04 July 2010

Ulama muda vs ulama tua..



Ada seorang 'ulama' veteran UMNO kata, penyertaan 40 orang ulama muda yang baru-baru ini menyertai UMNO membawa ideologi Asri (Dr.Asri).. Ideologi yang bagaimana tidak pula di maklumkan, tetapi saya pasti semua orang tahu..

'Ulama' veteran UMNO ini meluahkan rasa curiganya kepada 40 orang ulama yang baru masuk UMNO beberapa hari lepas gara-gara seorang 'ulama' lain yang menjadi 'musuh'nya sebelum ini.

Risau akan ideologi yang di bawa kedalam UMNO yang mungkin akan memporak-perandakan 'jemaahnya' sambil meluahkan kerisauan terhadap 'tok-tok guru' UMNO yang mungkin akan terpengaruh dengan ideologi tersebut, 'ulama' veteran UMNO ini pula kelihatan 'alim' sebaik beliau memberitahu kepada kita siapa sepatutnya yang layak bergelar ulama. (mungkin ulama tulen sepertinya). Sebenarnya status ulama itu sepatutnya di beri kepada mereka yang membuat kajian ilmiah atau mungkin boleh dikatakan sampai tahap mampu mengeluarkan fatwa.

Sebenarnya dalam UMNO sebelum ini memang ramai ulama bahkan mampu juga melahirkan 'ulama'..setiap dari mereka membawa ideologi masing-masing, seperti juga yang di katakan kepada Dr.Asri. Walaubagaimanapun ideologi pemimpin dalam UMNo yang bukan ulama itu sebenarnya lebih kuat. Ideologi yang ditanam sejak sebelum merdeka, bahkan menjadi-jadi selepasnya. Lebih-lebih lagi pemimpin yang di angkat naik itu gemar menggaru 'kurap' sekular, sehingga merebak merata-rata, semakin teruk, buruk dan busuk hingga ke dalam.....sampai usus..

Walaupun dilihat ada seorang pemimpin UMNO ni yang cuba membawa ideologi islamik seperti Islam Hadhari sebelum ni...tapi gagal..

Jadi apa sebenarnya isunya? Bagi saya, isunya bukan pada 40 ulama muda yang masuk UMNO, tapi pada UMNO dan pemimpin mereka itu. Kalaulah di katakan ideologi yang di bawa 40 ulama muda itu membawa bahaya pada UMNO, maka inilah peluangnya 'ulama' UMNO yang sedia ada ini menunjukkan ideologi yang bagaimana sepatutnya di bawa di dalam UMNO itu. Dari itulah pembersihan tidak langsung UMNO dari dalam mungkin dapat berlaku, bukankah 'ulama' dalam UMNO ini ada tauliah, berstatus 'ulama' yang membuat banyak kajian seperti Datuk Nakhaie, malah ada juga yang mempu mengeluarkan fatwa seperti Harussani?  

Apakah 'ulama' UMNO yang sedia ada di dalam UMNO itu berasa tercabar? atau tergugat dengan 40 ulama muda ini?..kot..

Jadilah seperti seorang lagi 'ulama' UMNO yang satu lagi ni, "tak usah risau"..Ia suatu petanda baik apabila ulama menyertai UMNO. Dengan pemikiran yang begitu optimis dan confident, penyertaan ulama ini akan membantu perjuangan UMNO..Nah, ni barulah 'ulama tulen UMNO'..musuh beliau bukan pada 'ulama' yang ingin masuk UMNO..tapi pada anasir-anasir jahat yang cuba menganggu-gugat perjuWANGan UMNO..malah dengan rasa riang-ria berkata bahawa UMNO bebas dari sebarang ideologi.

Anyway, biarlah mereka dengan labu-labunya..sekurang-kurangnya mereka bersuara untuk kepentingan partinya, UMNO, walaupun bukanlah pada tempatnya kita harapkan mereka bersuara..masalah utama di dalam UMNO yang melibatkan agama diam membisu, isu judi, murtad, gejala sosial. Perkara akhlak dan moral melibatkan pemimpin negara, seperti pembaziran, hiburan yang berlebihan, korupsi semua jadi perkara sampingan..apa yang utama ideologi orang lain sdeangkan ideologi sekular dalam UMNO itu sendiri membarah, hingga tempiasnya juga terkena pada 'ulama' mereka sendiri...Wallahualam

p/s: krisis ulama muda vs ulama tua dalam UMNO..macam-macam..

No comments: