Dua orang pembela agama...
Kenapalah UMNO beria-ia sangat mahu berkerjasama dengan PAS? Naik meluat tengok.
Isu ini di bangkitkan kembali oleh UMNO setelah melihat perpaduan antara rakan Pakatan yang begitu baik antara PAS, PKR dan DAP. Ini lah yang menyebabkan UMNO tak senang duduk.
UMNO sebenarnya mahu melihat Pakatan berpecah. Dengan memainkan isu Melayu dan agama Islam, kononya mahu PAS berubah. Kebijaksanaan pimpinan Pakatan (terutamanya PAS) yang sudah lama masak dengan perangai UMNO dari sejak dahulu kala lagi bilamana dalam keadaaan terdesak mereka akan cari jalan atas nama agama dan kaum untuk memecahbelahkan PAS.
Setelah sebelum ini taktik mereka membawa ulama-ulama yang kononnya dapat mengusik persepsi rakyat bahawa UMNO juga parti Islam tidak berjaya kerana rakyat sudah tahu golongan agama di dalam UMNO ini tidak akan kemana. Maaf saya terpaksa mengambil contoh Mufti Perak sendiri, jelas perbezaan bila mana sebelum ini beliau lantang tentang hukum agama, kes murtad, sure heboh dan lain-lain. Tetapi bila mana cuba menjadi hero melayu, menyokong pula parti kebangsaan yang menolak Islam, secara tidak langsung terkena penyakit sekali. Hari ini mufti ini jadi bimbang orang Melayu akan hilang kuasa. Walaupun sepatutnya, kebiasaan mufti akan bimbang, orang Islam yang semakin melarat, semakin jauh dengan ajaran agama, atau bimbang dengan kuasa Islam iaitu hukum Islam yang di caci hina. Tetapi hari ini lain jadinya..
Apakah dengan bangsa itu masyarakat akan selamat dan sejahtera? Nabi Muhammad s.a.w telah lama menegah umat Islam dari bersifat perkauman melampau, bersifat assabiyah, merasa kaum dan bangsa mereka sahaja yang kuat, ada hak. Seperti mana UMNO yang sibuk memperjuangkan hak orang Melayu. Sedangkan dalam Islam sendiri, hak istimewa suatu kaum tidak wujud, kerana sepatutnya kerajaan dan pemerintah mempunyai tanggungjwab terhadap semua rakyat yang berada di bawah pemerintahannya, tak kira bangsa, agama. Begitu juga rakyat yang yang bertanggungjawab untuk mempertahankan negara dari pihak musuh.
Sebenarnya, Melayu di Malaysia ini telah lama mempunyai hak istimewa seperti mana yang termaktub dalam Perlembaggaan Persekutuan, kedudukan orang Melayu, bahasa Melayu, raja-raja Melayu, agama Islam dll. UMNO dan orang Melayu yang tidak sedar, bahkan mereka pula yang menggadaikannya sepertimana isu PPSMI yang mengadaikan bahasa Melayu. Hak Raja yang di halang mencampuri urusan politik, tanah rezab melayu di Singapura, Pulau Batu Putih, blok minyak milik Malaysia yang di gadaikan..semua ini berpunca daripada pemerintah berbangsa Melayu UMNO yang ada hari ini.
Seharusnya isu keistimewaan orang Melayu ini di pandang dari sudut Islam bukan dari sudut cauvanisme seperti yang berlaku hari ini. Sebagaimana contoh UMNO yang mempersoalkan hak ismewa orang Melayu yang kononnya di gadai oleh pemerintah bukan Melayu di Pulau Pinang, ada yang menghina bangsa lain, mengatakan mereka pendatang, menumpang dan pelbagai nada berunsur racist. Kemudian ada pula wujud persatuan yang memperjuangkan hak Melayu seperti Perkasa, seperti mana nada racist yang mengatakan masyarakat cina tidak boleh terima peruntukan pendidikan dll dari kerajaan BN-UMNO. Dan banyak lagi.
Nabi Muhammad s.a.w, semasa penghijrahan baginda ke Madinah telah berjaya menyatukan kesemua bangsa, dan agama yang ada di Madinah dengan dasar Islam. Baginda tidak memaksa mereka memeluk Islam tetapi persaudaraan dan mahabbah yang di ajar oleh Islam itu yang menyatukan mereka. Walaupun puak Yahudi dan Islam bercampur di dalam satu kawasan, namun perlaksanaan undang-undang Islam tetap berlaku di bawah pemerintah Islam. Tanpa rasa prejudis dan ragu-ragu. Hanya UMNO sahaja yang tidak yakin dengan hukum Islam, bahkan memandang hina lagi..
Atas sebab itu PAS menolak mentah-mentah perpaduan dengan UMNO. Alasannya, adalah dasar kebangsaan yang di bawa UMNO itu sendiri. Sememangya, perjuangan bangsa tidak sampai kemana andai ia tidak mejadikan dasar dan prinsipnya Islam. Sebab Islam itulah yang menyatukan bangsa, yang menyatukan kaum dan agama seperti mana yang dilakukan di Kelantan, semua bangsa, ada Cina, India, Melayu, Siam boleh hidup harmoni.
Wallahualam. Sekadar berpandangan.
No comments:
Post a Comment