Saudara Hu Pang Chow kelihatan sedang berbual bersama Ketua Penerangan kawasan, Cikgu Yusuf (kiri) dan Hj.Ramli selaku S/U Kawasan Bukit Katil.
Malam tadi selesai sudah Jamuan Makan Pakatan Rakyat di bawah anjuran Majlis Tindakan Dun Bukit Baru, Melaka yang bertempat di Taman Harta Pertama. Majlis berlangsung dengan suasana harmoni dan gilang gemilang dengan kehadiran tetamu yang melebihi sasaran seramai lebih 100 orang terutamanya dari kaum Tionghua.
Permulaan jamuan makan di waktu petang
Tetamu semakin bertambah menjelang malam
Majlis jamuan makan pada malam tadi juga berjalan lancar tidak seperti program sebelum-sebelumnya yang sering di ganggu oleh pihak Barisan Nasional dan UMNO, sepertimana ceramah-ceramah penerangan yang juga di bawah anjuran MTD Bukit Baru sebelum ini yang sering menerima provokasi. UMNO-BN sedang mengalami tekanan memandangkan akhir-akhir ini kerap-kali di adakan program di kawasan Bukit Baru yang juga merupakan kawasan Ketua Menteri, Ali Rustam.
Saudara Hu Pang Chow, selaku Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat memberi ucapan
Majlis yang julung-julung kali di adakan di kawasan taman perumahan ini mendapat respon yang sangat positif dari penduduk setempat. Rata-rata dari mereka begitu tertarik dengan majlis yang di anjurkan oleh PAS lebih-lebih lagi dengan kehadiran tetamu jemputan dari Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat, Saudara Hu Pang Chow dan beberapa orang YB dari DAP dan wakil dari PKR yang memberi ucapan semangat khusus kepada kaum Cina.
Bertemakan PAS for All, PAS sekali lagi membuktikan bahawa sebernarnya tiada jurang perbezaan kaum di antara Parti-parti di bawah Pakatan Rakyat. Islam yang di bawa oleh PAS adalah untuk semua kaum, bukan untuk orang Melayu sahaja. Seperti mana yang di ucapkan oleh Saudara Hu Pang Chow, kita berasal dari ibu dan bapa yang sama. Yang membezakan kaum adalah keadaan setempat dan masa. Jika mereka di lahirkan dan di besar dalam masyarakat di Afrika, maka dia adalah orang Afrika, begitu juga Cina, India dan Melayu. Walaubagaimanapun kita berasal dari ibu dan bapa yang sama.
Hadirin memberi tumpuan kepada ucapan penceramah yang hadir
Selain itu, ucapan YB Goh Leong San, selaku Ketua Pembangkang di Melaka kepada masyarakat Cina yang hadir pada malam adalah rakyat tidak perlu takut untuk mengundi PAS atau sesiapa sahaja orang Melayu yang bertanding atas tiket Pakatan kerana kita bukan memilih calon berdasarkan kaum atau agama, tetapi kita memilih siapa pemimpin yang mampu dan dapat melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat. Itu yang utama. Jelasnya, pemimpin BN-UMNO telah gagal melaksanakan amanah kepada rakyat selama lebih 50tahun memandangkan terlalu banyak penyelewengan kepada rakyat dan harta negara. Tegasnya telah sampai masanya kerajaan yang ada pada hari ini di tukar kepada kerajaan Pakatan yang lebih di yakini mampu mengubah nasib negara dan rakyat seperti mana contoh kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau-Pinang.
Beberapa kaunter di buka, kaunter SPR, keahlian DHPP dan Skim Takaful Penyayang
Kelihatan petugas sedang melayan penduduk tempatan
UMNO-BN tidak akan senang duduk melihat program-program seperti ini. Sebelum ini UMNO telah turun padang bersama rakyat sejurus beberapa hari PAS membuat program penerangan dan daftar pengundi. Di maklumkan oleh beberapa orang rakyat tempatan bahawa UMNO-BN telan menghulur sejumlah wang kepada penduduk setempat dengan harapan untuk 'membeli' undi pada PRU akan datang. Sememangnya hanya itulah taktik UMNO-BN dari dulu hingga kini yang menggunakan duit sebagai alat dan matlamat untuk kepentingan mereka. Mereka anggap rakyat bodoh, mampu di beli dengan sejumlah wang. Tetapi hakikatnya mereka lah yang memperbodohkan diri mereka, seperti mana yang di katakan YB Goh, jika ada orang UMNO-BN datang bagi duit, ambil lah duit itu, kerana itu adalah duit rakyat juga, tetapi bila pilihanraya jangan undi mereka.
PAS for All
1 comment:
smuga usaha murni ini menjadi pencetus dakwah Islam di Malaysia.. khususnya Melaka.. :)
~antara yang tak dapat hadir. hehe..
Post a Comment