15 October 2009

Kisah Ibu, anak lapar dan UMNO...





Jika anda ingat beberapa ketika dahulu, semenjak Pulau Pinang di kuasai Pakatan rakyat, Ketua Menteri, Lim Guan Eng pernah menyatakan bahawa beliau mahu mencontohi pemerintahan bagaimana khalifah Umar Abd Aziz lakukan untuk mentadbir negara. Seorang non-muslim yang berniat untuk mengikut jejak langkah seorang panglima dan pemerintah Islam yang unggul suatu ketika dahulu.

Walaubagaimanapun, sebaik sahaja statement itu di keluarkan, terdapat pula bunyi-bunyi sumbang yang memperlekehkan hasrat dan impian Ketua Menteri Pulau Pinang ini. Ada yang beranggapan beliau (Lim Guan Eng) mahu mengikut pemerintahan Islam, iaitu mahu melaksanakan Negeri Islam yang diketahui menjadi suatu perkara yang 'allergic' bagi bapa beliau sendiri, Lim Kit Siang. Mereka mahu melaga-lagakan anak beranak ini. Ada juga 'suara kambing' yang mengatakan beliau tidak ikhlas, kononnya untuk mengambil hati pemimpin pakatan rakyat lain terutamanya PAS demi kepentingan politik. Selain mempertikaikan perjuangan beliau dalam DAP.

Sekarang, keadaannya berbeza. Bukan berbeza pada impian dan hasrat Lim Guan Eng pada pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, tetapi berbeza buat suara-suara kambing yang men'gembik' sebelum ini. Siapa lagi bukan mereka yang lahir dari kandang UMNO. Hari ini pesta Perhimpunan Agong UMNO bermula, maka pelbagai aktiviti-aktiviti yang meragukan berlaku samada sebelum, semasa dan selepas, ada cerita payung terjun, ada cerita lanun, ada cerita sakai, cerita kencing pun ada, malah cerita tentang telur pun ada. Tidak dinafikan ada juga pengisiannya yang baik, antaranya cerita tentang kisah ibu dan anak.

Kisah ibu dan anak inilah yang menjadi fokus saya pada posting kali ini. Jika kita meneliti kisah ini, ia adalah kisah yang berlaku di zaman Khalifah Umar Al-Khattab, khalifah ke-2 Islam. Kisah ini menceritakan tentang seorang anak yang sangat jujur dan takut kepada Allah. Di suruh ibunya untuk mengisi air masak ke dalam air susu supaya menjadi banyak, dengan itu mereka dapat berjimat. Namun atas ketakutan anak itu kepada Tuhan melebihi takutnya dia kepada Tuannya, Khalifah Umar. Anak itu tidak melakukan kerana " jika tuan saya tidak melihat, Tuhan kepada tuan saya maha melihat". Cerita selanjutnya anda boleh baca sendiri di buku-buku atau mana-mana sumber.

Namun, apa yang saya ingin 'highlight'kan tentang kisah ini, yang telah di 'flash-back' kan kembali kisahnya oleh perwakilan UMNO Sabah adalah lebih dari sebalik kisah ini. Tidakkah pemimpin UMNO sedar bahawa kisah ini berlaku di sebuah zaman di mana Islam menjadi dasar pemerintahan. Saya yakin, pemimpin UMNO pasti tahu. Baiklah, untuk pengetahuan mereka juga, anak kecil yang jujur di dalam kisah ini telah di kahwinkan oleh salah seorang anak Khalifah Umar Al-Khattab, di sebabkan tertariknya Umar Al-Khattab pada sikap dan akhlak anak ini. Dan hasil perkahwinan mereka, lahirlah seorang pemerintah Islam dan panglima perang ulung iaitu Khalifah Umar Abdul Aziz.

Nah, khalifah Umar Abdul Aziz inilah yang menjadi hasrat dan impian seorang pemimpin bukan Islam untuk di jadikan ikon di dalam pentadbiran negeri. Sepatutnya UMNO yang merupakan parti Melayu, yang majoriti Islam sudah lama mengikuti dan melaksanakan sebagaimana pemerintahan yang dilakukan oleh khalifah Umar Abdul Aziz ini. Jika tidak mampu untuk ikut, sekurang-kurangnya menyokong bukan mempersenda dan memperlekehkan orang lain yang mahu mencontohi atau mempelajari. Seperti kes non-muslim yang membaca Al-Quran, kita harus melihat kafir yang bagaimana yang kita harus perangi, Harbi atau Dzimmi, dan di pihak mana mereka berada ketika membaca Al-Quran itu, jika mereka itu kafir Dzimmi (iaitu yang tidak memerangi Islam) kita harus berlembut, dan jika mereka di pihak yang benar atau di pihak yang jelas kelihatan tidak mempersendakan Al-Quran, seharusnya kita menyokong dan menggalakkan.

Sudahlah, sudah dasar nasionalism telah berkarat tebal di dalam UMNO, Islam bagi mereka hanya sebagai keperluan apabila berkepentingan. Di saat tersepit di antara masalah, dan di kala kejahilan menyelubungi diri, masa itulah saat yang paling baik memanggil ustaz atau ulama'. Inilah bahana Sekularisma



Jenayah kecil, tempat yang selamat sudah jadi tak selamat..


Kisah ibu dan anak lapar ini harus menjadi pengajaran bagi kita (lebih-lebih lagi UMNO) yang sudah berkali-kali lupa bahawa Islam itu yang harus memerintah, bukan Islam yang diperintah. Betullah, melayu mudah lupa (dah nama parti Melayu). Setiap kali perhimpunan agong UMNO, pasti ada perwakilan yang menegur pimpinan dan parti mereka sendiri. Kadang-kadang teguran dari perwakilan atau ahli kepada pimpinan ada benarnya. Ada pemimpin yang syok sendiri, lupa. Jadi anak buah la yang melihat lalu menegur. Tetapi di sebabkan ada penyakit yang menjadi penghalang mereka untuk mendengar, iaitu penyakit keras hati, takabur, riak dan rasa diri sendiri saja yang betul. Maka berbuih la mulut anak-anak buah mereka itu bercakap dan akhirnya akan bersambung pada tahun depan pula.

Dan tahun depan dengan masalah lain pula...itu pun kalau UMNO masih hidup lagi..Wallahu'alam

Jika perwakilan dari Sabah menyamakan anak lapar itu seperti rakyat...saya pula kata..anak lapar itu lah pemimpin-pemimpin UMNO, 'Ibu'nya itu adalah Rasuah...dan UMNO itu tetaplah UMNO..dulu kini dan selamanya..

No comments: