Rumahku, syurgaku..nak jadi apa, jadilah..!!
Kereta asing di halang membeli minyak RON 95 (sumber)
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemilik kenderaan terbabit hanya dibenarkan membeli petrol RON 97 yang ketika ini dijual pada harga RM2.10 sen seliter.
Beliau menegaskan, keputusan kerajaan itu dibuat kerana mereka tidak layak menerima subsidi petrol itu yang hanya boleh dinikmati oleh rakyat negara ini sahaja.
“Pelaksanaan itu adalah sesuai dengan dasar kerajaan yang mana subsidi tersebut hanya untuk rakyat Malaysia dan bukan kepada pemilik kenderaan asing terbabit,” katanya.
Komentar:
Kerajaan dilihat begitu prihatin pada rakyat Malaysia apabila subsidi dikatakan hanyalah untuk rakyat Malaysia. Rakyat asing tidak layak.
Benar..namun apa kesannya pada rakyat Malaysia jika kenderaan asing tidak di benarkan untuk menbeli RON95 yg diberikan subsidi itu. Adakah dengan peng'haram'an kenderaan asing membeli minyak bersubsidi di Malaysia akan mengurangkan lagi kenderaan di jalan raya seterusnya kuatiti minyak di jimatkan? atau mungkin dengannya kerajaan akan mendapat lebih untung untuk permintaan minyak RON97 yang dikatakan sebelum ini kurang di gunakan rakyat tempatan di sebabkan boleh merosakkan enjin bagi kenderaan sederhana atau bukan mewah.? dan mungkin tindakan untuk memberi tahu betapa terseksanya kerajaan menanggung subsidi untuk rakyat Malaysia,..sedap-sedap je orang asing nak guna atau lain-lain alasan..
Setakat ini tiada penjelasan dari menteri dari kesan peng'haram'an kenderaan asing untuk menggunakan RON 95 selain alasan dari sudut 'kelayakan'. Benar, mungkin kenyataan dari Datuk Ismail Sabri ini sedikit sebanyak terubat rasa pedih di hati atas beban kenaikan barang.,ye la ada orang memujuk. Rakyat akan nampak bahawa kerajaan masih prihatin dengan rakyat. Ye la, Gula naik pun sebab untuk elak kencing manis.
Lepas ini kita akan mendengar banyak lagi pujukan demi pujukan..mungkin tarif elektrik naik untuk elak rakyat kena kejutan elektrik atau elak kebakaran berlaku. Tarif Air naik untuk elak rakyat membazir dengan cuci kereta, motor siram pokok bunga, dll..GST yang bakal di laksanakan nanti juga untuk kepentingan rakyat, cukai servis untuk servis yang terbaik, cukai barang untuk barang yang berkualiti walaupun tiada di pasaran (sebab habis atau kena seludup), tol naik untuk maintenance jalan yang berlubang-lubang, cukai jalan, cukai pintu dll semua utnuk kepentingan rakyat.
Maka dengan itu ekonomi negara akan meningkat..seiring pembelian Kapal Selam, beli kapal terbang (tak kira yang ada enjin atau tak), buat landasan kapal terbang yang tak ada kapal terbang, buat 2,3 buah jambatan walaupun sudah ada jambatan, beli tu beli ni. Menteri-menteri pula bertungkus lumus cari alternatif, buat kajian, buat analisis untuk selamatkan negara cari Bankrap pada tahun 2019 nanti di banglo-banglo mewah. Menteri terpaksa berkorban ke luar negara, ke Amerika dan lain-lain cari solution dan penasihat untuk baiki negara sambil melancong..
Itu soal masalah kewangan, untuk masalah sosial pula, lagi banyak pengorbanan menteri-menteri, polis-polis, FRU-FRU yang bertungkus lumus menjaga negara dari 'pengganas', ada yang tumpas di tangan polis yang berpistol, yang jual komik, yang turun berdemo dan berjalan-jalan di jalanan, yang duduk depan komputer menulis karangan sekolah pun kena. Dadah, rogol, ragut pun tak ketinggalan..lihat sahaja pencapaian indeks jenayah yang di umumkan ketua polis semakin menurun, walaupun di akhbar ada kata hanya 257000 anak luar nikah di daftarkan . Masalah judi pula tok sah cakap, kerajaan banyak bantu untuk haram kan judi dengan halalkan bookie, di akhbar pun banyak ustaz ulas tentang keharaman judi walaupun kat bahagian belakang ada SMS 4D.
Dan banyak lagi la nak cerita tentang usaha-usaha yang kerajaan dah lakukan untuk rakyat Malaysia. Kami bukanlah suka sangat nak minta tu, minta ni. Tapi di sebabkan menteri-menteri dah terima amanah, pula tu di pilih oleh rakyat (aku tak pilih pun..;p) jadi kenalah berperanan sebaik-baiknya.
Khalifah Umar Abd Aziz dikatakan menjadi semakin kurus selepas menerima amanah sebagai khalifah, baju yang beliau pakai menjadi longgar berbanding ketat sebelum menjadi khalifah. Menteri kerajaan kita?..
Wallahualam. ada akai gunalah sebaik-baiknya.
No comments:
Post a Comment