15 October 2009

Rakyat Semakin Menerima 1Malaysia, Kata Najib




Memetik dari petikan akhbar tempatan yang bertajuk : Rakyat Semakin Menerima 1Malaysia, Kata Najib

.......



--------------------------------------------

KOmentar:

Firman Allah dalam surah Al-An'am 82:

"Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.."

Jika di katakan konsep 1 Malaysia atau mana-mana konsep/slogan yang dibawa, merangkumi atau menerangkan tentang konsep keadilan dan kebenaran yang di saran dalam Islam, maka apakah masih ada lagi soal penindasan, kezaliman, dan keingkaran yang berlaku dalam negara, khususnya buat para pemerintah. Saya lebih melihat kepada perlaksanaan berbanding kata-kata atau pelbagai retorika slogan yang bukan hanya mengundang 'menyampah' manusia tetapi juga benci Tuhan, "Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.." As-Saff 2-3.

Siapa yang mahu bertanggungjawab kes Altantuya, Teoh Beng Hock, Kugan, tahanan ISA, dan lain-lain.

Dan bagaimana perlakuan salah guna kuasa pihak berkuasa atau para pemerintah, sekatan dan manipulasi media, jenayah dalam negara, penindasan hak rakyat, dan 1001 lagi kezaliman dan penindasan yang perlu di jawab..

1 Malaysia mungkin mampu menjawab, tetapi mereka yang melaungkan itu belum tentu lagi..

"Lalu orang-orang yang zalim mengganti perintah dengan (mengerjakan) yang tidak diperintahkan kepada mereka. Sebab itu Kami timpakan atas orang-orang yang zalim itu dari langit, karena mereka berbuat fasik" Al-Baqarah 59

"Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir." Al-A'raf 176

"Dan siapakah yang lebih zalim dari pada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya lalu dia berpaling dari padanya dan melupakan apa yang telah dikerjakan oleh kedua tangannya? Sesungguhnya Kami telah meletakkan tutupan di atas hati mereka, (sehingga mereka tidak) memahaminya, dan (Kami letakkan pula) sumbatan di telinga mereka; dan kendatipun kamu menyeru mereka kepada petunjuk, niscaya mereka tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya" Al-Kahfi 57

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah sedang dia diajak kepada Islam? Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim" As-Saff 7

"Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat-buat dusta terhadap Allah dan mendustakan kebenaran ketika datang kepadanya? Bukankah di neraka Jahannam tersedia tempat tinggal bagi orang-orang yang kafir? Az-Zumar 32

Justeru bagi menghindarkan lebih banyak 'bala' Allah timpakan pada kita maka mahu tidak mahu manusia tidak mempunyai pilihan melainkan diwajibkan berjihad menentang kezaliman. Justeru itu jihad perlu dilaksanakan mengikuti berbagai pertimbangan kerana jihad juga mempunyai pengertian yang luas. Jangan hanya faham jihad itu berperang (sepertimana fahaman pemimpin UMNO).

Jihad bolehlah dirumuskan sebagai menggunakan segala kepakaran dan kemampuan kita untuk menegakkan Islam (kebenaran) sebagai addin (cara hidup) dalam kehidupan peribadi dan negara amnya. Di alaf baru ini pengertian jihad menjadi lebih luas kerana selain daripada kita melakukan apa yang sudah kita lakukan sebagai ikhtiar dan jihad kita, maka teknologi maklumat juga adalah jihad yakni menggunakan kepakaran kita untuk menegakkan Islam sebagaimana kehendak Allah.

Bukalah mata dan hati..

No comments: