudah tahu golongan agama di dalam UMNO ini tidak akan kemana. Maaf saya terpaksa mengambil contoh Mufti Perak sendiri, jelas perbezaan bila mana sebelum ini beliau lantang tentang hukum agama, kes murtad, sure heboh dan lain-lain. Tetapi bila mana cuba menjadi hero melayu, menyokong pula parti kebangsaan yang menolak Islam, secara tidak langsung terkena penyakit sekali. Hari ini mufti ini jadi bimbang orang Melayu akan hilang kuasa. Walaupun sepatutnya, kebiasaan mufti akan bimbang, orang Islam yang semakin melarat, semakin jauh dengan ajaran agama, atau bimbang dengan kuasa Islam iaitu hukum Islam yang di caci hina. Tetapi hari ini lain jadinya..


Apakah dengan bangsa itu masyarakat akan selamat dan sejahtera? Nabi Muhammad s.a.w telah lama menegah umat Islam dari bersifat perkauman melampau, bersifat assabiyah, merasa kaum dan bangsa mereka sahaja yang kuat, ada hak. Seperti mana UMNO yang sibuk memperjuangkan hak orang Melayu. Sedangkan dalam Islam sendiri, hak istimewa suatu kaum tidak wujud, kerana sepatutnya kerajaan dan pemerintah mempunyai tanggungjwab terhadap semua rakyat yang berada di bawah pemerintahannya, tak kira bangsa, agama. Begitu juga rakyat yang yang bertanggungjawab untuk mempertahankan negara dari pihak musuh.


Sebenarnya, Melayu di Malaysia ini telah lama mempunyai hak istimewa seperti mana yang termaktub dalam Perlembaggaan Persekutuan, kedudukan orang Melayu, bahasa Melayu, raja-raja Melayu, agama Islam dll. UMNO dan orang Melayu yang tidak sedar, bahkan mereka pula yang menggadaikannya sepertimana isu PPSMI yang mengadaikan bahasa Melayu. Hak Raja yang di halang mencampuri urusan politik, tanah rezab melayu di Singapura, Pulau Batu Putih, blok minyak milik Malaysia yang di gadaikan..semua ini berpunca daripada pemerintah berbangsa Melayu UMNO yang ada hari ini.


Seharusnya isu keistimewaan orang Melayu ini di pandang dari sudut Islam bukan dari sudut cauvanisme seperti yang berlaku hari ini. Sebagaimana contoh UMNO yang mempersoalkan hak ismewa orang Melayu yang kononnya di gadai oleh pemerintah bukan Melayu di Pulau Pinang, ada yang menghina bangsa lain, mengatakan mereka pendatang, menumpang dan pelbagai nada berunsur racist. Kemudian ada pula wujud persatuan yang memperjuangkan hak Melayu seperti Perkasa, seperti mana nada racist yang mengatakan masyarakat cina tidak boleh terima peruntukan pendidikan dll dari kerajaan BN-UMNO. Dan banyak lagi.


Nabi Muhammad s.a.w, semasa penghijrahan baginda ke Madinah telah berjaya menyatukan kesemua bangsa, dan agama yang ada di Madinah dengan dasar Islam. Baginda tidak memaksa mereka memeluk Islam tetapi persaudaraan dan mahabbah yang di ajar oleh Islam itu yang menyatukan mereka. Walaupun puak Yahudi dan Islam bercampur di dalam satu kawasan, namun perlaksanaan undang-undang Islam tetap berlaku di bawah pemerintah Islam. Tanpa rasa prejudis dan ragu-ragu. Hanya UMNO sahaja yang tidak yakin dengan hukum Islam, bahkan memandang hina lagi..


Atas sebab itu PAS menolak mentah-mentah perpaduan dengan UMNO. Alasannya, adalah dasar kebangsaan yang di bawa UMNO itu sendiri. Sememangya, perjuangan bangsa tidak sampai kemana andai ia tidak mejadikan dasar dan prinsipnya Islam. Sebab Islam itulah yang menyatukan bangsa, yang menyatukan kaum dan agama seperti mana yang dilakukan di Kelantan, semua bangsa, ada Cina, India, Melayu, Siam boleh hidup harmoni.


Wallahualam. Sekadar berpandangan.



18 July 2010

3+1 stages of life..


TEEN AGE:

Have Time + Energy..but No Money


WORKING AGE:

Have Money + Energy …but No Time


OLD AGE:

Have Time + Money..but no Energy



Soalan cepu emas:

UMNO-BN berada di peringkat mana?



UMNOAGE:


Have Nothing...:)

17 July 2010

'Sumbang'an kerajaan harus di hargai..


Rumahku, syurgaku..nak jadi apa, jadilah..!!


Kereta asing di halang membeli minyak RON 95 (sumber)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemilik kenderaan terbabit hanya dibenarkan membeli petrol RON 97 yang ketika ini dijual pada harga RM2.10 sen seliter.

Beliau menegaskan, keputusan kerajaan itu dibuat kerana mereka tidak layak menerima subsidi petrol itu yang hanya boleh dinikmati oleh rakyat negara ini sahaja.

“Pelaksanaan itu adalah sesuai dengan dasar kerajaan yang mana subsidi tersebut hanya untuk rakyat Malaysia dan bukan kepada pemilik kenderaan asing terbabit,” katanya.


Komentar:

Kerajaan dilihat begitu prihatin pada rakyat Malaysia apabila subsidi dikatakan hanyalah untuk rakyat Malaysia. Rakyat asing tidak layak. 

Benar..namun apa kesannya pada rakyat Malaysia jika kenderaan asing tidak di benarkan untuk menbeli RON95 yg diberikan subsidi itu. Adakah dengan peng'haram'an kenderaan asing membeli minyak bersubsidi di Malaysia akan mengurangkan lagi kenderaan di jalan raya seterusnya kuatiti minyak di jimatkan? atau mungkin dengannya kerajaan akan mendapat lebih untung untuk permintaan minyak RON97 yang dikatakan sebelum ini kurang di gunakan rakyat tempatan di sebabkan boleh merosakkan enjin bagi kenderaan sederhana atau bukan mewah.? dan mungkin tindakan untuk memberi tahu betapa terseksanya kerajaan menanggung subsidi untuk rakyat Malaysia,..sedap-sedap je orang asing nak guna atau  lain-lain alasan..

Setakat ini tiada penjelasan dari menteri dari kesan peng'haram'an kenderaan asing untuk menggunakan RON 95 selain alasan dari sudut 'kelayakan'. Benar, mungkin kenyataan dari Datuk Ismail Sabri ini sedikit sebanyak terubat rasa pedih di hati atas beban kenaikan barang.,ye la ada orang memujuk. Rakyat akan nampak bahawa kerajaan masih prihatin dengan rakyat. Ye la, Gula naik pun sebab untuk elak kencing manis. 

Lepas ini kita akan mendengar banyak lagi pujukan demi pujukan..mungkin tarif elektrik naik untuk elak rakyat kena kejutan elektrik atau elak kebakaran berlaku. Tarif Air naik untuk elak rakyat membazir dengan cuci kereta, motor siram pokok bunga, dll..GST yang bakal di laksanakan nanti juga untuk kepentingan rakyat, cukai servis untuk servis yang terbaik, cukai barang untuk barang yang berkualiti walaupun tiada di pasaran (sebab habis atau kena seludup), tol naik untuk maintenance jalan yang berlubang-lubang, cukai jalan, cukai pintu dll semua utnuk kepentingan rakyat.

Maka dengan itu ekonomi negara akan meningkat..seiring pembelian Kapal Selam, beli kapal terbang (tak kira yang ada enjin atau tak), buat landasan kapal terbang yang tak ada kapal terbang, buat 2,3 buah jambatan walaupun sudah ada jambatan,  beli tu beli ni. Menteri-menteri pula bertungkus lumus cari alternatif, buat kajian, buat analisis untuk selamatkan negara cari Bankrap pada tahun 2019 nanti di banglo-banglo mewah. Menteri terpaksa berkorban ke luar negara, ke Amerika dan lain-lain cari solution dan penasihat untuk baiki negara sambil melancong..

Itu soal masalah kewangan, untuk masalah sosial pula, lagi banyak pengorbanan menteri-menteri, polis-polis, FRU-FRU yang bertungkus lumus menjaga negara dari 'pengganas', ada yang tumpas di tangan polis yang berpistol, yang jual komik, yang turun berdemo dan berjalan-jalan di jalanan, yang duduk depan komputer menulis karangan sekolah pun kena. Dadah, rogol, ragut pun tak ketinggalan..lihat sahaja pencapaian indeks jenayah yang di umumkan ketua polis semakin menurun, walaupun di akhbar ada kata hanya 257000 anak luar nikah di daftarkan . Masalah judi pula tok sah cakap, kerajaan banyak bantu untuk haram kan judi dengan halalkan bookie, di akhbar pun banyak ustaz ulas tentang keharaman judi walaupun kat bahagian belakang ada SMS 4D. 

Dan banyak lagi la nak cerita tentang usaha-usaha yang kerajaan dah lakukan untuk rakyat Malaysia. Kami bukanlah suka sangat nak minta tu, minta ni. Tapi di sebabkan menteri-menteri dah terima amanah, pula tu di pilih oleh rakyat (aku tak pilih pun..;p) jadi kenalah berperanan sebaik-baiknya. 

Khalifah Umar Abd Aziz dikatakan menjadi semakin kurus selepas menerima amanah sebagai khalifah, baju yang beliau pakai menjadi longgar berbanding ketat sebelum menjadi khalifah. Menteri kerajaan kita?..

Wallahualam. ada akai gunalah sebaik-baiknya. 



16 July 2010

Barang Naik: Kerajaan akan lihat reaksi rakyat..apa kejadahnya?



Selepas Najib mengumumkan harga baru bagi Petrol, Diesel, Gula dan Gas LPG semalam. Hari ini kerajaan pula berkata, mereka akan mengkaji semula harga barang dengan melihat reaksi rakyat. 

Sah, memang Najib nak memperbodohkan rakyat. Apa kejadahnya nak minta reaksi rakyat setelah umumkan. Kerajaan dilihat bukan hanya tidak berbincang dengan rakyat, malah di dalam perlimen pun tidak di bentangkan dan di bahas, alih-alih terus umum dan laksanakan., dasar penakut.

Apa yang kerajaan BN tau selepas umumkan harga kenaikan barang..hanyalah memberi alasan dan jawapan-jawapan tipikal dan lapuk yang telah di gunakan sejak zaman Pak Lah dulu (atau mungkin lama lagi)..

1) Harga minyak kita (Malaysia) masih rendah berbanding negara lain. 

2) Harga minyak ikut harga pasaran, tak dapat di kawal.

3) Kenaikan harga barang tidak membebankan rakyat. 

4) Melihat kenaikan harga barang dari sudut positif

5) Gula membahayakan kesihatan

6) Kerajaan telah memberikan banyak subsidi pada rakyat

7) Ubah cara hidup..

8) dan lain-lain..

Kini kerajaan BN dilihat mencipta pelbagai mekanisme kononnya untuk merasionalkan kenaikan harga barang dengan mengatakan kenaikan harga barang itu adalah untuk kepentingan masa depan negara. Ia juga dilihat bagi membantu negara kearah usaha berjimat-cermat memandangkan subsidi yang telah di berikan terlalu tinggi dan mungkin juga mengelakkan negara menjadi Bankrap pada masa depan. 

Padahal tindakan tersebut sebenarnya hanyalah untuk 'memujuk' rakyat supaya membuang rasa prejudis berkaitan kenaikan harga barang ini. Hinggakan dalam penerbitan akhbar pun di berikan 'kod perkataan' yang harus dan tidak boleh di gunakan, dimana tidak di benarkan menggunakan perkataan "Barang Naik" tetapi hendaklah menggunakan perkataan "Pelarasan Harga", "Subsidi diselaras", "Harga Baru" dan lain-lain.

Carilah berdozen-dozen mekanisme pun, guna lah apa-apa istilah sekalipun andai pemimpin BN itu sendiri tak nak berubah selagi itu akan ada masalah dalam pemerintahan negara. Isu RASUAH, pembaziran, salah guna duit rakyat, pecah amanah dan sebagainya campak ke tong sampah, atau tanam je dalam pasir supaya rakyat tak tahu. 

Tapi jangan lupa..sampah yang mereka buang atau tanam itu suatu hari nanti pasti akan banyak dan terkeluar dari tempatnya..

Wallahualam

p/s: Kerjasama UMNO dan PAS mungkin dapat atasi masalah ini....kot...kot....kot



15 July 2010

'Beruk' berdemo tak sedar yang bapak 'beruk' dah naik harga barang



Hari ini 'Beruk-beruk' sibuk berdemo di jalanan pasal isu pasir..(sumber)

Hari ini juga 'bapak' kepada 'beruk-beruk' ni dah pun umum naikkan harga barang..(sumber)

Petrol RON 95 - RM 1.85 seliter

Petrol RON 97 - diapungkan secara terkawal

Diesel - RM 1.75 seliter

Gula - RM 1.70 sekilogram

Gas LPG - RM 1.85 sekilogram

agak-agaknya 'beruk-beruk' yang turun berdemo tu sedar ke tak yang harga barang dah naik?

..atau mereka memang tak guna minyak, tak guna gula, tak guna gas...sebab mereka Beruk.





 

13 July 2010

Bukti Mukjizat Nabi Musa.??

-Sila click gambar untuk paparan yang lebih jelas-








p/s: Wallahualam...soal kepercayaan pada mukjizat rasul pilihan Allah tidak semestinya dengan adanya bukti di depan mata seperti penemuan-penemuan artifak seperti ini..Cukup bagi kita sebagai umat Islam dengan mukjizat terbesar yang kita ada iaitu Al-Quran untuk kita percaya 100%..Kerana apa yang terkandung di dalam Al-Quran itu tiada lagi keraguan padanya....menjadi petunjuk buat orang yang beriman.


Kerjasama PAS dan UMNO untuk dasar Islam??

UMNO??


Jika PAS bersatu dengan UMNO, Malaysia mudah amal dasar Islam. (berita selanjutnya)


Hairan, sejak bila dasar UMNO itu adalah Islam. Sifirnya mudah, dasar PAS, Islam. Dasar UMNO, Kebangsaan (memang sudah termaktub dalam perlembagaan UMNO sendiri).

Bila bercakap tentang dasar, ia sesuatu perkara yang menjadi perkara pokok, atau perkara utama. Soalnya sekarang Islam di dalam UMNO itu bagaimana halnya?. Hal pokok ke, atau hal cabang? Judi itu pula perkara pokok atau perkara cabang dalam agama? Yang telah jelas haram. 

Bukahkah PAS dari dahulu sudah mencadangkan kepada pemimpin UMNO agar ubah dasar di dalam UMNO itu, dari semamgat kebangsaan kepada semangat keagamaan, atau dasar Islam, keran di dalam Islam itu sendiri ada bangsa, ada budaya, ada kaum dll. Namun UMNO tetap dengan semangat nasionalisme yang pekat. Degil dan tidak yakin bahawa Islam itu yang menyatukan semua bangsa dan sesama bangsa. Kita boleh nilai selama 50tahun lebih UMNO dengan dasar nasionalisme nya, sejauh mana Islam terbangun. Atau Islam di angkat bukan hanya nama Islam agama Rasmi Malaysia semata-mata, tetapi perlaksanaan Islam dalam segenap aspek kehidupan.

Jika UMNO dan Pas bekerjasama banyak perkara boleh dilaksanakan termasuk hukum hudud berbanding tindakannya bekerjasama dengan DAP dan PKR yang ternyata mempunyai dasar dan matlamat perjuangan yang berbeza,” kata  Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Nor Adam.


Suatu lagi lawak antarabangsa yang di cipta. Mungkin Panel Pemikir JASA ni tak kaji sejarah agaknya. Tak taukah berapa ramai pemimpin UMNO sendiri (termasuk 'ulamak' ) mereka yang begitu prejudis dengan hukum hudud, tidak yakin bahkan ada yang menghina perlaksanaan hukum hudud ini dilakukan di Malaysia (sumber). Beliau mahu membandingkan DAP dan PKR yang baru bertapak. Sudah pasti mereka masih baru dan mungkin belum faham perjuangan PAS. Lebih-lebih lagi di anggotai pelbagai kaum, bukan Melayu semata-mata seperti UMNO, DAP ada Cina dan India, begitu juga PKR.

Persoalannya, buat UMNO yang 100% atau 99.9% dianggotai Melayu Islam. Pula tu sudah hampir 50tahun lebih bertapak di Malaysia.

Apakah mereka anggap kerjasama PAS dan UMNO adalah semata-mata untuk mendapatkan izin melaksanakan hukum hudud semata-mata sedangkan banyak lagi penyelewengan pemimpin kerajaan tidak di highlightkan seperti penyelewengan harta rakyat, pembaziran, keruntuhan akhlak dan moral pemimpin UMNO, perlanggaran syariat dan hukum tuhan dan lain-lain. Sebenarnya itu yang lebih patut di utamakan, memandangkan kejahilan ketara tentang agama yang melanda pemimpin UMNO, tak usahlah cerita tentang hukum hudud andai aurat isteri pun tidak ambil kisah.

Saya berpandangan, sebelum UMNO ingin bekerjasama dengan PAS, kononnya untuk mengamalkan dasar Islam, mungkin boleh minta dulu izin dan pandangan ulama-ulama muda dan tua dalam UMNO dahulu. Mereka juga ada hak. Atau mungkin ulama dalam UMNO ini perlu bersihkan dulu pemimpin UMNO yang kelihatan beria-ia untuk bekerjasama dengan PAS ini agar mereka benar-benar ikhlas dan jujur untuk membawa agenda Islam yang tulen. 

Pandangan saya, gunakanlah sebaik-baik mungkin ulama-ulama muda yang baru masuk UMNO ni untuk mentarbiyyah pemimpin UMNO..sia-sia kalau tak manfaatkan mereka sedangkan sebelum ni bukan main hebat lagi cerita tentang ulama yang masuk UMNO...Wallahualam