30 October 2009

Melaka Tawar Muzium Penjara Kepada Pelancong Untuk Bermalam

gambar hiasan


MELAKA, 30 Okt (Bernama) -- Melaka menawarkan satu lagi pakej pelancongan kepada pelancong untuk bermalam di Muzium Penjara di Bandar Hilir di sini bagi memberi peluang kepada mereka merasai pengalaman kehidupan sebagai banduan.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata muzium penjara itu dijangka dibuka kepada orang ramai menjelang 2012.

"Kerja-kerja mengubah suai Muzium Penjara itu dijangka bermula tahun depan sebaik pembinaan penjara baru di Sungai Udang berharga RM305 juta siap sepenuhnya pada Febuari 2010," katanya kepada pemberita sempena perasmian Bangunan Baru Sekolah Henry Gurney di Telok Mas, di sini pada hari Jumaat.

Perasmian bangunan itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob. Turut hadir ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Ketua Pengarah Penjara Datuk Wira Zulkifli Omar.

Mohd Ali berkata pakej bermalam di muzium penjara itu turut menawarkan pakaian yang dipakai oleh banduan serta penyediaan masakan dan makanan semasa di penjara.

Beliau juga berkata banduan juvana yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STP) akan ditawarkan bantuan pinjaman oleh kerajaan negeri bagi mereka meneruskan pengajian.

Mohd Ali turut mencadangkan agar Sekolah Henry Gurney yang wujud sejak 1949 dijadikan sebuah pusat pembelajaran bagi semua pesalah juvana sesuai dengan namanya iaitu "sekolah".

"Penghuni yang berjaya dari sekolah ini seterusnya boleh mengikuti pengajian tinggi institusi awam atau swasta yang banyak terdapat di Melaka untuk mendidik mereka menjadi manusia berguna," katanya.

Zulkifli berkata sehingga kini 45 orang pelajar sekolah itu melanjutkan pelajaran mereka di institusi-institusi pengajian tinggi.

Bangunan baru sekolah itu yang berharga RM19 juta antaranya menempatkan bangunan pentadbiran dan bangunan khas penghuni berisiko tinggi. BERNAMA

--------------------------------------------

Komentar:

Siapa tidak kenal negeri Melaka, negeri yang turut terkenal dengan kebanjiran muzium di dalamnya. Muzium Penjara yang di bakal diwujudkan ini akan menjadi kebanggaan Ali Rustam. Setelah penjara terbaru dan modern berharga RM305 di Sungai Udang yang turut menjadi kebanggaan beliau. Ali Rustam juga seharusnya berbangga pada dirinya disebabkan pelbagai 'sumbang' an beliau terhadap rakyat (atau pelancong) Melaka dalam menjadikan Melaka negeri Maju 2010.

Saya sendiri tidak pasti apa faedah muzium ini kepada rakyat jati Melaka. Dalam erti kta lain, faedah yang diperoleh secara direct/terus kepada rakyat. Rakyat hari ini masih ada masalah., kemiskinan, jenayah, pengganguran dan lain-lain. Mungkin andai dilihat muzium ini dan lain-lain muzium menjadi antara penyumbang ekonomi negara melalui perlancongan, pulangannya akan kembali kepada kerajaan negeri. Persoalannya, jika keuntungan dari perlancongan ada dan banyak masuk ke dalam poket kerajaan, mengapa tidak di gunakan bagi membantu secara terus kepada rakyat. Ya, mungkin kalau ada pun, hanya 1/4 daripadanya, selebihnya ke poket ketua menteri dan orang-orangnya. Tak hairanlah kos setahun rumah Ali Rustam sahaja RM 962 807.40.(sumber). Apa-apa lah..

...

Jadi kepada sesiapa yang ingin merasa nikmat pengalaman tinggal di penjara, bolehlah melawat muzium Penjara di Banda Hilir, Melaka tetapi mungkin akan di kenakan sedikit bayaran. Tapi jikalau mahu merasa pengalaman hidup di penjara bukan muzium yang modern, baru dan tanpa dikenakan bayaran. Silalah datang ke penjara Sungai Udang, Melaka..ianya Free of charge. Pakaian, makanan dan khidmat kauseling yang ditanggung kerajaan Melaka.

Ayuh tunggu apa lagi..anda mungkin salah seorang yang akan menjadi keBANGGAan Ali Rustam..

No comments: